Monthly Archives: July 2024

Lebih Masa Staf

Penambahan modul untuk mengira lebih masa staf melalui app SMAP secara automatik.

Terdapat beberapa tetapan yang perlu disetkan untuk menggunakan fungsi ini:

1️⃣ Tetapan Gaji

  1. Tetapan > Staf > Gaji


  2. Boleh tandakan > “Kira lebih masa secara auto”


  3. Sila setkan pengiraan pengecualian untuk KWSP, PERKESO dan SIP untuk kategori gaji lebih masa staf


  4. Klik butang Hantar untuk save

2️⃣ Tetapan Kategori Gaji

  1. Tetapan > Staf > Kategori Gaji


  2. Kategori “Bayaran Lebih Masa” akan disetkan secara automatik untuk jenis pendapatan



  3. Boleh klik butang hiijau, untuk lihat Kategori Lebih Masa Gaji (biasanya tidak diubah)



    Jika klik butang Kemaskini di bahagian Operasi. Terdapat tetapan untuk bahagian bundar pengiraan. Tetapan tersebut akan disetkan kepada Tidak Bundar.

3️⃣ Cara membuat pengiraan

  1. Menu Staf > Gaji


  2. PIlih nama staf yang terlibat > klik butang “Tambah Rekod


  3. Masukkan maklumat Gaji Asas


  4. Dibahagian Bayaran Lebih Masa > Klik “Set Lebih Masa
  5. Boleh kosongkan bahagian yang tidak terlibat

    NOTA: Boleh klik icon [ ? ] untuk lihat formula pengiraan


  6. Klik butang “Kira Lebih Masa


  7. Klik butang Kira “KWSP/PERKESO/SIP
  8. Klik butang Hantar untuk save

4️⃣ Pengiraan Lebih Masa

Kiraan Umum

Formula pengiraan
Ordinary Rate of Pay (ORP) = Gaji Bulanan ÷ 26
Hourly Rate of Pay (HRP) = ORP ÷ Jam Bekerja

Contoh:
Gaji Bulanan: RM3,000
Jam bekerja: 8:30 am sehingga 5:30 pm
Rehat: 1:00 pm sehingga 2:00 pm
Jam bekerja biasa (mengikut hari): 8 jam

ORP = 3000 ÷ 26 = 115.3846
HRP = ORP ÷ 8 = 14.4231

  1. Hari Kerja

    Bayaran lebih masa = Jumlah jam lebih masa x 1.5 x HRP

    Contoh:
    Jumlah jam = 3 jam
    Bayaran lebih masa = 3 jam x 1.5 x HRP
    = 3 x 21.6347
    = RM 64.90

    Paparan dalam sistem:



  2. Hari Rehat (Separuh Hari) – Kurang atau sama dengan 4 jam

    Bayaran lebih masa = Jumlah separuh hari x 0.5 x ORP

    Contoh:
    Jumlah separuh hari = 2 kali
    Bayaran lebih masa = 2 x 0.5 x ORP
    = 2 x 57.6923
    = RM 115.40

    Paparan dalam sistem:



  3. Hari Rehat – Lebih dari 4 jam, kurang dari 8 jam

    Bayaran lebih masa = Jumlah hari x 1 x ORP

    Contoh:
    Jumlah hari rehat = 3 hari
    Bayaran lebih masa = 3 hari x 1 x ORP
    = 3 x 115.3846
    = RM 346.15

    Paparan dalam sistem:



  4. Hari Rehat (Lebih Waktu Kerja)

    Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 2 x HRP

    Contoh:
    Jumlah jam = 5 jam
    Bayaran lebih masa = 5 jam x 2 x HRP
    = 5 x 28.8462
    = RM 144.25

    Paparan dalam sistem:



  5. Cuti Umum

    Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 2 x HRP

    Contoh:
    Jumlah jam = 2 jam
    Bayaran lebih masa = 2 jam x 2 x HRP
    = 2 x 28.8462
    = RM 57.70

    Paparan dalam sistem:



  6. Cuti Umum (Lebih Waktu Kerja)

Bayaran lebih masa = Jumlah jam x 3 x HRP

Contoh:
Jumlah jam = 3 jam
Bayaran lebih masa = 3 jam x 3 x HRP
= 3 x 43.2693
= RM 129.85

Paparan dalam sistem:


5️⃣ Paparan Slip Gaji Staf

Contoh paparan