SMAP Pay – Penting dan Perlu Tahu Sebelum Guna

Apa itu SMAP Pay? 🤔

SMAP Pay ialah sebuah platform pembayaran dalam talian (online payment gateway) yang dibangunkan oleh syarikat tempatan SMAP Solutions Sdn Bhd, bertujuan untuk memudahkan usahawan dan perniagaan di Malaysia menerima bayaran secara atas talian. Pembayaran tersebut akan dibuat melalui FPX. Selepas bayaran dibuat, sistem akan keluarkan resit secara automatik.

Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Guna SMAP Pay

1. SMAP.my (Sistem Maklumat Pengurusan) dan SMAP Pay adalah dibawah pengelolaan yang sama.

SMAP kini mempunyai payment gateway tersendiri iaitu SMAP Pay. Servis ini menjadikan proses bayaran lebih mudah.

Semua masalah dan pertanyaan berkaitan SMAP Pay boleh dirujuk terus dengan team SMAP sendiri di grup support khas yang telah disediakan. Lebih mudah dan cepat.

2. Caj per Transaksi

Pendaftaran SMAP Pay adalah percuma. Namun, setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM1 sahaja.

Caj ini boleh disetkan untuk ditanggung oleh pihak institusi/organisasi atau ibu bapa.

Contoh jika ditanggung oleh organisasi, jika ibu bapa bayar yuran RM100, hanya RM99 yang akan masuk ke akaun bank organisasi.
Jika ditanggung oleh ibu bapa, mereka perlu bayar RM101 untuk invois berjumlah RM100. RM1 akan diserap oleh pihak SMAP Pay dan hanya RM100 dimasukkan ke akaun organisasi.

3. Settlement (duit masuk ke akaun organisasi)

Proses settlement mengambil masa 1 hari bekerja dan TIDAK termasuk hari minggu (Sabtu, Ahad) serta cuti umum.

Contoh, jika ibu bapa buat bayaran pada hari Jumaat, settlement akan mula diproses pada hari Isnin.


Cara Mendaftar SMAP Pay untuk Kegunaan di sistem SMAP.my

  1. Di sistem, pergi ke menu Tetapan > Kewangan > Pembayaran Online. ATAU
  2. Klik link ini untuk daftar: https://app.smap.my/smappay
  3. Isikan semua maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik butang Hantar.
  5. Selepas pendaftaran berjaya, sila SEMAK EMAIL yang digunakan untuk mendaftar tadi. Pihak SMAP Pay akan hantar 1 verification link. Klik link untuk mula aktifkan akaun.
  6. Selepas akaun anda dah verifyAPI KEY di menu Tetapan > Pembayaran Online akan diisi secara automatik.

Set Tetapan Pembayaran Online

Selepas dah selesai daftar payment gateway SMAP Pay, anda boleh setkan semua tetapan lain di menu Pembayaran Online.

  1. Caj Transaksi. Set “1” jika ingin ibu bapa tanggung caj ATAU set “0” jika ingin organisasi tanggung caj transaksi RM1.
  2. Bayar Sebahagian. Jika benarkan ibu bapa bayar sebahagian atau sedikit dahulu daripada jumlah penuh invois, boleh setkan YA. Jika tidak, boleh set sebaliknya.
  3. Bayar Lebih. Jika benarkan parents buat bayaran lebih (excess) daripada jumlah invois, boleh setkan YA. Sebaliknya, set TIDAK.
  4. Sumbangan. Jika ingin beri pilihan untuk ibu bapa buat sumbangan semasa mereka bayar invois, boleh setkan YA. Sebaliknya, set TIDAK.

Klik Hantar untuk simpan.

Nota Penting !

Jika ingin daftar SMAP Pay gunakan email yang sama untuk akaun bank berlainan, boleh gunakan fungsi ALIAS pada email sedia ada.
Tambah variasi email seperti contoh berikut:

Email: [email protected]

Variasi:
[email protected]
[email protected]

Semua emel yang dihantar ke emel variasi diatas akan tetap diterima di email sebenar [email protected]