Monthly Archives: August 2024

Default WhatsApp Settings

Tetapan ini adalah untuk tuan/puan yang menggunakan Whatsapp Personal dan WhatsApp Business.

Apabila klik icon WhatsApp di sistem, akan terus link ke WhatsApp yang kita sudah tetapkan.

Cara Pertama (Boleh rujuk video berikut: https://adilo.bigcommand.com/watch/LdReVoFA):

1. Buka Setting/Tetapan di phone
2. Klik pada ‘Apps’


3. Klik ‘App Management’


4. Pilih WhatsApp atau WhatsApp Business


5. Klik ‘Open by default’

WhatsApp Business
WhatsApp Personal


6. Enable kan ‘Open Supported Links’

WhatsApp Business
WhatsApp Personal



Cara Kedua (Boleh rujuk video berikut: https://adilo.bigcommand.com/watch/4OLbzlVR):
1. Buka Setting/Tetapan di phone
2. Klik pada ‘Apps’


3. Klik ‘Default apps’

4. Klik ‘Opening links’


5. Pilih WhatsApp atau WhatsApp Business

6. Enable kan ‘Open Supported Links’

WhatsApp Business
WhatsApp Personal


MAKLUMAN PENTING!!
? Jika enable kedua-dua WhatsApp Personal dan WhatsApp Business, jika klik icon WhatsApp di sistem, akan keluar di WhatApp Business

? Jadi, anda perlu unable WhatsApp Business jika anda mahu setkan WhatsApp Personal sebagai default.

Bayaran Semasa Pendaftaran (Borang Pendaftaran Online)

Bayaran semasa pendaftaran ini diadakan untuk memudahkan pengusaha mengumpul bayaran semasa pendaftaran.

Selepas daftar pelajar menggunakan borang pendaftaran online, sistem akan terus hantar invois pendaftaran kepada ibu bapa.

1. Cara untuk setkan yuran pendaftaran di borang pendaftaran online

1.1 Pergi ke menu Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran Online.

1.2 Set ‘ya’ untuk Perlu Kelulusan. Kemudian, field Jumlah Yuran Semasa Pendaftaran dan Keterangan Yuran Semasa Pendaftaran akan keluar.

1.3. Setkan jumlah yuran dan keterangan yuran semasa pendaftaran. Keterangan yuran akan direkodkan sebagai item invois.

Setkan harga jumlah yuran semasa pendaftaran beserta keterangan


2. Cara untuk ibu bapa buat bayaran yuran pendaftaran

Selepas mendaftar, ibu bapa boleh pilih sama ada ingin bayar yuran pendaftaran terus atau tidak.

2.1 Sekiranya tidak mahu meneruskan dengan pembayaran yuran, boleh klik pada button ‘Tambah Pelajar baru (Sama Ibubapa)’ atau tutup sahaja link borang tersebut.

2.2 Sekiranya ingin teruskan dengan membayar yuran pendaftaran, boleh klik pada button ‘Teruskan dengan pembayaran’. (Info pendaftaran akan dihantar melalui email masing-masing).

Selepas memilih untuk meneruskan dengan pembayaran yuran pendaftaran, Ibu bapa perlu membuat pembayaran secara online.