Berhenti Sementara Keluarkan Invois Bulanan

Sebelum ini, pengurusan akan setkan yuran pelajar kepada 0 untuk pelajar yang membuat pembayaran awal dari tarikh invois automatik dikeluarkan supaya tidak terjadi invois double.

Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan pihak pengurusan untuk set pelajar kepada berhenti sementara bagi pengeluaran invois automatik (bagi pelajar tertentu).

Berhenti sementara ini boleh setkan sehingga tarikh yang dikehendaki agar invois bulanan tidak dikeluarkan. Jadi, yuran pelajar tidak perlu diubah kepada 0.

Contoh: Jika invois automatik dikeluarkan 25/6/2025.
Boleh set tarikh berhenti sementara dari 25/6/2025 sehingga 25/8/2022.
(Jika nak skip invois automatik untuk 3 bulan)
Selepas 3 bulan, invois automatik akan terus dikeluarkan untuk bulan 9

A. Jika ingin setkan tarikh berhenti sementara bagi pelajar secara individu.

Caranya:-

  1. Menu Pelajar > Pelajar > klik Nama Pelajar.


  2. Klik Tab Berhenti Invois Bulanan.


  3. Set Tarikh Sehingga kepada tarikh akhir invois ingin diberhentikan bagi mengelakkan invois automatik dikeluarkan 2 kali.


    Boleh klik button Set Semula Tarikh untuk reset tarikh selepas invois di berhentikan.
  4. Klik button Hantar untuk save tetapan yang telah dibuat.

B. Jika ingin setkan tarikh berhenti sementara secara pukal.

Caranya:-

  1. Menu Pelajar > Pelajar.
  2. Tanda/tick nama pelajar yang terlibat.


  3. Di bahagian Operasi Pukal > pilih Set Berhenti Invois Bulanan.


  4. Klik Hantar untuk save.

Kemudian sistem akan setkan tarikh yang sama bagi semua pelajar yang terlibat. Sekian harap maklum.


KEMASKINI SISTEM

Kini, di menu kewangan > yuran bulanan, pihak pengurus boleh uruskan yuran bulanan pelajar di satu tempat yang sama:-

  1. Kemaskini Yuran Bulanan
  2. Diskaun Yuran Bulanan
  3. Berhenti Invois Bulanan

    Jika ingin setkan tarikh berhenti bagi pelajar tertentu (individu)
    Caranya:-
    1. Menu Kewangan > Yuran Bulanan > Tapis pelajar (jika perlu)
    2. Klik tab Berhenti Invois Bulanan
    3. Masukkan Tarikh Mula dan Tarikh Akhir
    4. Klik button Hantar

    Jika ingin setkan tarikh berhenti secara pukal
    Caranya:-
    1. Menu Kewangan > Yuran Bulanan > Tapis pelajar (jika perlu)
    2. Klik tab Berhenti Invois Bulanan
    3. Tick nama pelajar yang terlibat
    4. Operasi Pukal, pilih Kemaskini tarikh berhenti invois bulanan > Hantar
    5. Masukkan Tarikh Mula dan Tarikh Akhir
    6. Klik button hantar