Info SMAP

Fungsi Baru: Info SMAP

Sebelum ini, maklumat berkenaan sistem hanya diberikan melalui group Whatsapp dan Telegram SMAP.my Info sahaja.

Oleh itu, maklumat tersebut tidak diterima oleh staf lain yang bertanggungjawab menguruskan sistem.

Jadi, penambahan fungsi ini akan memudahkan staf yang tiada di dalam group SMAP.my Info untuk mendapat maklumat terbaru berkenaan sistem SMAP.

Untuk lihat senarai info terdahulu, boleh pergi ke:

  1. Menu Info SMAP


  2. Klik tajuk untuk baca info tersebut


  3. Boleh klik button Tanda semua sebagai dibaca untuk set semua info sebagai dibaca.

Jika staf tidak lihat atau baca info tersebut, pop up alert tetap akan dipaparkan dan nombor di menu Info SMAP tidak akan berkurang.

Sekian makluman, terima kasih.