Resit adalah dokumen yang dikeluarkan apabila ibubapa telah membayar yuran. Pembayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. Pemindahan Bank (melalui bank transfer)
2. Tunai
3. Deposit Tunai (CDM)
4. Cek
5. Baucar/Kupon
6. Kad Kredit
7. Deposit (wang deposit)
8. Pembayaran Online (melalui payment gateway, toyyibpay)
9. Pemotongan Gaji

1. Pengeluaran resit secara automatik melalui Payment Gateway (Toyyibpay)

Pembayaran online melalui payment gateway sangat memudahkan organisasi kerana resit tidak perlu dikeluarkan secara manual. Ia dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Butang Bayar Online akan diaktifkan jika organisasi telah mendaftar menggunakan Toyyibpay.

>>Panduan pengeluaran resit secara automatik

2. Pengeluaran resit secara manual

Untuk kaedah pembayaran lain selain pembayaran online, resit hendaklan dikeluarkan secara manual oleh pentadbir sistem.

Cara-cara pengeluaran resit manual:

  1. Klik menu Kewangan > Invois
  2. Untuk pencarian khusus, boleh buat tapisan program, kelas atau carian dalam senarai.
  3. Setelah jumpa pelajar/invois yang dikehendaki, dibahagian Operasi boleh Klik butang Bayar


  4. Hanya tanda pada kotak kecil  untuk memilih jumlah bayaran yang berkenaan.  Sistem akan automatik memaparkan Jumlah mengikut kepada invois yang ditanda.
  5. Dibahagian Jumlah Bayaran Diterima, jika ibu bapa membuat bayaran lebih dari amount invois, boleh masukkan jumlah wang yang diterima.
  6. Isi tarikh bila bayaran dibuat dan pilih cara bayaran.
  7. Muat naik bukti pembayaran jika diperlukan.


  8. Kemudian pilih cara untuk menghantar resit kepada ibu bapa. Sama ada melalui SMS (caj RM0.10sen/sms) atau email.
  9. Tekan butang Hantar .
  10.  Jika enggan menggunakan SMS atau email, boleh juga memilih untuk menghantar resit melalui aplikasi Whatsapp. Caranya adalah, setelah memasukkan maklumat cara pembayaran, terus tekan Hantar tanpa menanda SMS/email.


  11. Resit akan keluar sejurus pembayaran dibuat.
  12. Keterangan resit beserta nombor resit, tarikh dan jumlah akan di paparkan.
  13. Tekan butang Whatsapp utk hantar resit melalui ws kpd ibubapa pelajar.
  14. Klik pada nombor resit utk lihat resit.

Contoh resit

3. Set Pengeluar Resit Dikeluarkan oleh Organisasi

Nama pengeluar resit boleh diubah daripada nama staf kepada nama organisasi.

1. Pergi ke menu Tetapan > Sistem > Tetapan Umum.
2. Pilih Organisasi dibahagian Pengeluar Resit > klik butang Hantar.

Contoh resit yang dikeluarkan dengan nama organisasi sebagai pengeluar resit:


Berikut disertakan video rujukan, cara untuk rekodkan resit secara manual menggunakan sistem