Adakah data yang saya berikan selamat disimpan? Ya, data anda dilindungi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk penyulitan (encryption), sistem firewall, dan akses kawalan yang ketat.
Adakah SMAP menggunakan SSL untuk lindungi data? Ya, SMAP menggunakan SSL (Secure Socket Layer) untuk memastikan semua data yang dihantar antara pengguna dan sistem kami adalah selamat dan disulitkan.
Apakah jenis penyulitan (encryption) yang digunakan untuk penghantaran data? Kami menggunakan penyulitan standard industri seperti TLS (Transport Layer Security) untuk melindungi data semasa penghantaran.
Adakah kata laluan (password) saya disimpan dengan selamat? Ya, kata laluan anda tidak disimpan dalam bentuk asal. Ia disulitkan menggunakan teknik hashing yang selamat.
Bagaimana SMAP pastikan hanya pengguna yang sah boleh akses sistem? Kami menggunakan pengesahan akaun (authentication) dengan nama pengguna dan kata laluan.
Adakah sistem SMAP dilindungi dengan firewall? Apa fungsi firewall? Ya, kami menggunakan firewall untuk menapis trafik yang masuk dan keluar dari sistem bagi mengelakkan sebarang akses yang tidak dibenarkan.
Adakah data saya disandarkan (backup) secara berkala? Ya, kami melakukan backup data secara automatik dan berkala untuk mengelakkan kehilangan data sekiranya berlaku kecemasan.
Siapa dalam syarikat SMAP yang boleh akses data saya? Hanya pegawai yang diberi kebenaran tertentu dan memerlukan akses untuk menjalankan tugas akan dapat akses kepada data anda.
Adakah sistem SMAP mematuhi standard keselamatan seperti ISO atau PDPA? Kami berusaha untuk mematuhi garis panduan keselamatan dan perlindungan data peribadi termasuk PDPA dan piawaian antarabangsa.
Bagaimana SMAP menguruskan kemaskini atau pembaikan keselamatan (security patch)? Kemaskini keselamatan dilakukan secara berkala untuk pastikan sistem dilindungi daripada kelemahan terkini.
Bolehkah saya minta supaya data saya dipadam sepenuhnya? Ya, anda boleh membuat permintaan kepada kami dan kami akan memadamkan data anda mengikut polisi yang ditetapkan.
Bagaimana SMAP melindungi data pengguna aplikasi mudah alih (mobile app SMAP)? Aplikasi mudah alih kami dibangunkan dengan mengikut amalan terbaik keselamatan dan semua komunikasi data disulitkan.
Adakah sistem SMAP dilindungi daripada virus atau perisian hasad (malware)? Ya, kami menggunakan perisian antivirus dan sistem pemantauan untuk mengesan dan menghalang sebarang perisian hasad.
Adakah SMAP menjejak aktiviti pengguna untuk tujuan keselamatan? Ya, aktiviti pengguna direkodkan untuk tujuan audit dan keselamatan, tetapi tidak digunakan untuk tujuan pemasaran tanpa kebenaran.