Fungsi Sumbangan

Penambahan fungsi baru sumbangan sudah ada dalam SMAP! Pihak organisasi boleh menerima dan rekodkan sumbangan dalam sistem, iaitu sumbangan ini diasingkan dari pendapatan utama organisasi.

? Organisasi boleh rekodkan sumbangan.
? Organisasi boleh share link & kod QR sumbangan.
? Sumbangan yang dibuat akan direkod sebagai pendapatan.
? Sumbangan hanya boleh diakses jika staf mempunyai akses Invois/Resit & Perbelanjaan.
? Untuk menggunakan fungsi sumbangan, perlu set ‘Ya’ untuk Bayar Lebih dan Sumbangan di Tetapan Pembayaran Online.
? Perlu daftar akaun Toyyibpay dahulu untuk menggunakan fungsi sumbangan atau jika sudah daftar, set ‘Toyyib’ untuk Jenis Gateway.

AKSES STAF UNTUK REKODKAN DAN LIHAT REKOD SUMBANGAN

1. Menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik butang ‘Kemaskini’.


2. Pastikan staf ada akses Invois/resit dan Perbelanjaan.
3. Jika staf tiada akses, boleh tick akses Invois/resit dan Perbelanjaan > Hantar.



AKSES ORGANISASI UNTUK REKOD SUMBANGAN

1. Tetapan > Bahagian Kewangan, pilih Pembayaran Online


2. Set ‘Ya’ untuk Sumbangan. Kemudian pilih Akaun > Hantar


Makluman: Jika masih tiada jenis akaun, boleh tambah di
Tetapan > Bahagian Kewangan > pilih Akaun > Tambah Rekod



CARA REKODKAN SUMBANGAN
1. Menu Kewangan > Sumbangan > klik butang Tambah Rekod

2. Isi Maklumat

  1. Masukkan Tajuk sumbangan (Wajib diisi)
  2. Link Sumbangan boleh diubah mengikut kesesuaian
  3. Keterangan boleh masukkan jika perlu
  4. Ada Jumlah Sasaran:
    – Jika set ‘Ya’ untuk Ada Jumlah Sasaran, perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan. Contoh 10,000.
    – Jika set ‘Tidak’ untuk Ada Jumlah Sasaran, tidak perlu masukkan Jumlah Sasaran Sumbangan.
    – Boleh setkan tarikh ‘Buka Sehingga’ sumbangan.
  5. Pilihan Jumlah:
    – Boleh setkan pilihan jumlah untuk penderma pilih (Nota: penderma masih boleh masukkan sebarang jumlah yang mahu didermakan)
  6. Hantar

CARA BERIKAN LINK/QR SUMBANGAN KEPADA PENDERMA
Menu Kewangan > Sumbangan > pada column operasi, klik icon QR

Kemudian, akan keluar paparan seperti berikut:

Boleh Cetak atau Salin Link

IBU/BAPA/PENJAGA BOLEH BUAT SUMBANGAN MELALUI MOBILE APP (SMAP APP)
Klik item ‘Donation’

Sekian, makluman.