Protected: Macam mana nak dapatkan passcode ibu bapa untuk log masuk ke mobile app SMAP?
Protected: Macam mana nak kemaskini program pelajar yang tersalah daftar?
Protected: Pelajar lama dah berhenti, kena padam nama pelajar ke?
Protected: Boleh set lebih masa (OT) pelajar dalam SMAP? Macam mana nak set?
Protected: Boleh ke nak pindah pelajar ke cawangan lain?
Protected: Macam mana nak sharekan link borang pendaftaran online?
BORANG EA (EA FORM)
Kini, kami sudah tambahkan fungsi Borang EA pada Modul Staf
? Sekarang sudah boleh generate borang EA staf yang mempunyai rekod gaji lengkap untuk 12 bulan bagi tahun sebelum.
? Untuk staf baru yang rekod gaji tidak lengkap 12 bulan, perlu setkan tarikh mula masuk kerja terlebih dahulu.
? Sama seperti slip gaji, Borang EA juga boleh disetkan untuk publish/unpublish mengikut Tetapan Gaji.
? Staf boleh lihat & muat turun rekod Borang EA yang sudah di generate dalam web & mobile app SMAP for Staff.
Cara menggunakan fungsi ini:
–> JIKA TIDAK MENGGUNAKAN FUNGSI ENABLE PUBLISH OPTION DI BAHAGIAN SLIP GAJI


- Pastikan staf sudah ada rekod slip gaji kesemua 12 bulan pada tahun sebelumnya. Jika staf hanya bekerja untuk beberapa bulan untuk tahun sebelumnya (kurang dari 12 bulan), pastikan set tarikh mula bekerja terlebih dahulu (Menu Staf > Staf > Kemaskini)
- Menu Staff > Borang EA
- Tapis tahun
- Tambah Rekod
- Jika Borang EA sudah dikeluarkan, staf boleh lihat menggunakan akaun SMAP mereka.
–> JIKA MENGGUNAKAN FUNGSI ENABLE PUBLISH OPTION DI BAHAGIAN SLIP GAJI

1. Pastikan staf sudah ada rekod slip gaji kesemua 12 bulan pada tahun sebelumnya. Jika staf hanya bekerja untuk beberapa bulan untuk tahun sebelumnya (kurang dari 12 bulan), pastikan set tarikh mula bekerja terlebih dahulu (Menu Staf > Staf > Kemaskini)
2. Pastikan semua slip gaji sudah di publish kan untuk kesemua bulan.
3. Menu Staf > Borang EA
4. Tambah Rekod

5. Publish Borang EA untuk staf
a. Tick Borang EA pada staf
b. Operasi Pukal, pilih Publish
c. Hantar
6. Jika Borang EA sudah dikeluarkan dan sudah di publish, staf boleh lihat menggunakan akaun SMAP mereka.
Generate borang EA

1️⃣ Menu Staf > Borang EA
2️⃣ Tambah Rekod
NOTA PENTING: Jika staf tidak boleh lihat rekod Borang EA, pastikan Borang EA untuk staf tersebut sudah di publish dahulu.
Item Borang EA di Tetapan Slip Gaji:
- Buat masa sekarang, ada 6 jenis kategori gaji yang akan dipaparkan di Borang EA.
a. Pendapatan
b. Bonus
c. Zakat
d. EPF (oleh Majikan)
e. SOCSO (oleh Majikan)
f. Cukai - Staf berkemungkinan akan ada lebih dari 1 kategori pendapatan. Contoh:
a. Gaji Asas, Elaun, Elaun Lebih Masa – Semua ini akan direkodkan dalam ‘Pendapatan’ di dalam Borang EA. - Jika amaun di dalam Borang EA tidak betul atau tidak tepat, pastikan semua kategori gaji sudah setkan di bahagian tetapan (Menu Tetapan > Staf > Gaji)
BAHARU
Sekarang untuk caruman PERKESO dan SIP sudah boleh ditambah dalam Borang EA di Bahagian E.
Di tetapan, perlu tambah PERKESO dan SIP dahulu seperti gambar berikut:
Tetapan > Bahagian Staf, pilih Gaji > Bahagian Kategori Borang EA, tetapkan PERKESO dan SIP > Hantar

? SIP hanya boleh ditambah dalam Borang EA pada tahun 2022 dan ke atas sahaja.
? Untuk tahun 2021 dan ke bawah, SIP tidak akan ditambah pada Borang EA.
? Di bahagian E Borang EA, jumlah PERKESO dan SIP akan ditambah dan dipaparkan pada item PERKESO.
Set Lebihan Bayaran sebagai Sumbangan/Infaq/Derma
Terdapat situasi dimana ibu bapa ingin membuat lebihan bayaran ketika membayar invois. Tetapi lebihan tersebut bukan untuk invois, ianya adalah sumbangan kepada organisasi.
Sebelum ini tiada tempat khas untuk rekodkan sumbangan tersebut melainkan staf atau guru perlu rekodkan di bahagian Pendapatan.
Kini, kami sudah membuat penambahan input sumbangan melalui pembayaran online (toyyibpay) ??
Cara setkan fungsi Sumbangan:
1️⃣ Menu Tetapan > Kewangan > Pembayaran Online.
2️⃣ Set Ya untuk tetapan ‘Bayar Lebih’, kemudian tetapan Sumbangan akan dipaparkan.
Setkan untuk terima sumbangan atau tidak.
Setkan akaun bank untuk sumbangan.
3️⃣ Setkan akaun bagi rekod sumbangan di modul Pendapatan.
Selepas tetapan sudah dibuka, ibu bapa boleh membuat pembayaran melalui Payment Gateway (toyyibPay) dan boleh masukkan bayaran untuk sumbangan.


- Tandakan bayar penuh.
- Boleh masukkan lebihan bayaran. Contoh RM50, sistem akan rekodkan lebihan bayaran sebanyak RM50.
- Setkan jumlah untuk disumbangkan ke organisasi. Contoh RM20, sistem akan rekodkan sumbangan sebanyak RM20.
- Catatan untuk sumbangan tersebut.
- Kotak jumlah keseluruhan akan memaparkan jumlah bayaran yang akan dibuat oleh ibubapa.
Jika tiada invois yang perlu dibayar tetapi mahu buat sumbangan:
1️⃣ Pihak organisasi boleh pergi ke menu Kewangan > Ringkasan.
2️⃣ Cari nama relajar dan dibahagian operasi, akan ada icon titik tiga, kemudian ada pilihan untuk ‘Copy Link Sumbangan’.

3️⃣ Sharekan kepada ibu bapa.

Contoh paparan jika sharekan Link Sumbangan

Resit pendapatan akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan.
Contoh paparan dalam Menu Kewangan > Pendapatan
Sekian makluman.
Pemindahan Wang (Transfer)
Sebelum ini, dalam modul kewangan tiada bahagian untuk rekodkan pemindahan wang antara akaun dalam sistem.
Kini, sudah kami sudah tambahkan modul pemindahan wang di dalam modul perbelanjaan.
Cara rekodkan pemindahan wang
- Menu Kewangan > Perbelanjaan
- Klik butang Pemindahan Wang > butang Tambah Rekod
- Isikan details
- Klik butang Hantar
Cara semak laporan transaksi
Untuk setiap pemindahan wang yang direkodkan dalam sistem akan dimasukkan terus ke dalam Laporan Transaksi
- Menu Laporan > Kewangan > Transaksi
- Boleh klik butang Export to Excel
Sebarang persoalan boleh contact kami dalam group support masing-masing ya