Fungsi cuti prorata adalah untuk mengehadkan pengambilan cuti staf dalam setahun. Sebelum ini, staf boleh memohon cuti tanpa had dalam tahun yang sama
Contoh: Staf mempunyai kuota cuti tahunan 12 hari. Pada bulan Januari sahaja staf apply 10 hari cuti.
Jadi staf boleh memohon cuti dengan kuota cuti yang mereka ada dalam tempoh yang singkat.
Kini pengurus cuti boleh setkan had pengambilan cuti tersebut.
Formula pengiraan cuti prorata = Annual quota / 12 x current working month
Layak dimohon = cuti prorata – jumlah cuti diambil
Cara untuk setkan cuti prorata:

- Menu Tetapan > Staf > Cuti
- Klik button Tetapan
- Setkan Ya bagi Cuti Prorata
- Setkan Kategori Cuti Prorata

Terdapat 2 cara pengiraan cuti prorata
- Tarikh mula bekerja
Jika staf mempunyai rekod tarikh mula bekerja, sistem akan kira cuti prorata dari tarikh tersebut.
Boleh semak tarikh tersebut di menu Staf > Staf > Kemaskini
Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan dari tarikh mula bekerja pada 20/03/2024
- Pengiraan 12 bulan
Jika staf tidak setkan tarikh mula bekerja, sistem akan kira cuti prorata untuk setahun (bermula Jan sehingga Dec)
Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan 12 bulan
Contoh paparan untuk cuti prorata bagi pengiraan 12 bulan
Jika kuota tersebut adalah kosong (0), staf tidak boleh membuat permohonan cuti.
Sebarang pertanyaan boleh tanya di dalam group support masing-masing.