Tetapan Mobile Application (SMAP APP for Parents)

Sebelum ini, menu di SMAP App akan dipaparkan jika terdapat rekod didalam sistem. Contoh, jika sebelum ini pernah rekodkan log harian, menu tersebut akan dipaparkan kepada ibu bapa tersebut.

Team SMAP sudah buat penambahbaikan dalam sistem iaitu boleh paparkan menu yang diperlukan mengikut organisasi masing-masing.

? Organisasi boleh setkan sama ada mahu buka/tutup akses mobile app dan setkan menu yang tertentu sahaja untuk dipaparkan di SMAP App for Parents.

? Staf yang mempunyai akses ‘Rekod Organisasi & Staf’ sahaja yang boleh setkan tetapan SMAP App for Parents.

Cara setkan paparan di mobile application (SMAP APP for Parents)

1. Menu Tetapan.
2. Bahagian sistem, klik Mobile App.

3. Setkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ untuk Buka Mobile App (Ini adalah untuk membenarkan ibu/bapa/penjaga menggunakan mobile app atau tidak)
4. Setkan ‘Buka’ atau ‘Tutup’ untuk modul yang mahu dipaparkan di bahagian mobile app.
– Jika set ‘Buka’, ibu/bapa/penjaga boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
– Jika set ‘Tutup’, ibu/bapa/penjaga tidak boleh lihat modul tersebut di paparan mobile app.
5. Klik butang Hantar.


Sekian Makluman. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di group support masing-masing.