Invois ialah dokumen yang dikeluarkan untuk mendapatkan bayaran. Apabila bayaran diterima, invois akan dikemaskini dan resit rasmi akan dikeluarkan.
Invois bulanan automatik hanya boleh digunakan untuk Yuran Bulanan sahaja.
Cara untuk tetapkan Invois Bulanan secara automatik :

- Bolek klik Tetapan di bahagian atas kanan.

2. Di bahagian Kewangan, pilih “Invois Bulanan Auto“.

3. Tick bulan yang mahu keluarkan invois secara automatik.
4. Set untuk hari keberapa invois dikeluarkan (1st Reminder). Tick kotak “Pada hari terakhir setiap bulan” sekiranya mahu keluarkan invois pada hari terakhir setiap bulan.
5. Set untuk bulan apa invois dikeluarkan (secara default, invois dikeluarkan untuk bulan hadapan. Jika ingin ubah ke bulan semasa, boleh hubungi team smap).

6. Set untuk hari keberapa invois perlu dibayar (due date).
7. Pilihan untuk penghantaran emel invois kepada ibu bapa.
8. Pilihan untuk penghantaran notifikasi SMAP App invois kepada ibu bapa.
9. Pilihan untuk penghantaran notifikasi invois melalui Whatsapp (dengan caj 0.20 sen bagi setiap mesej).
10. Klik hantar setelah selesai.
Macam mana nak ingatkan parents untuk baki tertunggak?
Sistem SMAP ada fungsi untuk menghantar notifikasi bayaran tertunggak.
Cara untuk set peringatan baki tertunggak :

- Boleh klik Tetapan di atas bahagian kanan.

2. Di bahagian Kewangan, pilih “Peringatan Baki Belum Bayar“.

3. Set tarikh keluar peringatan baki belum bayar (Maksimum 3 tarikh)
- Klik button ‘Tambah Hari’ untuk tambah tarikh peringatan baki belum bayar.
- Klik button ‘X‘ untuk padam tarikh peringatan baki belum bayar.
4. Set untuk jumlah baki minimum untuk keluarkan peringatan.

5. Pilihan untuk penghantaran notifikasi melalui email, SMAP App dan juga Whatsapp. (Penghantaran notifikasi melalui Whatsapp perlu dicaj 0.20 sen untuk setiap mesej).
6. Klik hantar setelah selesai.
VIDEO TUTORIAL :
Cara untuk setkan Yuran Bulanan Auto : https://adilo.bigcommand.com/watch/CqXeBuTk
Cara untuk set notifikasi baki tertunggak : https://adilo.bigcommand.com/watch/o9ln73wT
Sekian, terima kasih.



































