- Adakah data yang saya berikan selamat disimpan?
Ya, data anda dilindungi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk penyulitan (encryption), sistem firewall, dan akses kawalan yang ketat. - Adakah SMAP menggunakan SSL untuk lindungi data?
Ya, SMAP menggunakan SSL (Secure Socket Layer) untuk memastikan semua data yang dihantar antara pengguna dan sistem kami adalah selamat dan disulitkan. - Apakah jenis penyulitan (encryption) yang digunakan untuk penghantaran data?
Kami menggunakan penyulitan standard industri seperti TLS (Transport Layer Security) untuk melindungi data semasa penghantaran. - Adakah kata laluan (password) saya disimpan dengan selamat?
Ya, kata laluan anda tidak disimpan dalam bentuk asal. Ia disulitkan menggunakan teknik hashing yang selamat. - Bagaimana SMAP pastikan hanya pengguna yang sah boleh akses sistem?
Kami menggunakan pengesahan akaun (authentication) dengan nama pengguna dan kata laluan. - Adakah sistem SMAP dilindungi dengan firewall? Apa fungsi firewall?
Ya, kami menggunakan firewall untuk menapis trafik yang masuk dan keluar dari sistem bagi mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan. - Adakah data saya disandarkan (backup) secara berkala?
Ya, kami melakukan backup data secara automatik dan berkala untuk mengelakkan kehilangan data sekiranya berlaku kecemasan. - Siapa dalam syarikat SMAP yang boleh akses data saya?
Hanya pegawai yang diberi kebenaran tertentu dan memerlukan akses untuk menjalankan tugas akan dapat akses kepada data anda. - Adakah sistem SMAP mematuhi standard keselamatan seperti ISO atau PDPA?
Kami berusaha untuk mematuhi garis panduan keselamatan dan perlindungan data peribadi termasuk PDPA dan piawaian antarabangsa. - Bagaimana SMAP menguruskan kemaskini atau pembaikan keselamatan (security patch)?
Kemaskini keselamatan dilakukan secara berkala untuk pastikan sistem dilindungi daripada kelemahan terkini. - Bolehkah saya minta supaya data saya dipadam sepenuhnya?
Ya, anda boleh membuat permintaan kepada kami dan kami akan memadamkan data anda mengikut polisi yang ditetapkan. - Bagaimana SMAP melindungi data pengguna aplikasi mudah alih (mobile app SMAP)?
Aplikasi mudah alih kami dibangunkan dengan mengikut amalan terbaik keselamatan dan semua komunikasi data disulitkan. - Adakah sistem SMAP dilindungi daripada virus atau perisian hasad (malware)?
Ya, kami menggunakan perisian antivirus dan sistem pemantauan untuk mengesan dan menghalang sebarang perisian hasad. - Adakah SMAP menjejak aktiviti pengguna untuk tujuan keselamatan?
Ya, aktiviti pengguna direkodkan untuk tujuan audit dan keselamatan, tetapi tidak digunakan untuk tujuan pemasaran tanpa kebenaran.
Mobile App eMaktab Scan
Paparan
Aplikasi khas ini untuk guard & warden sahaja dan sangat mudah digunakan:
✅ Scan QR pelajar untuk outing keluar & masuk
✅ Cepat, selamat & tanpa kertas
✅ Rekod terus ke sistem eMaktab
Tak perlu lagi semak secara manual—hanya imbas & siap! 🎯
Jom gunakan eMaktab Scan untuk pengalaman yang lebih efisien!
Jenis alert
- Pelajar scan masuk tapi belum 5 minit lagi dari keluar sebab nak elak scan masuk tanpa sengaja.
- Alert 1: Already scanned out. Please wait for 5 minutes before scanning again. Thank you!
- Alert 2: Already scanned in. Please wait for 5 minutes before scanning again. Thank you!
- Solution: Perlu tunggu 5 minit untuk elak rekod double
- Tiada rekod outing
- Alert: No outing record found. Please ensure the student has applied and check the status if needed.
- Solution: Perlu buat record outing. If dah ada perlu check status outing tersebut.
- Scan keluar tetapi ada record demerit
- Alert: Student is on the outing blacklist. Please contact the dormitory authorities
- Solution: Perlu batal / tamatkan demerit pelajar.
- Student keluar sebelum tarikh application (Keluar awal)
- Alert: Cannot leave before the approved date. Please check the outing date
- Pelajar perlu scan keluar pada tarikh yang betul, jika nak juga scan, admin perlu kemaskini tarikh keluar.
- Scan QR tapi id student tak exist
- Alert: Invalid QR. Please scan the correct student QR in the eMaktab app.
- Solution : Scan QR pelajar yang betul, if user dah scan betul team perlu check link QR.
- Scan QR student exist but inactive
- Alert: Student is inactive. Please verify the status with management.
- Solution: Perlu maklumkan bahawa pelajar tak aktif tak boleh scan outing, perlu activekan semula.
Tutorial
Mobile App eMaktab Staff
Paparan Mobile App

Paparan Web

Dengan app ni, urusan rekod outing pelajar jadi lebih mudah! 🔥 Sekarang, anda boleh:
✅ Rekodkan outing pelajar dengan cepat
✅ Luluskan atau batalkan outing terus dari telefon
✅ Lanjutkan outing jika perlu
Tak perlu lagi bergantung pada desktop—semuanya di hujung jari! 📲💼
Jom muat turun sekarang dan nikmati kemudahan eMaktab di mana saja!
#eMaktab #MRSM #UrusOutingMudah
Download Mobile App
Android: https://emaktab.smap.my/ma/android_staff
iOS: https://emaktab.smap.my/ma/ios_staff
Tutorial
Mobile App eMaktab Parents
Video rujukan mohon Outing: https://adilo.bigcommand.com/watch/dSOmZrDZ
Cara untuk login mobile app eMaktab
- Log masuk menggunakan Whatsapp
- Masukkan no telefon dan klik “Login Via Whatsapp”
- Passcode akan dihantar ke whatsapp > klik “Send”
- Buka semula mobile app eMaktab dan akan terus login


ATAU
klik “Login with Passcode”, passcode akan dihantar ke email utama pelajar


Cara membuat bayaran melalui payment gateway







Cara buat permohonan outing dalam eMaktab


Setiap permohonan outing yang dibuat, pihak maktab yang akan buat proses kelulusan.
Video rujukan: Cara membuat permohonan outing
Paparan mobile app


LAMAN JUALAN (SALES PAGE)
Laman jualan ini digunakan untuk memudahkan proses pembelian barangan dalam SMAP.
Ibu bapa atau pelajar boleh pilih barang dan kuantiti yang hendak dibeli dan terus buat bayaran dalam sistem. Kemudian, akan tolak dengan baki stok dalam sistem.
NOTA PENTING!
1. Fungsi ini hanya boleh guna jika organisasi on setting Inventori sahaja (Contact team SMAP)
2. Set akses Laman Jualan di bahagian akses Staf (Menu Staf > Staf > Kemaskini di bahagian akses)
3. Laman Jualan hanya boleh digunakan sekiranya organisasi menggunakan Payment Gateway (Pembayaran Online)
4.Buat masa sekarang, Laman Jualan hanya boleh digunakan untuk pelajar sahaja, untuk orang luar masih dalam penambahbaikan.
Berikut adalah langkah-langkah untuk gunakan modul laman jualan:
A. Tambah produk
1. Menu Item
2. Tab Produk
3. Klik butang Tambah Rekod
4. Isi maklumat
5. Klik butang Hantar untuk save

B. Set kan jumlah stok masuk
1. Menu Inventori
2. Pada produk berkenaan, klik butang Rekod Stok
3. Masukkan maklumat
4. Klik butang Hantar untuk save


C. Tambah Laman Jualan
1. Menu Laman Jualan
2. Klik butang Tambah Rekod
3. Isi Maklumat



a. Status
b. Tajuk
c. URL Laman Jualan
d. Gambar Utama
e. Keterangan
f. Sembunyi Stok – Boleh setkan jika mahu paparkan jumlah stok semasa atau tidak
g. Produk – Pilih produk yang mahu dipaparkan di laman jualan
h. Ruangan – Maklumat yang perlu diisi
i. Field Tambahan – Jika ada maklumat tambahan, boleh klik butang Tambah Rekod
j. Syarat dan Terma
4. Copy Link

Contoh Laman Jualan:
https://app.smap.my/am74064z0v/pg/baju-sekolah
PDPA
Apa itu PDPA (Personal Data Protection Act)?
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah undang-undang di Malaysia yang melindungi maklumat peribadi individu. PDPA memastikan bahawa data peribadi anda dikumpul, digunakan, dan disimpan dengan cara yang selamat.
Ia memberikan hak kepada anda untuk mengetahui bagaimana maklumat anda digunakan dan memastikan ia tidak disalahgunakan. Dengan PDPA, anda boleh merasa yakin bahawa data peribadi anda dilindungi.
Maklumat lanjut: https://daftar.pdp.gov.my/
Siapa Subjek Data? – Ibu/bapa/penjaga
Akta Perlindungan Data Peribadi memberikan peraturan mengenai amalan yang baik dalam memproses data peribadi individu yang masih hidup. Akta mendefinasikan individu-individu yang mana data mereka diproses oleh pengawal data sebagai subjek data.
Siapa Pengawal Data? – Pengguna data – tadika/taska/sekolah/madrasah/pusat tuisyen
Akta Perlindungan Data Peribadi terpakai kepada seseorang individu dan organisasi sekiranya mereka adalah “pengawal data”. Pengawal data adalah individu atau organisasi yang:
1. Memproses data peribadi, atau
2. Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau
3. Membenarkan pemprosesan data peribadi
Siapa Pemproses Data? – SMAP.my
Akta Perlindungan Data Peribadi tidak terpakai kepada seseorang individu atau organisasi yang memproses data peribadi bagi pihak pengawal data.
Sebagai pemproses data, sistem akan mematuhi syarat yang ditetapkan PDPA untuk pemprosesan data yang diberikan. (sila rujuk Syarat dan Terma SMAP)
SOALAN LAZIM PDPA:
1. Apakah tujuan Akta Perlindungan Data Peribadi?
Untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.
2. Siapa yang perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?
Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.
3. Apakah peraturan-peraturan tersebut?
Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi 7 prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi:
- Prinsip Am
- Prinsip Notis dan Pilihan
- Prinsip Penzahiran
- Prinsip Keselamatan
- Prinsip Penyimpanan
- Prinsip lntegriti Data
- Prinsip Akses
4. Data apakah yang dilindungi Akta?
Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh data boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada maklumat atau data tersebut:
- Nama dan alamat
- Nombor kad pengenalan
- Nombor pasport
- Maklumat kesihatan
- Alamat e-mel
- Gambar
- lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
- Maklumat dalam fail peribadi
5. Bilakah sesebuah organisasi “memproses” data peribadi?
Sesebuah organisasi mesti mematuhi Akta hanya jika organisasi itu “memproses” data peribadi. Akta Perlindungan Data Peribadi memberi definasi kepada maksud perkataan “pemprosesan”. Definasinya sangat luas. “Pemprosesan” data peribadi bermaksud melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”.
Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan”termasuklah:
- Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang
- Menerbitkan data
- Menjual data
- Menggunakan data dalam pentadbiran
- Menggunakan data untuk tujuan pemasaran
- Merekodkan data
- Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain
- Memusnahkan data
6. Adakah pengawal data bertanggungjawab terhadap aktiviti pemproses data?
Jika organisasi A mendapatkan khidmat organisasi B bagi memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah pengawal data manakala organisasi B adalah pemproses data. Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi data yang diproses. Organisasi A juga dikehendaki oleh Akta supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.
7. Apakah hak-hak yang diberikan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi kepada subjek data (individu)?
Subjek data diberikan hak-hak berikut:
- Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung
- Hak untuk diberitahu sama ada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
- Hak untuk mengakses data peribadi
- Hak untuk membetulkan data peribadi
- Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
- Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
8. Apakah data peribadi sensitif?
Akta Perlindungan Data Peribadi mendefinasikan data peribadi sensitif sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah data peribadi sensitif.
9. Apakah syarat-syarat bagi memproses data peribadi sensitif?
Akta tidak membenarkan pemprosesan data peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata dari subjek data.
10. Apakah yang dilakukan jika seseorang mendapati bahawa data peribadi telah diproses tidak mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi?
Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
11. Bolehkah seseorang individu menuntut ganti rugi dibawah Akta Perlindungan Data Perinadi sekiranya data peribadi mereka telah diproses menyalahi Akta?
Akta tidak memperuntukkan secara spesifik hak untuk menuntut ganti rugi.
12. Apakah remedi yang ada kepada subjek data?
Remedi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi adalah dalam bentuk kesalahan jenayah. Akta telah mewujudkan beberapa kesalahan jenayah baru, ini termasuklah kesalahan-kesalahan berikut:
- Memproses data peribadi tanpa perakuan pendaftaran
- Memproses data peribadi selepas pendaftaran dibatalkan
- Melakukan perlanggaran terhadap mana-mana prinsip data
- Memproses data peribadi selepas persetujuan di tarik balik
- Memproses data peribadi sensitif tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Menjual atau membuat tawaran untuk menjual data peribadi
- Kegagalan mematuhi kehendak Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi bagi mematuhi notis mengenai pemasaran langsung.
Dasar Privasi & Syarat dan Terma SMAP
Privacy policy/Dasar privasi SMAP: https://drive.google.com/file/d/1Wyl4juAaRpaHyQqcSTAA_6HP77L-xt9-/view
Terms and Condition/Syarat dan Terma SMAP: https://drive.google.com/file/d/1MOM5YbQBaXcUCGBN2ebByXGWMtSUIBl_/view?usp=drive_link
Default WhatsApp Settings
Tetapan ini adalah untuk tuan/puan yang menggunakan Whatsapp Personal dan WhatsApp Business.
Apabila klik icon WhatsApp di sistem, akan terus link ke WhatsApp yang kita sudah tetapkan.
Cara Pertama (Boleh rujuk video berikut: https://adilo.bigcommand.com/watch/LdReVoFA):
1. Buka Setting/Tetapan di phone
2. Klik pada ‘Apps’

3. Klik ‘App Management’

4. Pilih WhatsApp atau WhatsApp Business

5. Klik ‘Open by default’


6. Enable kan ‘Open Supported Links’


Cara Kedua (Boleh rujuk video berikut: https://adilo.bigcommand.com/watch/4OLbzlVR):
1. Buka Setting/Tetapan di phone
2. Klik pada ‘Apps’

3. Klik ‘Default apps’

4. Klik ‘Opening links’

5. Pilih WhatsApp atau WhatsApp Business

6. Enable kan ‘Open Supported Links’


MAKLUMAN PENTING!!
? Jika enable kedua-dua WhatsApp Personal dan WhatsApp Business, jika klik icon WhatsApp di sistem, akan keluar di WhatApp Business
? Jadi, anda perlu unable WhatsApp Business jika anda mahu setkan WhatsApp Personal sebagai default.
Bayaran Semasa Pendaftaran (Borang Pendaftaran Online)
Bayaran semasa pendaftaran ini diadakan untuk memudahkan pengusaha mengumpul bayaran semasa pendaftaran.
Selepas daftar pelajar menggunakan borang pendaftaran online, sistem akan terus hantar invois pendaftaran kepada ibu bapa.
1. Cara untuk setkan yuran pendaftaran di borang pendaftaran online
1.1 Pergi ke menu Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran Online.
1.2 Set ‘ya’ untuk Perlu Kelulusan. Kemudian, field Jumlah Yuran Semasa Pendaftaran dan Keterangan Yuran Semasa Pendaftaran akan keluar.
1.3. Setkan jumlah yuran dan keterangan yuran semasa pendaftaran. Keterangan yuran akan direkodkan sebagai item invois.

2. Cara untuk ibu bapa buat bayaran yuran pendaftaran
Selepas mendaftar, ibu bapa boleh pilih sama ada ingin bayar yuran pendaftaran terus atau tidak.
2.1 Sekiranya tidak mahu meneruskan dengan pembayaran yuran, boleh klik pada button ‘Tambah Pelajar baru (Sama Ibubapa)’ atau tutup sahaja link borang tersebut.

2.2 Sekiranya ingin teruskan dengan membayar yuran pendaftaran, boleh klik pada button ‘Teruskan dengan pembayaran’. (Info pendaftaran akan dihantar melalui email masing-masing).
Selepas memilih untuk meneruskan dengan pembayaran yuran pendaftaran, Ibu bapa perlu membuat pembayaran secara online.
Lebih Masa Staf
Penambahan modul untuk mengira lebih masa staf melalui app SMAP secara automatik.
Terdapat beberapa tetapan yang perlu disetkan untuk menggunakan fungsi ini:
1️⃣ Tetapan Gaji
- Tetapan > Staf > Gaji

- Boleh tandakan > “Kira lebih masa secara auto”

- Sila setkan pengiraan pengecualian untuk KWSP, PERKESO dan SIP untuk kategori gaji lebih masa staf

- Klik butang Hantar untuk save
2️⃣ Tetapan Kategori Gaji
- Tetapan > Staf > Kategori Gaji

- Kategori “Bayaran Lebih Masa” akan disetkan secara automatik untuk jenis pendapatan


- Boleh klik butang hiijau, untuk lihat Kategori Lebih Masa Gaji (biasanya tidak diubah)

Jika klik butang Kemaskini di bahagian Operasi. Terdapat tetapan untuk bahagian bundar pengiraan. Tetapan tersebut akan disetkan kepada Tidak Bundar.
3️⃣ Cara membuat pengiraan
- Menu Staf > Gaji

- PIlih nama staf yang terlibat > klik butang “Tambah Rekod“

- Masukkan maklumat Gaji Asas

- Dibahagian Bayaran Lebih Masa > Klik “Set Lebih Masa“
- Boleh kosongkan bahagian yang tidak terlibat
NOTA: Boleh klik icon [ ? ] untuk lihat formula pengiraan
- Klik butang “Kira Lebih Masa“

- Klik butang Kira “KWSP/PERKESO/SIP“
- Klik butang Hantar untuk save
4️⃣ Pengiraan Lebih Masa
Kiraan Umum
Formula pengiraan
Ordinary Rate of Pay (ORP) = Gaji Bulanan ÷ 26
Hourly Rate of Pay (HRP) = ORP ÷ Jam Bekerja
Contoh:
Gaji Bulanan: RM3,000
Jam bekerja: 8:30 am sehingga 5:30 pm
Rehat: 1:00 pm sehingga 2:00 pm
Jam bekerja biasa (mengikut hari): 8 jam
ORP = 3000 ÷ 26 = 115.3846
HRP = ORP ÷ 8 = 14.4231
- Hari Kerja
Bayaran lebih masa = Jumlah jam lebih masa x 1.5 x HRP
Contoh:
Jumlah jam = 3 jam
Bayaran lebih masa = 3 jam x 1.5 x HRP
= 3 x 21.6347
= RM 64.90
Paparan dalam sistem:
- Hari Rehat (Separuh Hari) – Kurang atau sama dengan 4 jam
Bayaran lebih masa = Jumlah separuh hari x 0.5 x ORP
Contoh:
Jumlah separuh hari = 2 kali
Bayaran lebih masa = 2 x 0.5 x ORP
= 2 x 57.6923
= RM 115.40
Paparan dalam sistem:
- Hari Rehat – Lebih dari 4 jam, kurang dari 8 jam
Bayaran lebih masa = Jumlah hari x 1 x ORP
Contoh:
Jumlah hari rehat = 3 hari
Bayaran lebih masa = 3 hari x 1 x ORP
= 3 x 115.3846
= RM 346.15
Paparan dalam sistem:
- Hari Rehat (Lebih Waktu Kerja)
Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 2 x HRP
Contoh:
Jumlah jam = 5 jam
Bayaran lebih masa = 5 jam x 2 x HRP
= 5 x 28.8462
= RM 144.25
Paparan dalam sistem:
- Cuti Umum
Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 2 x HRP
Contoh:
Jumlah jam = 2 jam
Bayaran lebih masa = 2 jam x 2 x HRP
= 2 x 28.8462
= RM 57.70
Paparan dalam sistem:
- Cuti Umum (Lebih Waktu Kerja)
Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 3 x HRP
Contoh:
Jumlah jam = 3 jam
Bayaran lebih masa = 3 jam x 3 x HRP
= 3 x 43.2693
= RM 129.85
Paparan dalam sistem:
5️⃣ Paparan Slip Gaji Staf
Contoh paparan
Pengajian Al-Quran
Modul khas bagi pusat mengaji dan madrasah untuk merekodkan progress bacaan pelajar. Kini proses untuk merekodkan bacaan Al-Quran akan menjadi lebih mudah.
Jika berminat, boleh maklumkan kepada team SMAP di group support Whatsapp untuk bukakan akses modul ini
Terdapat beberapa perkara yang perlu disetkan untuk menggunakan modul Pengajian Al-Quran:
A. Setkan Jenis Pengajian Al-Quran
1. Menu Tetapan
2. Bahagian Akademik, pilih Pengajian Al-Quran
3. Klik button Tambah Rekod
4. Isi maklumat > Hantar



Nota:
**Boleh set kategori sebagai Al-Quran > Tick box Set untuk kiraan juzuk.
B. Setkan Kelas Untuk Staf/Tenaga Pengajar
1. Menu Staf > Staf
2. Klik button Tenaga Pengajar
3. Pada staf berkenaan, klik button Tambah Kelas
4. Setkan Kelas > Hantar



C. Rekodkan Pengajian Al-Quran
1. Menu Pengajian Al-Quran
2. Tapis Program dan Kelas > Klik button Tapis
3. Pilih Jenis Pengajian Al-Quran > Masukkan muka surat > Hantar
a. Boleh tapis program, kelas dan masa pegajian Al-Quran
b. Boleh kemaskini (button Kemaskini) dan padam (button Padam) pengajian Al-Quran
c. Boleh tapis tarikh
C. Rekodkan Pengajian Al-Quran
1. Menu Pengajian Al-Quran

2. Tapis Program dan Kelas > Klik button Tapis

3. Pilih Jenis Pengajian Al-Quran > Masukkan muka surat dan catatan (Jika Ada) > Hantar
a. Boleh tapis program, kelas, guru dan masa pegajian Al-Quran
b. Boleh kemaskini (button Kemaskini) dan padam (button Padam) pengajian Al-Quran
c. Boleh tapis tarikh (Untuk rekodkan pada tarikh tertentu, boleh pilih tarikh dahulu)
Nota:
** Untuk muka surat, sila letak komma untuk asingkan halaman
** Jika anda mahu masukkan halaman 1 hingga 6, sila masukkan 1-6
** Untuk muka surat Al-Quran, maksimum muka surat adalah 304

D. Kemaskini Rekod Pengajian Al-Quran
1. Menu Pengajian Al-Quran
2. Tapis Program dan Kelas
3. Klik button Kemaskini
4. Kemaskini maklumat > button Kemaskini
**Boleh tapis tarikh, program dan kelas

E. Padam Rekod Pengajian Al-Quran
1. Menu Pengajian Al-Quran
2. Tapis Program dan Kelas
3. Klik button Padam
4. Tick rekod yang mahu dipadam > button Padam
**Boleh tapis tarikh, program dan kelas

F. Laporan Pengajian Al-Quran
1. Menu Laporan
2. Bahagian Akademik, pilih Pengajian Al-Quran


**Boleh tapis mengikut nama pelajar, program, kelas, jenis Pengajian Al-Quran dan tarikh
Paparan mobile app SMAP, untuk pantauan ibu bapa / waris

Sekian Makluman.