Kenapa perlu gunakan prepaid dalam toyyibPay ni?

Bagi organisasi yang setkan caj transaksi 0
Contohnya jika sekarang organisasi keluarkan invois untuk pelajar dengan jumlah RM300. Bila parent buat bayaran, organisasi akan dapat RM299 dalam akaun bank.
Dengan prepaid, organisasi akan dapat RM300 genap! Senang nak reconcile bayaran parent dengan settlement dari toyyibPay
Habis tu RM1 tak perlu bayar dah?
Eh, perlu. Tapi boleh dicaj kepada prepaid value yang diletakkan di toyyibpay.
Macam mana nak set prepaid ini?
Login toyyibPay di https://toyyibpay.com dan tekan Login
Boleh masukkan username dan password toyyibPay
Bila dah masuk, boleh ikut langkah berikut:

- Tekan link “Prepaid”. Akan nampak screen seperti di atas.
- Untuk topup, boleh tekan button “Top Up”. Masukkan amount contohnya RM200 dan teruskan bayaran. Nanti akan nampak “Available Balance” jadi RM200. Ada RM1 caj ya untuk setiap kali top up.
- Di bahagian Prepaid History pula akan dipaparkan semua transaksi penolakan atau penambahan prepaid amount.
Lepas tu nak kena buat apa lagi?
Dah tak ada apa dah. Sistem akan terus detect jika ada prepaid, akan tolak caj transaksi RM1 dari prepaid. Jadi jumlah bayaran parent akan genap masuk ke akaun bank.
Tapi bila prepaid habis, kena top up lagi. Jika tidak, sistem akan tolak dari amount transaksi yang dibayar oleh parent macam biasa.