Category Archives: Sistem

Tambah Kuota Blok Pelajar

🎉 Tambahan Blok Pelajar Kini Lebih Mudah & Pantas! 🎉

Dah capai limit pelajar dalam sistem? Jangan risau! Kini pengusaha tak perlu lagi hubungi team SMAP untuk tambah blok pelajar secara manual.

✅ Sekarang dah boleh Request & Bayar terus dalam sistem!

Dengan hanya beberapa klik, blok pelajar akan ditambah secara automatik selepas bayaran disahkan. Cepat, mudah & tanpa tunggu!

Hanya akaun pengusaha/owner sahaja yang boleh tambah blok pelajar.

📌 Macam Mana Nak Tambah Blok?


1. Menu Tetapan > Bahagian Sistem, pilih Blok Pelajar
(hanya dipaparkan pada akaun owner & staf yang ada akses kredit mesej)


2. Pilih jumlah blok yang ingin ditambah

1 blok = 50 pelajar (RM270 termasuk 8% SST)
Sistem akan automatik kira diskaun prorata (jika ada) + SST 8%


4. Klik Bayar

Siap! Blok pelajar akan ditambah serta-merta 🤩

📢 Jika dah capai limit pelajar, akan ada notifikasi alert pada dashboard untuk terus buat tambahan blok

Klik pada Tab Resit jika untuk lihat resit bayaran tambah blok pelajar:


Selamat mencuba!

PDPA

Apa itu PDPA (Personal Data Protection Act)?

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) adalah undang-undang di Malaysia yang melindungi maklumat peribadi individu. PDPA memastikan bahawa data peribadi anda dikumpul, digunakan, dan disimpan dengan cara yang selamat.

Ia memberikan hak kepada anda untuk mengetahui bagaimana maklumat anda digunakan dan memastikan ia tidak disalahgunakan. Dengan PDPA, anda boleh merasa yakin bahawa data peribadi anda dilindungi.

Maklumat lanjut: https://daftar.pdp.gov.my/

Siapa Subjek Data? – Ibu/bapa/penjaga

Akta Perlindungan Data Peribadi memberikan peraturan mengenai amalan yang baik dalam memproses data peribadi individu yang masih hidup. Akta mendefinasikan individu-individu yang mana data mereka diproses oleh pengawal data sebagai subjek data.

Siapa Pengawal Data?Pengguna data – tadika/taska/sekolah/madrasah/pusat tuisyen

Akta Perlindungan Data Peribadi terpakai kepada seseorang individu dan organisasi sekiranya mereka adalah “pengawal data”. Pengawal data adalah individu atau organisasi yang:

1. Memproses data peribadi, atau
2. Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau
3. Membenarkan pemprosesan data peribadi

Siapa Pemproses Data? – SMAP.my

Akta Perlindungan Data Peribadi tidak terpakai kepada seseorang individu atau organisasi yang memproses data peribadi bagi pihak pengawal data.

    Sebagai pemproses data, sistem akan mematuhi syarat yang ditetapkan PDPA untuk pemprosesan data yang diberikan. (sila rujuk Syarat dan Terma SMAP)

    SOALAN LAZIM PDPA:

    1. Apakah tujuan Akta Perlindungan Data Peribadi?
    Untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

    2. Siapa yang perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?
    Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.

    3. Apakah peraturan-peraturan tersebut?
    Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi 7 prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi:

    • Prinsip Am
    • Prinsip Notis dan Pilihan
    • Prinsip Penzahiran
    • Prinsip Keselamatan
    • Prinsip Penyimpanan
    • Prinsip lntegriti Data
    • Prinsip Akses

    4. Data apakah yang dilindungi Akta?
    Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh data boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada maklumat atau data tersebut:

    • Nama dan alamat
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor pasport
    • Maklumat kesihatan
    • Alamat e-mel
    • Gambar
    • lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
    • Maklumat dalam fail peribadi

    5. Bilakah sesebuah organisasi “memproses” data peribadi?
    Sesebuah organisasi mesti mematuhi Akta hanya jika organisasi itu “memproses” data peribadi. Akta Perlindungan Data Peribadi memberi definasi kepada maksud perkataan “pemprosesan”. Definasinya sangat luas. “Pemprosesan” data peribadi bermaksud melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”.

    Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan”termasuklah:

    • Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang
    • Menerbitkan data
    • Menjual data
    • Menggunakan data dalam pentadbiran
    • Menggunakan data untuk tujuan pemasaran
    • Merekodkan data
    • Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain
    • Memusnahkan data

    6. Adakah pengawal data bertanggungjawab terhadap aktiviti pemproses data?
    Jika organisasi A mendapatkan khidmat organisasi B bagi memproses data bagi pihaknya, maka dalam hubungan ini, organisasi A adalah pengawal data manakala organisasi B adalah pemproses data. Akta Perlindungan Data Peribadi menghendaki organisasi A memastikan bahawa organisasi B memberi jaminan untuk mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi data yang diproses. Organisasi A juga dikehendaki oleh Akta supaya memastikan bahawa organisasi B mematuhi langkah-langkah tersebut.

    7. Apakah hak-hak yang diberikan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi kepada subjek data (individu)?
    Subjek data diberikan hak-hak berikut:

    • Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung
    • Hak untuk diberitahu sama ada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
    • Hak untuk mengakses data peribadi
    • Hak untuk membetulkan data peribadi
    • Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
    • Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)

    8. Apakah data peribadi sensitif?
    Akta Perlindungan Data Peribadi mendefinasikan data peribadi sensitif sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan seseorang individu juga adalah data peribadi sensitif.

    9. Apakah syarat-syarat bagi memproses data peribadi sensitif?
    Akta tidak membenarkan pemprosesan data peribadi sensitif kecuali untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Akta dan pemprosesan tersebut mestilah dengan persetujuan secara nyata dari subjek data.

    10. Apakah yang dilakukan jika seseorang mendapati bahawa data peribadi telah diproses tidak mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi?
    Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses melanggar peruntukan mana-mana peruntukan Akta boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

    11. Bolehkah seseorang individu menuntut ganti rugi dibawah Akta Perlindungan Data Perinadi sekiranya data peribadi mereka telah diproses menyalahi Akta?
    Akta tidak memperuntukkan secara spesifik hak untuk menuntut ganti rugi.

    12. Apakah remedi yang ada kepada subjek data?
    Remedi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi adalah dalam bentuk kesalahan jenayah. Akta telah mewujudkan beberapa kesalahan jenayah baru, ini termasuklah kesalahan-kesalahan berikut:

    Tetapan Mobile Application (SMAP APP for Parents)

    Sebelum ini, menu di SMAP App akan dipaparkan jika terdapat rekod didalam sistem. Contoh, jika sebelum ini pernah rekodkan log harian, menu tersebut akan dipaparkan kepada ibu bapa tersebut.

    Team SMAP sudah buat penambahbaikan dalam sistem iaitu boleh paparkan menu yang diperlukan mengikut organisasi masing-masing.

    ? Organisasi boleh setkan sama ada mahu buka/tutup akses mobile app dan setkan menu yang tertentu sahaja untuk dipaparkan di SMAP App for Parents.

    ? Staf yang mempunyai akses ‘Rekod Organisasi & Staf’ sahaja yang boleh setkan tetapan SMAP App for Parents.

    Cara setkan paparan di mobile application (SMAP APP for Parents)

    1. Menu Tetapan.
    2. Bahagian sistem, klik Mobile App.

    3. Setkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk Buka Mobile App (Ini adalah untuk membenarkan ibu/bapa/penjaga menggunakan mobile app atau tidak)
    4. Setkan ‘Buka’ atau ‘Tutup’ untuk modul yang mahu dipaparkan di bahagian mobile app.
    – Jika set ‘Buka’, ibu/bapa/penjaga boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
    – Jika set ‘Tutup’, ibu/bapa/penjaga tidak boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
    5. Klik butang Hantar.


    Sekian Makluman. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di group support masing-masing.

    Jenis error yang dipaparkan dalam sistem

    Jika tuan/puan berdepan dengan isu website ketika menggunakan SMAP, boleh rujuk cara-cara berikut:

    Isu This site can’t be reached – DNS_PROBE_STARTED

    Solusi:

    a. Cek internet connection, pastikan device yang digunakan sudah disambungkan dengan internet dan tiada masalah dengan network tersebut.
    b. Restart wifi, boleh restart router wifi. Kemudian boleh cuba semula untuk buka sistem.
    c. Disable antivirus atau firewall. Jika device yang digunakan mempunyai antivirus atau firewall, ia mungkin akan block server DNS dan menyebabkan error “DNS_PROBE_STARTED”.
    d. Restart device, komputer. Tuan/puan boleh restart semula device yang digunakan.

    Isu 504 Gateway Time-Out

    Solusi:

    a. Restart wifi, boleh restart router wifi. Kemudian boleh cuba semula untuk buka sistem.
    b. Clear browser cache. Clear browser cache and cookies dan cuba semula untuk buka sistem.
    d. Contact kami di group support whatsapp untuk buat semakan lanjut berkenaan server.

    Isu This site can’t be reached – ERR_CONNECTION_TIMED_OUT

    Solusi:

    a. Cek internet connection, pastikan device yang digunakan sudah disambungkan dengan internet dan tiada masalah dengan network tersebut.
    b. Restart wifi, boleh restart router wifi. Kemudian boleh cuba semula untuk buka sistem.
    c. Clear browser cache. Clear browser cache and cookies dan cuba semula untuk buka sistem.
    d. Disable antivirus atau firewall jika device yang digunakan mempunyai antivirus atau firewall.
    e. Disable extensions browser yang mungkin akan mengganggu connection.

    Isu Your file couldn’t be accessed – ERR_UPLOAD_FILE_CHANGED

    Solusi:

    a. Cek fail. Pastikan fail yang diupload tidak diubah atau dipadam semasa upload fail. Atau boleh cuba upload fail tersebut semula.
    b. Cek saiz fail. Pastikan saiz fail tidak melebih saiz maksimum yang telah ditetapkan dalam sistem. Jika saiz besar, boleh compress fail kepada saiz lebih kecil.
    c. Cek jenis fail. Pastikan jenis fail tersebut dibenarkan untuk diupload ke dalam sistem. d. Clear browser cache. Clear browser cache and cookies dan cuba semula untuk buka sistem.
    e. Disable extensions browser yang mungkin akan mengganggu connection.
    f. Gunakan browser yang berbeza. Contohnya, jika tuan/puan gunakan Google Chrome, boleh cuba gunakan Microsoft Edge/Brave.

    Isu Your connection is not private – NET-ERR_CERT_DATE_INVALID

    Solusi:

    a. Cek tarikh dan masa. Pastikan tarikh dan masa bagi device yang digunakan telah disetkan dengan betul.
    b. Clear browser cache. Clear browser cache and cookies dan cuba semula untuk buka sistem.
    c. Gunakan browser yang berbeza. Contohnya, jika tuan/puan gunakan Google Chrome, boleh cuba gunakan Microsoft Edge/Brave.
    d. Update browser. Boleh update jika terdapat alert untuk update browser yang digunakan.



    Cara untuk clear browser cache

    1. Buka Google Chrome
    2. Click icon ⋮ > More Tools > Clear browsing data.
    3. Click button Clear Data.

    Cara untuk disable extensions atau antivirus

    1. Buka Google Chrome
    2. Click icon ⋮ > More Tools > Extensions
    3. Click button on/off

    Isu HTTP ERROR 500

    1. Boleh click icon lock di bahagian sebelah url > boleh click Cookies and site data.


    2. Kemudian click Manage cookies and site data.


    3. Boleh padam cookies untuk app.smap.my


    4. Click done, dan boleh click reload untuk login semula.

    Mesej

    Dari sistem smap, pihak pengusaha boleh menghantar mesej atau announcement kepada pelajar dan ibubapa. Contohnya seperti pemberitahuan tentang hari akademik, hari sukan dan lain-lain.

    Mesej boleh dihantar melalui tiga (3) cara iaitu SMS, email atau mobile app notification.
    – Bagi penggunaan SMS, pastikan kredit SMS adalah mencukupi (Caj untuk SMS adalah RM0.10 per mesej).
    – Untuk penggunaan email, pastikan di maklumat pelajar ada rekod email.
    – Manakala, bagi penggunaan mobile app notification, pastikan ibubapa telah download SMAP for Parents.

    Mesej boleh dihantar mengikut:

    1. Program
    2. Kelas
    3. Tag
    4. Pelajar Tertentu

    1. Cara Hantar Mesej

    1. Pergi ke menu Pelajar > Mesej > klik button Hantar Mesej.

      2. Pilih medium, ingin hantar secara SMS, emel atau mobile notification.

      3. Pilih ‘Hantar kepada’ – Kumpulan atau Pelajar Tertentu


      3.a) Jika pilih hantar kepada Kumpulan, tapis mengikut program, kelas atau tag dan pilih mana2 yang berkaitan. Contoh jika pilih program, pilih ‘Semua Program’ atau beberapa program yang diperlukan sahaja.

      3.b) Jika pilih hantar kepada Pelajar Tertentu, klik nama pelajar yang akan menerima mesej. Pelajar yang berada di box sebelah kanan akan terima mesej yang akan dihantar.


      4. Isikan Subjek, Gambar dan Mesej. Klik Hantar untuk sistem simpan dan hantar mesej.

      2. Cara Padam Mesej

      Bagi staf yang mempunyai akses Mesej, boleh padam mesej yang telah dihantar. Fungsi padam ini akan melibatkan paparan di bahagian:

      1. Senarai mesej di menu Pelajar > Mesej
      2. Senarai announcement dalam mobile app SMAP for Parents (Di bahagian ‘Announcements’).

      !!! Untuk makluman, sms dan email yang sudah dihantar tidak boleh dipadam. Sistem hanya akan padam untuk rekod paparan di dalam sistem dan mobile app sahaja.

      NOTA PENTING!

      Jangan lampirkan dokumen sensitif dan sulit sebagai langkah keselamatan


      Sekian makluman.

      Cara Dapatkan Passcode untuk Log Masuk Aplikasi Mobile SMAP (Parents)

      Untuk log masuk kali pertama, sekolah/tadika/taska perlu memberikan senarai passcode dan kod organisasi kepada ibubapa.

      Ibubapa perlu log masuk menggunakan no telefon dan passcode mereka.

      Bagi pihak Sekolah/tadika/taska, anda boleh mendapatkan senarai passcode anak murid di menu Laporan > Sistem > Mobile App Passcode. Anda boleh membuat tapisan mengikut program atau pun kelas sekiranya perlu.

      Gambar dibawah ialah contoh senarai yang akan dikeluarkan oleh sistem SMAP. Boleh klik Export to Excel atau Export to PDF untuk dikongsikan kepada ibubapa.

      Boleh copy passcode dan beri kepada parents ATAU klik icon WhatsApp

      Satu lagi cara untuk dapatkan passcode ialah dengan memberi Organization Code/Kod Organisasi kepada parent. Dan minta parent untuk tambah 3 huruf pertama nama anak di belakang.

      Contohnya. Kod Organisasi = CT8,
      Nama anak ialah = AHMAD RAZALI BIN AZIZAN.
      Jadi passcode = CT8AHM

      Untuk panduan penggunaan aplikasi oleh ibubapa, boleh rujuk artikel Panduan Penggunaan Mobile App oleh ibubapa

      Sekian, jika terdapat apa2 soalan boleh hubungi kami di group Whatsapp.

      Panduan Penggunaan Mobile App SMAP untuk Ibu Bapa

      1. Muat Turun Aplikasi SMAP for Parents

      1. Boleh cari aplikasi “SMAP” di Google Play Store atau Apple App Store. Klik butang “Install” atau terus gunakan link berikut:

      Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.smap.parent
      App Store – https://apps.apple.com/us/app/smap-for-parents/id1577164717

      2. Log Masuk Kali Pertama

      1) Log masuk menggunakan nombor telefon utama yang didaftarkan di dalam sistem SMAP (sama ada telefon ibu atau bapa).

      2) Terdapat 2 cara untuk login:
      a. Passcode akan dihantar ke email (jika ada)

      Jika mempunyai lebih dari satu anak, akan dipaparkan senarai email bagi setiap anak. Boleh pilih untuk hantar passcode ke email mana.

      Jika hanya mempunyai satu email, sistem akan hantarkan passcode automatik ke email tersebut.

      Atau cara lain

      b. Gunakan passcode dari organisasi

      Boleh dapatkan passcode di menu Laporan > Sistem > Mobile App Passcode

      3. Semak Nama Anak Anda Didalam Senarai Pelajar

      1) Anda akan melihat nama sekolah/tadika/taska anak anda berada. Klik pada nama anak anda.

      2) Anda juga boleh log keluar dengan klik pada butang berwarna biru belah kanan atas.

      4. Setelah Memilih Nama Anak Anda

      Anda boleh memilih untuk melihat senarai invois (Invoices) bagi anak anda atau melihat pengumuman (Announcements) dari sekolah/tadika/taska anak anda.

      5. Jika Anda Memilih Invois, Senarai Invois akan Dipaparkan

      Anda boleh klik pada invois yang anda mahu untuk melihat maklumat invois tersebut.

      6. Jika Anda Klik Pada Invois yang Belum Bayar atau Invois yang Sudah Bayar Separuh

      Anda boleh klik pada butang Bayar Online untuk melakukan pembayaran bagi invois tersebut.

      7. Jika Anda Klik Pada Invois yang Telah Bayar

      Anda boleh klik pada nombor resit untuk melihat resit.

      8. Jika Anda Klik Pada Pengumuman

      Anda akan melihat senarai pengumuman dan anda boleh klik utk melihat pengumuman tersebut.

      Daftar program tahun depan bagi pelajar sedia ada oleh ibu bapa secara online

      Cara paling mudah dan digalakkan untuk memindahkan pelajar ke tahun hadapan ialah dengan menggunakan operasi pukal. (rujuk artikel ini). Ini perlu dibuat oleh staf setelah ibu bapa memberitahu akan sambung program untuk tahun hadapan.

      Atas permintaan, satu lagi pilihan diberikan untuk pendaftaran dibuat oleh ibu bapa (bagi pelajar sedia ada) secara online.

      Berikut ialah cara untuk membuat pendaftaran program tahun hadapan oleh ibu bapa.

      1. Dapatkan link kemaskini dalam Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran

      Nota: Kemaskini online tidak perlu dibuka jika tidak mahu ibu bapa membuat kemaskini data pelajar. Ada beberapa kes yang kami terima, data yang dikemaskini oleh ibu bapa tidak lengkap atau tersilap.

      Contohnya nama anak ditukar kepada nama ibu atau bapa. Ini kemungkinan disebabkan oleh “auto fill” feature dalam internet browser.

      Boleh set untuk buka kemaskini online dalam beberapa tempoh tertentu. Set Kemaskini Online kepada Buka, dan boleh setkan tarikh.

      2. Berikan link kemaskini di atas

      Berikut ialah langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa

      1. Masukkan atau klik link yang diberi
      2. Masukkan nombor telefon yang didaftarkan
      3. Tekan butang program di sebelah kanan nama anak yang hendak didaftarkan
      4. Tekan butang “Daftar Program Baru”
      5. Masukkan sesi dan program dan tekan butang “Hantar”
      6. Mesej “Rekod telah disimpan” akan dipaparkan jika pendaftaran berjaya

      Satu e-mel akan dihantar kepada organisasi untuk setiap pendaftaran program yang berjaya.

      3. Kemaskini dari Mobile App SMAP for Parents

      Jika sudah set buka untuk Kemaskini Online, ibu bapa juga boleh kemaskini maklumat melalui mobile app SMAP for Parents.

      Boleh klik bahagian Programs untuk tambah program tahun hadapan.

      Sekian makluman.

      Tambah icon SMAP di home screen

      Nota: Tutorial video di bahagian bawah artikel

      Ikon boleh di tambah di telefon pintar anda untuk memudahkan akses terus ke sistem. Cara-caranya adalah seperti di bawah:

      Langkah 1: Buka Google Chrome dalam telefon pintar. Buka aplikasi SMAP di https://app.smap.my. Tekan icon 3 dot seperti dalam gambar.

      Langkah 2: Pilih “Add to Home Screen”

      Langkah 3: Ubah nama lebih pendek. Contohnya – smap.my dan tekan “Add”

      Langkah 4: Klik “Add automatically”

      Ikon dipaparkan di home screen telefon anda

      Boleh rujuk video dibawah