Inventori

Sebelum ini, stok inventori seperti aset organisasi tidak boleh direkodkan di dalam sistem SMAP.
Kini, kami telah memperkenalkan modul Inventori untuk merekodkan stok keluar dan masuk produk.

Nota Tambahan :

  1. Fungsi ini hanya tersedia untuk organisasi yang telah mengaktifkan tetapan inventori. Sekiranya anda ingin mengakses fungsi ini, sila hubungi Team SMAP untuk membolehkan akses.
  2. Item yang ditambah dalam inventori boleh digunakan di Laman Jualan. Untuk maklumat lanjut mengenai Laman Jualan, sila rujuk artikel ini: https://blog.smap.my/laman-jualan/

Cara menggunakan fungsi ini:

1. Cara tambah rekod produk:

a) Pergi ke menu Item > menu tab Produk



b) Untuk tambah rekod produk, klik pada button tambah rekod tersebut.



c) Kemudian isikan maklumat produk tersebut, dan klik hantar.

Makluman: Untuk menambah stok rekod pembekal(vendor), perlu ada sekurang-kurangnya satu rekod produk.

2. Cara tambah rekod pembekal:

a) Pergi ke menu Tetapan > Bahagian Jualan, klik Pembekal



b) Untuk tambah rekod pembekal, boleh klik button tambah rekod tersebut.



c) Kemudian isikan maklumat rekod pembekal, dan klik button hantar.



3. Cara tambah rekod stok:

a) Pergi ke menu Inventori.



b) Untuk tambah stok produk, klik pada button tambah rekod di produk tersebut.



c) Pilih jenis: Stok masuk atau keluar.

*Nota Tambahan:

🔹Jika produk tak perlu dibayar oleh pelajar atau produk dibeli oleh vendor (selain pelajar), boleh rekodkan stok keluar.

🔹Jika produk perlu dibayar oleh pelajar, perlu keluarkan invois (adhoc) untuk produk berkenaan (rujuk no 4)

c) Masukkan rekod pembekal sekiranya setkan stok masuk.



c) Isikan kuantiti dan maklumat yang lain, dan klik hantar.

4. Cara keluarkan invois pada pelajar untuk produk:

a) Pergi ke menu Kewangan > Invois.


b) Klik button Tambah Rekod


c) Pilih nama pelajar, isi maklumat-maklumat lain > klik button Hantar

Nota: Pastikan pilih item di bahagian ‘Produk’



Jika ada sebarang persoalan, boleh contact team SMAP di group support masing-masing.

Sekian, terima kasih