Category Archives: Sistem

Panduan Penggunaan Mobile App SMAP untuk Ibu Bapa

1. Muat Turun Aplikasi SMAP for Parents

1. Boleh cari aplikasi “SMAP” di Google Play Store atau Apple App Store. Klik butang “Install” atau terus gunakan link berikut:

Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.smap.parent
App Store – https://apps.apple.com/us/app/smap-for-parents/id1577164717

2. Log Masuk Kali Pertama

1) Log masuk menggunakan nombor telefon utama yang didaftarkan di dalam sistem SMAP (sama ada telefon ibu atau bapa).

2) Terdapat 2 cara untuk login:
a. Passcode akan dihantar ke email (jika ada)

Jika mempunyai lebih dari satu anak, akan dipaparkan senarai email bagi setiap anak. Boleh pilih untuk hantar passcode ke email mana.

Jika hanya mempunyai satu email, sistem akan hantarkan passcode automatik ke email tersebut.

Atau cara lain

b. Gunakan passcode dari organisasi

Boleh dapatkan passcode di menu Laporan > Sistem > Mobile App Passcode

3. Semak Nama Anak Anda Didalam Senarai Pelajar

1) Anda akan melihat nama sekolah/tadika/taska anak anda berada. Klik pada nama anak anda.

2) Anda juga boleh log keluar dengan klik pada butang berwarna biru belah kanan atas.

4. Setelah Memilih Nama Anak Anda

Anda boleh memilih untuk melihat senarai invois (Invoices) bagi anak anda atau melihat pengumuman (Announcements) dari sekolah/tadika/taska anak anda.

5. Jika Anda Memilih Invois, Senarai Invois akan Dipaparkan

Anda boleh klik pada invois yang anda mahu untuk melihat maklumat invois tersebut.

6. Jika Anda Klik Pada Invois yang Belum Bayar atau Invois yang Sudah Bayar Separuh

Anda boleh klik pada butang Bayar Online untuk melakukan pembayaran bagi invois tersebut.

7. Jika Anda Klik Pada Invois yang Telah Bayar

Anda boleh klik pada nombor resit untuk melihat resit.

8. Jika Anda Klik Pada Pengumuman

Anda akan melihat senarai pengumuman dan anda boleh klik utk melihat pengumuman tersebut.

Daftar program tahun depan bagi pelajar sedia ada oleh ibu bapa secara online

Cara paling mudah dan digalakkan untuk memindahkan pelajar ke tahun hadapan ialah dengan menggunakan operasi pukal. (rujuk artikel ini). Ini perlu dibuat oleh staf setelah ibu bapa memberitahu akan sambung program untuk tahun hadapan.

Atas permintaan, satu lagi pilihan diberikan untuk pendaftaran dibuat oleh ibu bapa (bagi pelajar sedia ada) secara online.

Berikut ialah cara untuk membuat pendafataran program tahun hadapan oleh ibu bapa.

1. Dapatkan link kemaskini dalam Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran

Nota: Kemaskini online tidak perlu dibuka jika tidak mahu ibu bapa membuat kemaskini data pelajar. Ada beberapa kes yang kami terima, data yang dikemaskini oleh ibu bapa tidak lengkap atau tersilap.

Contohnya nama anak ditukar kepada nama ibu atau bapa. Ini kemungkinan disebabkan oleh “auto fill” feature dalam internet browser.

Boleh set untuk buka kemaskini online dalam beberapa tempoh tertentu. Set Kemaskini Online kepada Buka, dan boleh setkan tarikh.

2. Berikan link kemaskini di atas

Berikut ialah langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa

  1. Masukkan atau klik link yang diberi
  2. Masukkan nombor telefon yang didaftarkan
  3. Tekan butang program di sebelah kanan nama anak yang hendak didaftarkan
  4. Tekan butang “Daftar Program Baru”
  5. Masukkan sesi dan program dan tekan butang “Hantar”
  6. Mesej “Rekod telah disimpan” akan dipaparkan jika pendaftaran berjaya

Satu e-mel akan dihantar kepada organisasi untuk setiap pendaftaran program yang berjaya.

3. Kemaskini dari Mobile App SMAP for Parents

Jika sudah set buka untuk Kemaskini Online, ibu bapa juga boleh kemaskini maklumat melalui mobile app SMAP for Parents.

Boleh klik bahagian Programs untuk tambah program tahun hadapan.

Sekian makluman

Onboarding guide

Onboarding guide adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anda diberi maklumat untuk login ke dalam sistem buat pertama kalinya.

SMAP support team akan berikan maklumat login anda seperti:

Klik link berwarna biru spt gambar di atas dan masukkan username dan kata laluan yang diberi dengan betul.

Selepas login, anda dikehendaki:

   1. Semak bilangan student pada dashboard

    2. Semak yuran bulanan pelajar di Menu Kewangan > Ringkasan

Tapis pelajar, dan semak yuran bulanan bagi semua pelajar. Jika ada sebarang perubahan boleh ubah dan klik button Hantar.

    3. Pengeluaran invois bulanan pelajar pada current month.
Boleh semak di Menu > Invois

Setting untuk yuran bulanan:
Tarikh pengeluaran invois, tarikh akhir pembayaran invois, etc.

Setting ini boleh disetkan di Menu Tetapan > Kewangan > Kewangan:

    4. Pengeluaran resit kali pertama kepada student (buat kutipan)

a. Pergi ke Menu Kewangan > Invois

b. Pilih nama pelajar (yg sudah membuat pembayaran), dan klik icon ‘$’ (Bayar) dibahagian Operasi

c. Isikan maklumat yang diperlukan spt dibawah:

d. Tekan butang Hantar

Untuk lebih details boleh refer sini >> http://blog.smap.my/resit/

     5. Pengeluaran ad-hoc invois kali pertama (cth: yuran tertunggak pelajar)

a. Klik pada Menu Kewangan > Invois > Tambah Rekod

b. Pilih nama pelajar yang berkaitan dan isikan maklumat yang berkaitan

c. Tick SMS/EMEL atau kedua-duanya sekali untuk alert kepada parents

d. Tekan butang Hantar, invois akan dihantr kepada parents

Untuk step yang lebih details boleh klik sini >> http://blog.smap.my/invois/ (bahagian Invois Umum)

Makluman kepada ibubapa

Sebelum mula menggunakan sistem, kami sarankan satu makluman diberikan kepada ibubapa tentang penggunaan sistem supaya mereka tidak terkejut apabila menerima sms, email atau whatsapp dari sistem berkenaan invois, resit atau notis lambat bayar.

Berikut ialah contoh yang boleh digunakan oleh pihak sekolah (boleh copy dan edit)

Assalamualaikum ibubapa yang dihormati..

PENGGUNAAN SISTEM BERKOMPUTER (SMAP) UNTUK PENGURUSAN YURAN

Bermula bulan hadapan, pihak sekolah akan menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMAP) bagi pengurusan yuran.

1. Ibubapa akan menerima notis invois setiap bulan sebagai peringatan untuk mula membuat bayaran. Maklumat yuran dan akaun bank ada tercatat dalam invois yang dikeluarkan.

2. Resit pembayaran juga akan dihantar melalui SMS/email atau Whatsapp. Ia boleh dicetak sendiri jika perlu.

3. Invois boleh dibayar secara online melalui gerbang pembayaran toyyibPay dengan caj transaksi sebanyak RM1 per transaksi. Resit pembayaran akan terus dikeluarkan secara automatik oleh sistem jika transaksi berjaya.

4. Sistem akan menghantar notis peringatan kepada ibubapa jika ada yuran tertunggak.

Dengan penggunaan sistem ini diharap ia akan lebih memudahkan kedua-dua belah pihak.

Diharap ibubapa akan terus memberi kerjasama untuk membuat pembayaran yuran tepat masa bagi melancarkan urusan operasi persekolahan.

Terima kasih.

Setting for email client

Set up email account for client.

Create account using Mail @ Windows10

1.Go to “Mail” at home search.

2. Add account to sign up and choose “Other Account”

3. Fill in email address. eg, [email protected]

4. Set your email name to be display.

5. Set password to your account.

6. Click “Sign In” and “Done”.

7. Email account can be used now.

Create account using gmail apps @ Android devices

1.Go to “Gmail” application in your phone.

2. Click “Add account” and “Other”.

3. Fill in email address. Eg, [email protected] and click “Next”.

4. Type of account choose (IMAP) and fill in password.

5. Click “Next” to proceed.

Create account using “Mail” @ iPhone devices

1. Go to Setting > Password & Account > Add Account.

2. Choose “Other” and “Add Mail Account”.

3. Fill in name of your email. eg, USER ADMIN

4. Fill in email with your full email address. eg, [email protected]

5. Fill in password and description, and create account.

6. Make sure it on “IMAP” tab at the top.

7. Fill in incoming mail server. eg, “mail.example.com”.

8. Fill in username with full email address. eg, [email protected]

9. Fill in outgoing mail server. eg, “mail.example.com”

10. Click “Next”.

11. Enabled mail and click “Save”.

12. Account created.

13. Open “Mail”  to start using email.

Tambah icon SMAP di home screen

Nota: Tutorial video di bahagian bawah artikel

Ikon boleh di tambah di telefon pintar anda untuk memudahkan akses terus ke sistem. Cara-caranya adalah seperti di bawah:

Langkah 1: Buka Google Chrome dalam telefon pintar. Buka aplikasi SMAP di https://app.smap.my. Tekan icon 3 dot seperti dalam gambar.

Langkah 2: Pilih “Add to Home Screen”

Langkah 3: Ubah nama lebih pendek. Contohnya – smap.my dan tekan “Add”

Langkah 4: Klik “Add automatically”

Ikon dipaparkan di home screen telefon anda

Boleh rujuk video dibawah

smap.my training

Setiap satu atau 2 bulan sekali, bengkel penggunaan sistem SMAP.MY akan diadakan kepada pengguna baru dan lama.

Bengkel ini ialah bengkel praktikal (hands-on) di mana semua pengguna akan menggunakan laptop dan diterangkan semua fungsi sistem secara terperinci oleh tenaga pengajar.

Berikut ialah sesi bengkel yang telah diadakan di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, Selangor

23/2/2019

    

20/4/2019 

   

Roadshow SMAP.MY

Roadshow SMAP.MY adalah jelajah pihak SMAP.MY yang dijalankan di lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Ia bertujuan memberi maklumat tentang bagaimana sistem berkomputer dapat membantu pengusaha meningkatkan kecekapan, menjimatkan wang dan seterusnya mempunyai lebih masa untuk perkara yang lebih penting. Terutamanya memberi nilai kepada anak-anak pelajar dan juga mengembangkan lagi perniagaan.

Antara Roadshow yang telah berjaya dilangsungkan adalah di Kemaman, Kuantan, Kuala Terengganu, Subang Jaya, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.

Roadshow akan diteruskan di lokasi lain dan beberapa tempat lain yang belum dimuktamadkan.

Roadshow SMAP.MY ini mengandungi dua agenda yang dikongsikan. Pertama ialah Sistem Preview yang menerangkan tentang kenapa sistem sangat penting dalam perniagaan dan bagaimana sistem ini dapat membantu operasi perniagaan.

Kedua ialah Bengkel Penggunaan Sistem di mana menerangkan lebih detail tentang cara penggunaan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem.

Antara rakaman Roadshow SMAP.MY yang telah berlangsung:

1.Kemaman, Terengganu

Tarikh: 12/2/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Kelab Guru Tadika Swasta Kemaman (KEDISMA)

2. Kuantan, Pahang

Tarikh: 13/2/2019 (Rabu)
Dengan kerjasama Persatuan Pendidik Awal Kanak-Kanak Pahang

3. Kuala Terengganu

Tarikh: 26/2/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Persatuan Guru Tadika Swasta Negeri Terengganu (PENTAS)

4. Johor Bahru – Bandar Baru Uda

Tarikh: 9/3/2019 (Sabtu)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor

5. Melaka

Tarikh: 12/3/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka

   

6. Ipoh

Tarikh: 27/04/2019 (Sabtu)
Dengan kerjasama Persatuan Taska Perak

   

7. Johor Bahru – Setia Tropika

Tarikh: 14/07/2019 (Ahad)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor

     

Terima kasih atas semua yang terlibat. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan bagi sesiapa yang menggunakan sistem harap ia betul-betul dapat membantu memudahkan urusan tuan/puan. Semoga kita dapat berjumpa di masa akan datang. In Sha Allah.

Contoh paparan skrin

Skrin utama (dashboard) – menunjukkan ringkasan makumat yang terdapat di dalam sistem


Senarai pelajar – Senarai pelajar serta program dan kelas yang diikuti


Senarai invois dan status pembayaran bagi setiap invois


Senarai lengkap rekod pembayaran untuk semakan dan laporan kewangan

Contoh invois yang dikeluarkan oleh sistem dan boleh dilihat oleh ibu bapa