Tetapan Mobile Application (SMAP APP for Parents)

Sebelum ini, menu di SMAP App akan dipaparkan jika terdapat rekod didalam sistem. Contoh, jika sebelum ini pernah rekodkan log harian, menu tersebut akan dipaparkan kepada ibu bapa tersebut.

Team SMAP sudah buat penambahbaikan dalam sistem iaitu boleh paparkan menu yang diperlukan mengikut organisasi masing-masing.

? Organisasi boleh setkan sama ada mahu buka/tutup akses mobile app dan setkan menu yang tertentu sahaja untuk dipaparkan di SMAP App for Parents.

? Staf yang mempunyai akses ‘Rekod Organisasi & Staf’ sahaja yang boleh setkan tetapan SMAP App for Parents.

Cara setkan paparan di mobile application (SMAP APP for Parents)

1. Menu Tetapan.
2. Bahagian sistem, klik Mobile App.

3. Setkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk Buka Mobile App (Ini adalah untuk membenarkan ibu/bapa/penjaga menggunakan mobile app atau tidak)
4. Setkan ‘Buka’ atau ‘Tutup’ untuk modul yang mahu dipaparkan di bahagian mobile app.
– Jika set ‘Buka’, ibu/bapa/penjaga boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
– Jika set ‘Tutup’, ibu/bapa/penjaga tidak boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
5. Klik butang Hantar.


Sekian Makluman. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di group support masing-masing.

Fungsi Sumbangan

Penambahan fungsi baru sumbangan sudah ada dalam SMAP! Pihak organisasi boleh menerima dan rekodkan sumbangan dalam sistem, iaitu sumbangan ini diasingkan dari pendapatan utama organisasi.

πŸ“Œ Organisasi boleh rekodkan sumbangan.
πŸ“Œ Organisasi boleh share link & kod QR sumbangan.
πŸ“Œ Sumbangan yang dibuat akan direkod sebagai pendapatan.
πŸ“Œ Sumbangan hanya boleh diakses jika staf mempunyai akses Invois/Resit & Perbelanjaan.
πŸ“Œ Perlu daftar akaun Toyyibpay dahulu untuk menggunakan fungsi sumbangan atau jika sudah daftar, set ‘Toyyib’ untuk Jenis Gateway (atau payment gateway yang lain seperti billplz, chip atau bizappay)

AKSES STAF UNTUK REKODKAN DAN LIHAT REKOD SUMBANGAN

1. Menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik butang ‘Kemaskini’.


2. Pastikan staf ada akses Invois/resit dan Perbelanjaan.
3. Jika staf tiada akses, boleh tick akses Invois/resit dan Perbelanjaan > Hantar.



AKSES ORGANISASI UNTUK REKOD SUMBANGAN

1. Tetapan > Bahagian Kewangan, pilih Pembayaran Online


2. Set ‘Ya’ untuk Sumbangan. Kemudian pilih Akaun > Hantar


Makluman: Jika masih tiada jenis akaun, boleh tambah di
Tetapan > Bahagian Kewangan > pilih Akaun > Tambah Rekod



CARA REKODKAN SUMBANGAN
1. Menu Kewangan > Sumbangan > klik butang Tambah Rekod

2. Isi Maklumat

  1. Masukkan Tajuk sumbangan (Wajib diisi)
  2. Link Sumbangan boleh diubah mengikut kesesuaian
  3. Keterangan boleh masukkan jika perlu
  4. Ada Jumlah Sasaran:
    – Jika set ‘Ya’ untuk Ada Jumlah Sasaran, perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan. Contoh 10,000.
    – Jika set ‘Tidak’ untuk Ada Jumlah Sasaran, tidak perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan.
    – Boleh setkan tarikh ‘Buka Sehingga’ sumbangan.
  5. Pilihan Jumlah:
    – Boleh setkan pilihan jumlah untuk penderma pilih (Nota: penderma masih boleh masukkan sebarang jumlah yang mahu didermakan)
  6. Hantar

CARA BERIKAN LINK/QR SUMBANGAN KEPADA PENDERMA
Menu Kewangan > Sumbangan > pada column operasi, klik icon QR

Kemudian, akan keluar paparan seperti berikut:

Boleh Cetak atau Salin Link

IBU/BAPA/PENJAGA BOLEH BUAT SUMBANGAN MELALUI MOBILE APP (SMAP APP)
Klik item ‘Donation’

Sekian, makluman.