Panduan untuk menambah staf

Sesebuah organisasi mungkin memerlukan beberapa orang staf untuk menguruskan data didalam sistem. Sebagai pemilik akaun, anda perlulah menambah staf anda bagi membenarkan mereka untuk akses masuk ke dalam sistem.

1. Cara-cara untuk menambah staf:-

  1. Pergi ke menu ‘Staf’ > Staf > Klik button ‘Staf’ > Klik button ‘Tambah Rekod’ untuk menambah rekod staf.
  2. Isi maklumat penting staf di dalam kotak berwarna merah.
  3. Di bahagian Tetapan Akses Sistem, tetapkan nama pengguna (username) staf. Jika nama available, nama pengguna itu boleh digunakan.
  4. Isi katalaluan sementara untuk akaun staf. Katalaluan boleh diubah selepas diisi oleh staf itu sendiri.
  5. Di bahagian Pelulus Cuti, pilih siapa yang bertanggungjawab untuk meluluskan cuti staf tersebut.
  6. Di bahagian Organisasi, tanda cawangan organisasi yang boleh diakses oleh staf.
  7. Di bahagian Akses:-

– Tidak perlu tanda apa-apa modul jika staf hanya log masuk untuk melihat gaji & membuat permohonan cuti
– Tanda modul gaji dan cuti sekiranya staf boleh menguruskan gaji staf lain dan meluluskan permohonan cuti

Senarai Akses Modul

ModulKeterangan
Invois/ResitBoleh keluarkan resit kepada ibu bapa.
Laporan dan Ringkasan Invois/ResitBoleh lihat laporan kesemua invois di bahagian laporan dan ringkasan invois di bahagian dashboard.
Laporan dan Ringkasan PerbelanjaanBoleh lihat laporan perbelanjaan di bahagian laporan dan ringkasan perbelanjaan di bahagian dashboard.
MesejBoleh hantar mesej kepada ibu bapa melalui sms/email.
Padam/Kemaskini InvoisPadam rekod atau kemaskini rekod invois. (biasanya owner/pengurus)
Pengurusan AkademikTetapan berkaitan akademik sebagai contoh setkan grading, topik-topik dalam pentaksiran, dll. (biasanya owner/pengurus/pengetua)
Pengurusan Cuti / Kehadiran StafMenguruskan cuti dan kehadiran staf. Contoh, berikan kuota cuti (biasanya owner/pengurus)
Pengurusan GajiMenguruskan gaji staf. (biasanya owner/pengurus)
PerbelanjaanBoleh merekodkan perbelanjaan harian organisasi.
Rekod Organisasi & StafBoleh menambah staf baharu kedalam sistem dan beri akses kepada staf. (biasanya owner/pengurus)
Rekod Pelajar & IbubapaBoleh mendaftarkan pelajar kedalam sistem.
Tenaga PengajarBoleh merekodkan pentaksiran, rekod kemajuan dan peperiksaan.

2. Kemaskini Profail Staf

Untuk membenarkan staf kemaskini maklumat mereka, perlu tukarkan tetapan seperti berikut:-

  1. Pergi ke menu ‘Tetapan‘ > Sistem > Klik ‘Tetapan Umum’.
  2. Di bahagian ‘Profail staf’ > Tukarkan tetapan ‘Kemaskini Sendiri’ kepada ‘YA’

Kemudian staf boleh mengisi atau kemaskini maklumat mereka. Staf tidak dibenarkan untuk menukar nama pengguna masing-masing. Staf hanya dibenarkan untuk menukar kata laluan mereka.