Sebelum ini, gambar aktiviti hanya boleh digunakan oleh organisasi taska sahaja.
Kini sekolah dan tadika yang menggunakan Modul RPH juga boleh tambah gambar aktiviti untuk rujukan ibu bapa!
Ibu bapa boleh lihat dalam mobile app SMAP, akan dipaparkan menu Photos


Ibu bapa boleh lihat aktiviti pelajar melalui gambar RPH yang direkodkan oleh guru-guru.
Jika tidak setkan kelas, gambar tidak akan dipaparkan
Terdapat beberapa cara untuk rekodkan gambar:

1️⃣ Button Tambah Gambar
1. Menu RPH > Klik button Tambah Gambar.
2. Isikan maklumat RPH.
3. Pilih kelas yang spesifik untuk dipaparkan dalam mobile app.
4. Tambah gambar.
5. Klik button Hantar.
2️⃣ Button Tambah Rekod
1. Menu RPH > Klik button Tambah Rekod.
2. Isikan maklumat RPH.
3. Pilih kelas yang spesifik untuk dipaparkan dalam mobile app.
4. Tambah gambar.
5. Boleh juga tandakan Simpan Sebagai Templat jika nak jadikan RPH ini sebagai templat.
6. Klik button Hantar.
3️⃣ Button Guna di bahagian Templat RPH
1. Menu RPH > Klik button Templat RPH
2. Pilih templat yang nak digunakan.
3. Dibahagian Operasi klik button Guna.
4. Isikan maklumat RPH
3. Pilih kelas yang spesifik untuk dipaparkan dalam mobile app.
4. Tambah gambar.
5. Klik button Hantar.
? Pihak organisasi boleh masukkan sehingga 10 gambar untuk setiap RPH yang dibuat.
? Gambar hanya akan dipaparkan dalam mobile app untuk RPH yang sudah Disemak sahaja.
Sekian makluman.