Fungsi Sumbangan

Penambahan fungsi baru sumbangan sudah ada dalam SMAP! Pihak organisasi boleh menerima dan rekodkan sumbangan dalam sistem, iaitu sumbangan ini diasingkan dari pendapatan utama organisasi.

📌 Organisasi boleh rekodkan sumbangan.
📌 Organisasi boleh share link & kod QR sumbangan.
📌 Sumbangan yang dibuat akan direkod sebagai pendapatan.
📌 Sumbangan hanya boleh diakses jika staf mempunyai akses Invois/Resit & Perbelanjaan.
📌 Perlu daftar akaun Toyyibpay dahulu untuk menggunakan fungsi sumbangan atau jika sudah daftar, set ‘Toyyib’ untuk Jenis Gateway (atau payment gateway yang lain seperti billplz, chip atau bizappay)

AKSES STAF UNTUK REKODKAN DAN LIHAT REKOD SUMBANGAN

1. Menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik butang ‘Kemaskini’.


2. Pastikan staf ada akses Invois/resit dan Perbelanjaan.
3. Jika staf tiada akses, boleh tick akses Invois/resit dan Perbelanjaan > Hantar.



AKSES ORGANISASI UNTUK REKOD SUMBANGAN

1. Tetapan > Bahagian Kewangan, pilih Pembayaran Online


2. Set ‘Ya’ untuk Sumbangan. Kemudian pilih Akaun > Hantar


Makluman: Jika masih tiada jenis akaun, boleh tambah di
Tetapan > Bahagian Kewangan > pilih Akaun > Tambah Rekod



CARA REKODKAN SUMBANGAN
1. Menu Kewangan > Sumbangan > klik butang Tambah Rekod

2. Isi Maklumat

  1. Masukkan Tajuk sumbangan (Wajib diisi)
  2. Link Sumbangan boleh diubah mengikut kesesuaian
  3. Keterangan boleh masukkan jika perlu
  4. Ada Jumlah Sasaran:
    – Jika set ‘Ya’ untuk Ada Jumlah Sasaran, perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan. Contoh 10,000.
    – Jika set ‘Tidak’ untuk Ada Jumlah Sasaran, tidak perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan.
    – Boleh setkan tarikh ‘Buka Sehingga’ sumbangan.
  5. Pilihan Jumlah:
    – Boleh setkan pilihan jumlah untuk penderma pilih (Nota: penderma masih boleh masukkan sebarang jumlah yang mahu didermakan)
  6. Hantar

CARA BERIKAN LINK/QR SUMBANGAN KEPADA PENDERMA
Menu Kewangan > Sumbangan > pada column operasi, klik icon QR

Kemudian, akan keluar paparan seperti berikut:

Boleh Cetak atau Salin Link

IBU/BAPA/PENJAGA BOLEH BUAT SUMBANGAN MELALUI MOBILE APP (SMAP APP)
Klik item ‘Donation’

Sekian, makluman.