Mesej

Dari sistem smap, pihak pengusaha boleh menghantar mesej atau announcement kepada pelajar dan ibubapa. Contohnya seperti pemberitahuan tentang hari akademik, hari sukan dan lain-lain.

Mesej boleh dihantar melalui tiga (3) cara iaitu SMS, email atau mobile app notification.
– Bagi penggunaan SMS, pastikan kredit SMS adalah mencukupi (Caj untuk SMS adalah RM0.10 per mesej).
– Untuk penggunaan email, pastikan di maklumat pelajar ada rekod email.
– Manakala, bagi penggunaan mobile app notification, pastikan ibubapa telah download SMAP for Parents.

Mesej boleh dihantar mengikut:

  1. Program
  2. Kelas
  3. Tag
  4. Pelajar Tertentu

1. Cara Hantar Mesej

1. Pergi ke menu Pelajar > Mesej > klik button Hantar Mesej.

    2. Pilih medium, ingin hantar secara SMS, emel atau mobile notification.

    3. Pilih ‘Hantar kepada’ – Kumpulan atau Pelajar Tertentu


    3.a) Jika pilih hantar kepada Kumpulan, tapis mengikut program, kelas atau tag dan pilih mana2 yang berkaitan. Contoh jika pilih program, pilih ‘Semua Program’ atau beberapa program yang diperlukan sahaja.

    3.b) Jika pilih hantar kepada Pelajar Tertentu, klik nama pelajar yang akan menerima mesej. Pelajar yang berada di box sebelah kanan akan terima mesej yang akan dihantar.


    4. Isikan Subjek, Gambar dan Mesej. Klik Hantar untuk sistem simpan dan hantar mesej.

    2. Cara Padam Mesej

    Bagi staf yang mempunyai akses Mesej, boleh padam mesej yang telah dihantar. Fungsi padam ini akan melibatkan paparan di bahagian:

    1. Senarai mesej di menu Pelajar > Mesej
    2. Senarai announcement dalam mobile app SMAP for Parents (Di bahagian ‘Announcements’).

    !!! Untuk makluman, sms dan email yang sudah dihantar tidak boleh dipadam. Sistem hanya akan padam untuk rekod paparan di dalam sistem dan mobile app sahaja.

    NOTA PENTING!

    Jangan lampirkan dokumen sensitif dan sulit sebagai langkah keselamatan


    Sekian makluman.