Setiap pembayaran toyyibPay yang dilakukan boleh disemak untuk setiap pelajar. Semakan ini dilakukan seandainya jumlah wang yang dimasukkan kedalam akaun bank tidak sama dengan jumlah sepatutnya.
Semakan perlu dibuat di kedua-dua sistem SMAP dan toyyibPay. Setiap pembayaran yang dibuat melalui toyyibPay, duit akan masuk ke dalam akaun bank pengusaha pada hari bekerja berikutnya.
Berikut adalah cara untuk membuat semakan pembayaran tersebut:
Di Sistem SMAP
- Pergi ke menu Laporan > Kewangan > Kutipan / Kutipan (beserta keterangan)
- Tapis cara bayaran kepada Pembayaran Online
- Dibahagian catatan, terdapat bill id yang akan dirujuk di bahagian toyyibPay
Di toyyibPay

- Login ke dalam toyyibPay – https://toyyibpay.com/
- Pergi ke menu All Bill
- Boleh semak / cari bill id (seperti didalam sistem SMAP) di bahagian search
- Boleh lihat nama pembayar (Billed To), jumlah, tarikh dan lain-lain.
ataupun jika ingin cetak rekod settlement tersebut

- Pergi ke menu Download Report
- Di bahagian Download Completed Settlement Report, boleh letakkan tarikh mula dan tarikh akhir untuk rekod tersebut.
- Boleh klik Download Report, report tersebut akan disimpan dalam bentuk xlsx