Invois Item

Sebelum ini, item yang dikeluarkan dalam invois smap hanya dipaparkan dalam bentuk keterangan seperti contoh dibawah:

Paparan invois lama

Untuk organisasi yang semakin membesar, perlu ada satu report untuk paparkan berapa jumlah item yang telah diisukan dalam invois.

Contoh 1: Pengusaha ingin tau berapa rekod invois dengan item ‘Yuran Pendaftaran’ telah dikeluarkan.
Contoh 2: Pengusaha ingin tau berapa jumlah (RM) invois dengan item ‘Yuran Pendaftaran’ telah dikeluarkan.

Dengan adanya item invois ini, tuan/puan boleh dapatkan jumlah item dengan lebih spesifik dalam laporan invois (mengikut item).

Contoh paparan baru untuk invois beserta item:

Paparan invois baru

Perkara yang PERLU dilakukan sebelum guna invois item

  1. Tambah item invois.
  2. Set item bagi invois terdahulu.

1. Cara untuk tambah item:

  1. Menu Kewangan > Item.
  2. Klik button Tambah Rekod.
  3. Isikan nama, jumlah (harga untuk satu item), dan keterangan.


  4. Klik Hantar untuk save.

ATAU

  1. Menu Kewangan > Invois.
  2. Klik button Tambah Rekod.


  3. Klik dropdown Item.


  4. Klik ‘+ Tambah Item Baru’.
  5. Isikan kuantiti dan harga seunit. Klik Hantar untuk save.



Selepas tambah item, boleh setkan item ini bagi keterangan invois terdahulu untuk tujuan memudahkan tuan/puan semak laporan.

2. Cara untuk setkan item bagi invois terdahulu:

  1. Menu Tetapan > Kewangan > Item.
  2. Klik butang ‘Set item invois’.


  3. Boleh tick checkbox untuk pilih keterangan yang ingin disetkan kepada item invois. Kemudian, klik butang ‘Set Item’.
  4. Pilih item invois.



  5. Klik butang Hantar untuk save.

Paparan Invois

Paparan invois bagi invois yang sudah disetkan item adalah seperti berikut:

Invois dengan satu item dan keterangan
Jika letakkan item sahaja, tanpa keterangan
Invois dengan 2 item yang sama

Contoh paparan diatas menunjukkan keterangan ‘Graduation’ dan ‘Books & Stationeries’ yang disetkan kepada item Registration Fee 2023.


Sebarang persoalan boleh inform team support di group support masing-masing.

Sekian, harap maklum.