Caruman MARA

Untuk paparkan rekod caruman MARA

Perlu ada akses Kewangan, baru boleh nampak menu caruman MARA

Terdapat 3 tab:

  1. Caruman bulanan
    • Senarai semua pelajar yang ada dalam sistem
    • Boleh setkan Yuran Pendaftaran dan Caruman Keseluruhan
    • Boleh kemaskini secara individu > bahagian Operasi > Kemaskini
    • Secara pukal (tapis by tingkatan)
  2. Transaksi pembayaran
    • Upload rekod bayaran dari MARAeps
  3. Lebihan bayaran
    • Jika ada rekod bayaran lebihan dari MARAeps

Caruman Bulanan

Setkan templat caruman bulanan

Cara tambah templat:
Menu Caruman MARA > klik button “Templat Caruman” > klik button “Tambah Rekod”

Contoh:
– Caruman RM60 (JAN – MAC)
– Caruman RM80 (APR – JUN)
– Caruman semua bulan RM100
– Caruman semua bulan RM80
– Caruman semua bulan RM60
– Caruman RM80 (JULY – DEC)

Setkan yuran pendaftaran dan caruman untuk pelajar

Dua cara:

Secara individu
– Menu Caruman MARA > Cari nama pelajar
– Dibahagian Operasi > klik button Kemaskini

Secara pukal
– Menu Caruman MARA > Tapis mengikut program, kelas atau tag > klik button Tapis
– Tandakan nama pelajar yang terlibat
– Klik drop down Operasi pukal > Pilih kemaskini Yuran Pendaftaran atau kemaskini Caruman MARA

Jika pelajar ada caruman yang berbeza mengikut bulan, boleh pilih lebih dari satu templat, pastikan cukup 12 bulan


Transaksi Pembayaran

Untuk masukkan maklumat dari MARAeps

Templat Transaksi Pembayaran

Nota: Dokumen yang di muat naik hanya pembayaran dari sistem MARAeps sahaja
Jika dah selesai isikan data, pastikan untuk convert file ke type csv.
Sistem akan semak melalui no kad pengenalan pelajar.

Maklumat caruman MARA dalam profil pelajar

Akan ada menu caruman MARA, beserta rekod bayaran yang ada dalam sistem. Beserta rekod transaksi pembayaran dari MARAeps yang diupload ke dalam eMaktab


Lebihan bayaran

Jika ada ibu bapa yang membuat lebihan bayaran pada sesi semasa, dan nak ditolakkan ke sesi lepas.

Menu Caruman MARA > Tab Lebihan Bayaran > Cari nama pelajar > klik button “Tolak Sesi”

Pilih sesi yang nak ditolak untuk lebihan bayaran tersebut, jika ada rekod dalam sistem.

NOTA: Jika padam rekod lebihan bayaran, jumlah dan lebihan bayaran ini akan dipadam dalam sistem.


Laporan Caruman MARA

Menu Laporan > bahagian Kewangan > Caruman MARA.

Sistem hanya akan paparkan rekod bayaran untuk caruman sahaja, tidak termasuk bayaran invois pelajar.


Paparan mobile app eMaktab App


FAQ:

Boleh ke nak resetkan amount?

    Dibahagian Operasi, boleh click button Padam. Sistem akan resetkan setting Caruman MARA untuk pelajar tersebut

    Contoh rekod seperti padam rekod caruman



    Boleh ke nak rekodkan tunggakan caruman untuk tahun-tahun lain?

    Boleh, rekodkan maklumat caruman di sesi yang terlibat. Contoh pelajar Tingkatan 5 2026 ada tunggakan semasa Tingkatan 3 2024. Jadi perlu rekodkan di sesi 2024 untuk ibu bapa nampak tunggakan caruman di sesi 2024


    Pembayaran caruman boleh dibuat melalui eMaktab ke?

    Tidak boleh, pembayaran caruman MARA hanya boleh dilakukan melalui MARAeps sahaja.


    Kalau ada yang bayar selain dari MARAeps macam mana?

    Boleh rekodkan dalam eMaktab, tetapi tidak akan dikemaskini dalam sistem MARAeps

    Cara 1:

    Menu Caruman MARA > Tab Caruman Bulanan > cari nama pelajar > click button Bayar [$] untuk rekodkan pembayaran

    Sistem akan paparkan summary yuran dan caruman pelajar tersebut

    Boleh isikan rekod pembayaran seperti berikut

    Cara 2:

    Menu Pelajar > Pelajar > Cari nama pelajar > klik nama pelajar > klik tab Caruman MARA

    Klik button “Rekod Pembayaran” dan masukkan maklumat pembayaran


    Boleh jadi double rekod ke bila kita upload transaksi?

    Sistem akan semak melalui no rujukan transaksi, jika ada double rekod, sistem hanya akan rekodkan satu transaksi sahaja.