Dari sistem smap, pihak pengusaha boleh menghantar mesej atau announcement kepada staf. Contohnya seperti pemberitahuan tentang hari akademik, hari sukan dan lain-lain.
Mesej boleh dihantar melalui tiga (3) cara iaitu SMS, email atau mobile app notification.
– Bagi penggunaan SMS, pastikan kredit SMS adalah mencukupi (Caj untuk SMS adalah RM0.10 per mesej).
– Untuk penggunaan email, pastikan di maklumat staf ada rekod email.
– Manakala, bagi penggunaan mobile app notification, pastikan staf telah download SMAP for Staff.
Mesej boleh dihantar mengikut:
- Semua Staf
- Staf Mengikut Akses
1. Cara Hantar Mesej
- Pergi ke menu Staf > Mesej > Klik Button Tambah Rekod

2. Pilih medium, ingin hantar secara E-mel atau mobile notification.
3. Pilih ‘Hantar kepada’ – Semua Staf atau Staf Mengikut Akses.
- Jika pilih Hantar kepada Staf Mengikut Akses, pilih akses staf untuk menghantar mesej.

4. Isikan Subjek.
5. Muat naik Gambar jika ada mengikut format. (jpeg, jpg, png dan pdf)
6. Isikan Mesej.
7. Klik butang ‘Hantar’ setelah selesai.

2. Cara Padam Mesej

Bagi staf yang mempunyai akses Rekod Organisasi & Staf, boleh padam mesej yang telah dihantar. Fungsi padam ini akan melibatkan paparan di bahagian:
1. Senarai mesej di menu Staf > Mesej
2. Senarai announcement dalam mobile app SMAP for Staf (Di bahagian ‘Announcements’).
NOTA PENTING!
Jangan lampirkan dokumen sensitif dan sulit sebagai langkah keselamatan

Sekian, terima kasih.