Modul Asrama

Sila pastikan dengan team SMAP untuk bukakan modul Asrama

Akses staf

Jika modul Asrama sudah dibukakan, boleh setkan akses staf yang terlibat untuk pengurusan asrama

  1. Menu Staf > Staf
  2. Cari nama staf yang terlibat > Kemaskini
  3. Tandakan akses Asrama atau Aset Bilik Asrama

Tetapan Asrama

Terdapat beberapa tetapan yang perlu dibuat dalam sistem, antaranya:

Pergi ke menu Tetapan > bahagian Pelajar > Asrama

  1. Guna lokasi > klik tab ‘Lokasi’ > klik butang ‘Tambah Rekod’
    Isikan alamat, bandar, negeri
  2. Tambah unit > klik tab ‘Unit’ > klik butang ‘Tambah Rekod’
    Isikan nombor unit dan lokasi unit
  3. Tambah bilik dan nombor katil > klik tab ‘Bilik’ > klik butang ‘Tambah Rekod’
    Isikan nombor bilik, unit dan nombor katil
  4. Tambah aset > klik tab ‘Aset’ > klik butang ‘Tambah Rekod’
    Isikan nama aset, kuantiti dan catatan (jika ada)

Set unit dan penghuni

  1. Pergi ke menu Asrama > Unit
  2. Klik dropdown untuk paparkan status unit
  3. Klik butang ‘Kemaskini’ di bahagian Operasi
  4. Ubah status ‘Kosong’ kepada ‘Diduduki’ dan isikan maklumat penghuni



Selepas selesai tambahkan penghuni untuk unit, boleh semak rekod penghuni di:

  1. Menu Asrama > Penghuni
  2. Semak nama dan maklumat penghuni
  3. Jika penghuni sudah keluar, boleh kemaskini tarikh keluar > klik butang ‘Kemaskini’ di bahagian Operasi


Aduan Kerosakan Asrama

Buat masa sekarang, hanya guru/warden yang mempunyai akses ‘Asrama’ sahaja yang boleh rekodkan aduan.

  1. Menu Asrama > Aduan Kerosakan Asrama
  2. Klik butang ‘Tambah Rekod’
  3. Isikan maklumat
    Jenis lokasi boleh pilih antara bilik atau lokasi-lokasi lain
  4. Boleh masukkan dokumen sokongan (jika perlu)


  5. Selepas rekod ditambah, aduan akan automatik berstatus ‘Baru’
  6. Boleh klik butang ‘Kemaskini di bahagian Operasi > Terdapat tiga pilihan status > Boleh kemaskini status aduan jika pihak pengurusan sudah ambil maklum.




Laporan Asrama

Menu Laporan > Bahagian Asrama

  1. Senarai rekod asrama > pilih lokasi/unit/status > klik butang ‘Tapis’
  2. Senarai rekod penghuni > pilih pelajar/lokasi/unit/katil/tarikh masuk/tarikh keluar = > klik butang ‘Tapis’
  3. Aduan kerosakan asrama > pilih tarikh mula/tarikh akhir/lokasi/status