Berikut adalah kenyataan yang pihak organisasi boleh kongsikan kepada ibu bapa jika organisasi ubah ke payment gateway SMAP Pay.
🔔 PENGUMUMAN RASMI
Pertukaran Payment Gateway ke SMAP Pay
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa sistem pembayaran dalam SMAP telah ditaik taraf kepada SMAP Pay — platform baharu yang lebih stabil dan mudah diurus sekiranya berlaku sebarang isu teknikal.
✅ Cara Membuat Pembayaran (Tiada Perubahan)
1️⃣ Buka invoice dalam SMAP
2️⃣ Klik butang Bayar Online
3️⃣ Halaman SMAP Pay akan dipaparkan — teruskan bayaran melalui FPX dengan bank pilihan
4️⃣ Resit SMAP akan dikeluarkan secara automatik selepas bayaran berjaya
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi pihak organisasi. Kami sedia membantu.
Sekian, terima kasih atas kerjasama ibu bapa sekalian. 🤗