Bila ada pelajar yang ingin berpindah dari cawangan A ke cawangan B, data pelajar boleh dipindahkan dengan mudah menggunakan operasi pukal.
Contohnya, Nurul ingin berpindah ke cawangan B dari cawangan A kerana berpindah rumah.
Hanya data pelajar sahaja dipindahkan ke cawangan baru. Rekod kewangan pelajar tidak dipindahkan sekali kerana rekod kewangan organisasi akan jadi tidak tepat. Rekod akademik juga tidak dipindahkan.
Untuk cawangan baru, perlu tambah rekod kewangan baru jika ada bayaran yang masih belum selesai. Di cawangan lama, perlu padam rekod kewangan yang masih belum selesai yang dah ditambah di cawangan baru.
Video rujukan cara pindah pelajar secara pukal:
Cara pindah pelajar:
- Di menu Pelajar > Pelajar.

- Tick/Tanda nama pelajar yang ingin berpindah (dibahagian kiri).

- Dibahagian Operasi Pukal > Pilih Pindah Pelajar > klik Hantar.

- Pilih Organisasi dan isikan maklumat-maklumat lain.

5. Klik butang Hantar untuk simpan.
NOTA PENTING
- Rekod pelajar juga masih ada di cawangan lama, boleh set status pelajar kepada Tidak Aktif. Jika tidak set status pelajar kepada tidak aktif, invois bulanan auto akan keluar juga di cawangan lama.
Cara setkan status pelajar kepada Aktif/Tidak Aktif secara pukal
1. Menu Pelajar > Pelajar.
2. Tandakan nama pelajar yang terlibat di kotak sebelah kiri.
3. Dibahagian Operasi Pukal > pilih Set Aktif / Set Tidak Aktif.
4. Klik button Hantar. - Jika pelajar masih ada tunggakan di cawangan lama, dan status pelajar Tidak Aktif, peringatan baki belum bayar masih akan dikeluarkan setiap bulan.
Jika perlu, boleh padam rekod invois di cawangan lama.