Berita baik untuk semua pengguna SMAP! Kini, pihak organisasi boleh merekod dan memantau disiplin pelajar secara terus dalam sistem SMAP.
Fungsi ini untuk memudahkan guru dan staf:
✅ Merekod kes disiplin pelajar secara sistematik
✅ Mengakses laporan disiplin individu pelajar dengan mudah
✅ Membantu dalam pemantauan dan intervensi awal terhadap tingkah laku pelajar
✅ Membolehkan pihak pengurusan membuat keputusan berdasarkan data yang lebih tepat
Semak akses akaun staf. Pastikan akaun staf ada akses ‘Disiplin’
- Menu Staf > Staf
- Klik button Kemaskini untuk staf yang terlibat
- Tick akses ‘Disiplin’
- Hantar


Cara rekodkan disiplin pelajar:
- Menu Pelajar > Disiplin
- Klik button Tambah Rekod
- Pilih nama pelajar, masukkan maklumat2 lain
- Hantar


📌 Setiap bahagian yang ada pilihan/dropdown juga boleh ditambah mengikut keperluan organisasi.
Cara lihat laporan disiplin individu:
- Menu Pelajar > Pelajar
- Klik nama Pelajar
- Tab Disiplin

Untuk lihat laporan disiplin keseluruhan:
- Menu Laporan
- Bahagian Pelajar, pilih Disiplin
- Tapis mengikut keperluan > Tapis

📌 Nak aktifkan fungsi ini?
Sila maklumkan kepada group support organisasi masing-masing. Team kami akan bantu buka akses untuk modul Disiplin ini.
Terima kasih & selamat mencuba ✨