Monthly Archives: October 2023

Set Lebihan Bayaran sebagai Sumbangan/Infaq/Derma

Terdapat situasi dimana ibu bapa ingin membuat lebihan bayaran ketika membayar invois. Tetapi lebihan tersebut bukan untuk invois, ianya adalah sumbangan kepada organisasi.

Sebelum ini tiada tempat khas untuk rekodkan sumbangan tersebut melainkan staf atau guru perlu rekodkan di bahagian Pendapatan.

Kini, kami sudah membuat penambahan input sumbangan melalui pembayaran online (toyyibpay) ??


Cara setkan fungsi Sumbangan:

1️⃣ Menu Tetapan > Kewangan > Pembayaran Online.

2️⃣ Set Ya untuk tetapan ‘Bayar Lebih’, kemudian tetapan Sumbangan akan dipaparkan.
Setkan untuk terima sumbangan atau tidak.
Setkan akaun bank untuk sumbangan.

3️⃣ Setkan akaun bagi rekod sumbangan di modul Pendapatan.


Selepas tetapan sudah dibuka, ibu bapa boleh membuat pembayaran melalui Payment Gateway (toyyibPay) dan boleh masukkan bayaran untuk sumbangan.

  1. Tandakan bayar penuh.
  2. Boleh masukkan lebihan bayaran. Contoh RM50, sistem akan rekodkan lebihan bayaran sebanyak RM50.
  3. Setkan jumlah untuk disumbangkan ke organisasi. Contoh RM20, sistem akan rekodkan sumbangan sebanyak RM20.
  4. Catatan untuk sumbangan tersebut.
  5. Kotak jumlah keseluruhan akan memaparkan jumlah bayaran yang akan dibuat oleh ibubapa.


Jika tiada invois yang perlu dibayar tetapi mahu buat sumbangan:

1️⃣ Pihak organisasi boleh pergi ke menu Kewangan > Ringkasan.

2️⃣ Cari nama relajar dan dibahagian operasi, akan ada icon titik tiga, kemudian ada pilihan untuk ‘Copy Link Sumbangan’.

3️⃣ Sharekan kepada ibu bapa.

Contoh paparan jika sharekan Link Sumbangan

Resit pendapatan akan dikeluarkan untuk setiap sumbangan.



Contoh paparan dalam Menu Kewangan > Pendapatan

Sekian makluman.

Pemindahan Wang (Transfer)

Sebelum ini, dalam modul kewangan tiada bahagian untuk rekodkan pemindahan wang antara akaun dalam sistem.

Kini, sudah kami sudah tambahkan modul pemindahan wang di dalam modul perbelanjaan.

Cara rekodkan pemindahan wang

  1. Menu Kewangan > Perbelanjaan
  2. Klik butang Pemindahan Wang > butang Tambah Rekod


  3. Isikan details


  4. Klik butang Hantar

Cara semak laporan transaksi

Untuk setiap pemindahan wang yang direkodkan dalam sistem akan dimasukkan terus ke dalam Laporan Transaksi

  1. Menu Laporan > Kewangan > Transaksi


  2. Boleh klik butang Export to Excel

Sebarang persoalan boleh contact kami dalam group support masing-masing ya

Invois Item

Sebelum ini, item yang dikeluarkan dalam invois smap hanya dipaparkan dalam bentuk keterangan seperti contoh dibawah:

Paparan invois lama

Untuk organisasi yang semakin membesar, perlu ada satu report untuk paparkan berapa jumlah item yang telah diisukan dalam invois.

Contoh 1: Pengusaha ingin tau berapa rekod invois dengan item ‘Yuran Pendaftaran’ telah dikeluarkan.
Contoh 2: Pengusaha ingin tau berapa jumlah (RM) invois dengan item ‘Yuran Pendaftaran’ telah dikeluarkan.

Dengan adanya item invois ini, tuan/puan boleh dapatkan jumlah item dengan lebih spesifik dalam laporan invois (mengikut item).

Contoh paparan baru untuk invois beserta item:

Paparan invois baru

Perkara yang PERLU dilakukan sebelum guna invois item

  1. Tambah item invois.
  2. Set item bagi invois terdahulu.

1. Cara untuk tambah item:

  1. Menu Kewangan > Item.
  2. Klik button Tambah Rekod.
  3. Isikan nama, jumlah (harga untuk satu item), dan keterangan.


  4. Klik Hantar untuk save.

ATAU

  1. Menu Kewangan > Invois.
  2. Klik button Tambah Rekod.


  3. Klik dropdown Item.


  4. Klik ‘+ Tambah Item Baru’.
  5. Isikan kuantiti dan harga seunit. Klik Hantar untuk save.



Selepas tambah item, boleh setkan item ini bagi keterangan invois terdahulu untuk tujuan memudahkan tuan/puan semak laporan.

2. Cara untuk setkan item bagi invois terdahulu:

  1. Menu Tetapan > Kewangan > Item.
  2. Klik butang ‘Set item invois’.


  3. Boleh tick checkbox untuk pilih keterangan yang ingin disetkan kepada item invois. Kemudian, klik butang ‘Set Item’.
  4. Pilih item invois.



  5. Klik butang Hantar untuk save.

Paparan Invois

Paparan invois bagi invois yang sudah disetkan item adalah seperti berikut:

Invois dengan satu item dan keterangan
Jika letakkan item sahaja, tanpa keterangan
Invois dengan 2 item yang sama

Contoh paparan diatas menunjukkan keterangan ‘Graduation’ dan ‘Books & Stationeries’ yang disetkan kepada item Registration Fee 2023.


Sebarang persoalan boleh inform team support di group support masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Cuti Prorata

Fungsi cuti prorata adalah untuk mengehadkan pengambilan cuti staf dalam setahun. Sebelum ini, staf boleh memohon cuti tanpa had dalam tahun yang sama

Contoh: Staf mempunyai kuota cuti tahunan 12 hari. Pada bulan Januari sahaja staf apply 10 hari cuti.

Jadi staf boleh memohon cuti dengan kuota cuti yang mereka ada dalam tempoh yang singkat.

Kini pengurus cuti boleh setkan had pengambilan cuti tersebut.

Formula pengiraan cuti prorata = Annual quota / 12 x current working month
Layak dimohon = cuti prorata – jumlah cuti diambil

Cara untuk setkan cuti prorata:

  1. Menu Tetapan > Staf > Cuti
  2. Klik button Tetapan
  3. Setkan Ya bagi Cuti Prorata
  4. Setkan Kategori Cuti Prorata

Terdapat 2 cara pengiraan cuti prorata

  1. Tarikh mula bekerja

    Jika staf mempunyai rekod tarikh mula bekerja, sistem akan kira cuti prorata dari tarikh tersebut.

    Boleh semak tarikh tersebut di menu Staf > Staf > Kemaskini



    Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan dari tarikh mula bekerja pada 20/03/2024


  2. Pengiraan 12 bulan

    Jika staf tidak setkan tarikh mula bekerja, sistem akan kira cuti prorata untuk setahun (bermula Jan sehingga Dec)

Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan 12 bulan

Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan 12 bulan

Jika kuota tersebut adalah kosong (0), staf tidak boleh membuat permohonan cuti.

Sebarang pertanyaan boleh tanya di dalam group support masing-masing.

Inventori

Sebelum ini, stok inventori seperti aset organisasi tidak boleh direkodkan di dalam sistem SMAP.
Kini, kami telah memperkenalkan modul Inventori untuk merekodkan stok keluar dan masuk produk.

Nota Tambahan :

  1. Fungsi ini hanya tersedia untuk organisasi yang telah mengaktifkan tetapan inventori. Sekiranya anda ingin mengakses fungsi ini, sila hubungi Team SMAP untuk membolehkan akses.
  2. Item yang ditambah dalam inventori boleh digunakan di Laman Jualan. Untuk maklumat lanjut mengenai Laman Jualan, sila rujuk artikel ini: https://blog.smap.my/laman-jualan/

Cara menggunakan fungsi ini:

1. Cara tambah rekod produk:

a) Pergi ke menu Item > menu tab Produk



b) Untuk tambah rekod produk, klik pada button tambah rekod tersebut.



c) Kemudian isikan maklumat produk tersebut, dan klik hantar.

Makluman: Untuk menambah stok rekod pembekal(vendor), perlu ada sekurang-kurangnya satu rekod produk.

2. Cara tambah rekod pembekal:

a) Pergi ke menu Tetapan > Bahagian Jualan, klik Pembekal



b) Untuk tambah rekod pembekal, boleh klik button tambah rekod tersebut.



c) Kemudian isikan maklumat rekod pembekal, dan klik button hantar.



3. Cara tambah rekod stok:

a) Pergi ke menu Inventori.



b) Untuk tambah stok produk, klik pada button tambah rekod di produk tersebut.



c) Pilih jenis: Stok masuk atau keluar.

*Nota Tambahan:

🔹Jika produk tak perlu dibayar oleh pelajar atau produk dibeli oleh vendor (selain pelajar), boleh rekodkan stok keluar.

🔹Jika produk perlu dibayar oleh pelajar, perlu keluarkan invois (adhoc) untuk produk berkenaan (rujuk no 4)

c) Masukkan rekod pembekal sekiranya setkan stok masuk.



c) Isikan kuantiti dan maklumat yang lain, dan klik hantar.

4. Cara keluarkan invois pada pelajar untuk produk:

a) Pergi ke menu Kewangan > Invois.


b) Klik button Tambah Rekod


c) Pilih nama pelajar, isi maklumat-maklumat lain > klik button Hantar

Nota: Pastikan pilih item di bahagian ‘Produk’



Jika ada sebarang persoalan, boleh contact team SMAP di group support masing-masing.

Sekian, terima kasih

Muatnaik Gambar Aktiviti Pelajar

Sebelum ini, organisasi selain taska atau yang tidak menggunakan log harian tidak boleh memuatnaik gambar aktiviti pelajar.

Kini, kami telah memperkenalkan modul Aktiviti. Modul ini membolehkan organisasi memuatnaik gambar aktiviti pelajar untuk ibu bapa lihat melalui mobile app SMAP for Parents.

Cara muatnaik gambar aktiviti:

  1. Menu Pelajar > Aktiviti.

  2. Klik butang Tambah Rekod.

  3. Pilih nama pelajar yang terlibat.

  4. Masukkan nama, tarikh aktiviti dan catatan (jika ada).

  5. Masukkan gambar, maksimum gambar yang boleh dimasukkan adalah 30 gambar

  6. Klik hantar.

? Ibubapa boleh klik menu Photos untuk melihat senarai aktiviti beserta gambar

Contoh:

Sekian makluman.