Monthly Archives: September 2023

Pengiraan Automatik Cuti Tanpa Gaji (unpaid leave) di Slip Gaji

Sebelum ini, pengiraan cuti tanpa gaji perlu dilakukan secara manual, di mana pengurus gaji perlu mengira cuti tanpa gaji yang digunakan staf.

Dengan fungsi ini, pengiraan dapat dilakukan secara automatik dengan hanya menekan butang “Kira” semasa rekod gaji. Pengiraan ini akan diambil dari kategori cuti tanpa gaji yang telah digunakan dan terus dikira dalam gaji yang direkodkan dalam sistem.

Cara menggunakan fungsi ini:

  1. MENAMBAH KATEGORI GAJI & KATEGORI CUTI TANPA GAJI

a) KATEGORI GAJI

1 – Pergi ke menu tetapan.

2- Pergi ke bahagian Staf dan pilih kategori gaji

3- Klik pada button tambah rekod dan isikan maklumat kemudian hantar.

b) KATEGORI CUTI

1 – Pergi ke tetapan

2 – Pergi ke bahagian Staf dan pilih kategori cuti

3 – Klik pada button tambah rekod dan isikan maklumat kemudian hantar.

2 – SET KATEGORI GAJI DAN CUTI UNTUK CUTI TANPA GAJI

a) KATEGORI CUTI

1- Pergi ke menu tetapan dan klik pada cuti di bahagian staff.

2 – Klik pada tetapan di bahgaian Kategori Cuti.

3 – Pilih maklumat tersebut dan hantar.

b) KATEGORI GAJI

1 – Pergi ke menu tetapan dan klik pada gaji di bahagian Staf.

Dikehendaki untuk mengisi maklumat tersebut dan klik pada button hantar.

3 – SET CUTI TANPA GAJI SECARA AUTO

1 – Pergi kepada menu tetapan, dan klik pada gaji di bahagian staff.

Klik pada fungsi tersebut untuk set cuti tanpa gaji secara auto
  • Apabila tetapan ini di set, pelulus cuti akan melihat column ‘Gaji Dikira’ di senarai permohonan cuti sebagai rekod bahawa cuti tersebut telah dikira atau belum didalam modul gaji.
  • Gaji Dikira:

    Tick – Mahu kira secara manual untuk Cuti Tanpa Gaji dan masukkan secara manual pada Slip Gaji

    Untick – Sistem kirakan Cuti Tanpa Gaji (Bila keluarkan slip gaji, klik button kira semasa keluarkan slip gaji, jadi Cuti Tanpa Gaji akan dikira secara automatik)

Fungsi pengiraan cuti tanpa gaji secara auto ini dapat memudahkan pengurus gaji merekodkan gaji staf dengan lebih cepat dan tepat.

Video Rujukan Untuk Flow Cuti Tanpa Gaji Berfungsi: https://adilo.bigcommand.com/watch/H0wiT3vJ

Sekian, terima kasih.