Author Archives: admin

Fungsi Sumbangan

Penambahan fungsi baru sumbangan sudah ada dalam SMAP! Pihak organisasi boleh menerima dan rekodkan sumbangan dalam sistem, iaitu sumbangan ini diasingkan dari pendapatan utama organisasi.

📌 Organisasi boleh rekodkan sumbangan.
📌 Organisasi boleh share link & kod QR sumbangan.
📌 Sumbangan yang dibuat akan direkod sebagai pendapatan.
📌 Sumbangan hanya boleh diakses jika staf mempunyai akses Invois/Resit & Perbelanjaan.
📌 Perlu daftar akaun Toyyibpay dahulu untuk menggunakan fungsi sumbangan atau jika sudah daftar, set ‘Toyyib’ untuk Jenis Gateway (atau payment gateway yang lain seperti billplz, chip atau bizappay)

AKSES STAF UNTUK REKODKAN DAN LIHAT REKOD SUMBANGAN

1. Menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik butang ‘Kemaskini’.


2. Pastikan staf ada akses Invois/resit dan Perbelanjaan.
3. Jika staf tiada akses, boleh tick akses Invois/resit dan Perbelanjaan > Hantar.



AKSES ORGANISASI UNTUK REKOD SUMBANGAN

1. Tetapan > Bahagian Kewangan, pilih Pembayaran Online


2. Set ‘Ya’ untuk Sumbangan. Kemudian pilih Akaun > Hantar


Makluman: Jika masih tiada jenis akaun, boleh tambah di
Tetapan > Bahagian Kewangan > pilih Akaun > Tambah Rekod



CARA REKODKAN SUMBANGAN
1. Menu Kewangan > Sumbangan > klik butang Tambah Rekod

2. Isi Maklumat

  1. Masukkan Tajuk sumbangan (Wajib diisi)
  2. Link Sumbangan boleh diubah mengikut kesesuaian
  3. Keterangan boleh masukkan jika perlu
  4. Ada Jumlah Sasaran:
    – Jika set ‘Ya’ untuk Ada Jumlah Sasaran, perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan. Contoh 10,000.
    – Jika set ‘Tidak’ untuk Ada Jumlah Sasaran, tidak perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan.
    – Boleh setkan tarikh ‘Buka Sehingga’ sumbangan.
  5. Pilihan Jumlah:
    – Boleh setkan pilihan jumlah untuk penderma pilih (Nota: penderma masih boleh masukkan sebarang jumlah yang mahu didermakan)
  6. Hantar

CARA BERIKAN LINK/QR SUMBANGAN KEPADA PENDERMA
Menu Kewangan > Sumbangan > pada column operasi, klik icon QR

Kemudian, akan keluar paparan seperti berikut:

Boleh Cetak atau Salin Link

IBU/BAPA/PENJAGA BOLEH BUAT SUMBANGAN MELALUI MOBILE APP (SMAP APP)
Klik item ‘Donation’

Sekian, makluman.

BORANG EA (EA FORM)

Kini, kami sudah tambahkan fungsi Borang EA pada Modul Staf

? Sekarang sudah boleh generate borang EA staf yang mempunyai rekod gaji lengkap untuk 12 bulan bagi tahun sebelum.

? Untuk staf baru yang rekod gaji tidak lengkap 12 bulan, perlu setkan tarikh mula masuk kerja terlebih dahulu.

? Sama seperti slip gaji, Borang EA juga boleh disetkan untuk publish/unpublish mengikut Tetapan Gaji.

? Staf boleh lihat & muat turun rekod Borang EA yang sudah di generate dalam web & mobile app SMAP for Staff.


Cara menggunakan fungsi ini:

–> JIKA TIDAK MENGGUNAKAN FUNGSI ENABLE PUBLISH OPTION DI BAHAGIAN SLIP GAJI

  1. Pastikan staf sudah ada rekod slip gaji kesemua 12 bulan pada tahun sebelumnya. Jika staf hanya bekerja untuk beberapa bulan untuk tahun sebelumnya (kurang dari 12 bulan), pastikan set tarikh mula bekerja terlebih dahulu (Menu Staf > Staf > Kemaskini)
  2. Menu Staff > Borang EA
  3. Tapis tahun
  4. Tambah Rekod
  5. Jika Borang EA sudah dikeluarkan, staf boleh lihat menggunakan akaun SMAP mereka.

–> JIKA MENGGUNAKAN FUNGSI ENABLE PUBLISH OPTION DI BAHAGIAN SLIP GAJI

1. Pastikan staf sudah ada rekod slip gaji kesemua 12 bulan pada tahun sebelumnya. Jika staf hanya bekerja untuk beberapa bulan untuk tahun sebelumnya (kurang dari 12 bulan), pastikan set tarikh mula bekerja terlebih dahulu (Menu Staf > Staf > Kemaskini)

2. Pastikan semua slip gaji sudah di publish kan untuk kesemua bulan.

3. Menu Staf > Borang EA

4. Tambah Rekod

5. Publish Borang EA untuk staf
a. Tick Borang EA pada staf
b. Operasi Pukal, pilih Publish
c. Hantar

6. Jika Borang EA sudah dikeluarkan dan sudah di publish, staf boleh lihat menggunakan akaun SMAP mereka.


Generate borang EA

1️⃣ Menu Staf > Borang EA

2️⃣ Tambah Rekod

NOTA PENTING: Jika staf tidak boleh lihat rekod Borang EA, pastikan Borang EA untuk staf tersebut sudah di publish dahulu.


Item Borang EA di Tetapan Slip Gaji:

  1. Buat masa sekarang, ada 6 jenis kategori gaji yang akan dipaparkan di Borang EA.
    a. Pendapatan
    b. Bonus
    c. Zakat
    d. EPF (oleh Majikan)
    e. SOCSO (oleh Majikan)
    f. Cukai
  2. Staf berkemungkinan akan ada lebih dari 1 kategori pendapatan. Contoh:
    a. Gaji Asas, Elaun, Elaun Lebih Masa – Semua ini akan direkodkan dalam ‘Pendapatan’ di dalam Borang EA.
  3. Jika amaun di dalam Borang EA tidak betul atau tidak tepat, pastikan semua kategori gaji sudah setkan di bahagian tetapan (Menu Tetapan > Staf > Gaji)

BAHARU

Sekarang untuk caruman PERKESO dan SIP sudah boleh ditambah dalam Borang EA di Bahagian E.

Di tetapan, perlu tambah PERKESO dan SIP dahulu seperti gambar berikut:

Tetapan > Bahagian Staf, pilih Gaji > Bahagian Kategori Borang EA, tetapkan PERKESO dan SIP > Hantar

? SIP hanya boleh ditambah dalam Borang EA pada tahun 2022 dan ke atas sahaja.
? Untuk tahun 2021 dan ke bawah, SIP tidak akan ditambah pada Borang EA.
? Di bahagian E Borang EA, jumlah PERKESO dan SIP akan ditambah dan dipaparkan pada item PERKESO.

Inventori

Sebelum ini, stok inventori seperti aset organisasi tidak boleh direkodkan di dalam sistem SMAP.
Kini, kami telah memperkenalkan modul Inventori untuk merekodkan stok keluar dan masuk produk.

Nota Tambahan :

  1. Fungsi ini hanya tersedia untuk organisasi yang telah mengaktifkan tetapan inventori. Sekiranya anda ingin mengakses fungsi ini, sila hubungi Team SMAP untuk membolehkan akses.
  2. Item yang ditambah dalam inventori boleh digunakan di Laman Jualan. Untuk maklumat lanjut mengenai Laman Jualan, sila rujuk artikel ini: https://blog.smap.my/laman-jualan/

Cara menggunakan fungsi ini:

1. Cara tambah rekod produk:

a) Pergi ke menu Item > menu tab Produk



b) Untuk tambah rekod produk, klik pada button tambah rekod tersebut.



c) Kemudian isikan maklumat produk tersebut, dan klik hantar.

Makluman:
* Untuk menambah stok rekod pembekal(vendor), perlu ada sekurang-kurangnya satu rekod produk.
* Classification Code dan Classification Description perlu dimasukkan untuk kegunaan e-invois. Boleh pilih kategori yang berkaitan dengan produk yang ditambah.

2. Cara tambah rekod pembekal:

a) Pergi ke menu Tetapan > Bahagian Jualan, klik Pembekal


b) Untuk tambah rekod pembekal, boleh klik button tambah rekod tersebut.


c) Kemudian isikan maklumat rekod pembekal, dan klik button hantar.


3. Cara tambah rekod stok:

a) Pergi ke menu Inventori.



b) Untuk tambah stok produk, klik pada button tambah rekod di produk tersebut.


c) Pilih jenis: Stok masuk atau keluar.

*Nota Tambahan:

🔹Jika produk tak perlu dibayar oleh pelajar atau produk dibeli oleh vendor (selain pelajar), boleh rekodkan stok keluar.

🔹Jika produk perlu dibayar oleh pelajar, perlu keluarkan invois (adhoc) untuk produk berkenaan (rujuk no 4)

c) Masukkan rekod pembekal sekiranya setkan stok masuk.


c) Isikan kuantiti dan maklumat yang lain, dan klik hantar.

4. Cara keluarkan invois pada pelajar untuk produk:

a) Pergi ke menu Kewangan > Invois.


b) Klik button Tambah Rekod


c) Pilih nama pelajar, isi maklumat-maklumat lain > klik button Hantar

Nota: Pastikan pilih item di bahagian ‘Produk’



Jika ada sebarang persoalan, boleh contact team SMAP di group support masing-masing.

Sekian, terima kasih