Monthly Archives: May 2022

Cara untuk aktifkan GO Secure Bank Islam

Bagi pengusaha yang menggunakan payment gateway Toyyibpay, tuan/puan perlu ambil maklum berkenaan syarat terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Bank Islam berkenaan transaksi melebihi RM200 seperti gambar dibawah.




Berikut adalah panduan untuk mengaktifkan GO Secure bagi pengguna Bank Islam yang ingin membuat transaksi bayaran dengan jumlah melebihi RM200.

Cara untuk mengaktifkan GO Secure:

  1. Pergi ke Play store/App store untuk install aplikasi Go by Bank Islam
    Play storehttps://play.google.com/store/apps/details?id=com.iexceed.CBS&hl=en&gl=US
    App storehttps://apps.apple.com/my/app/bank-islam/id1483218923

  2. Log masuk kedalam aplikasi GO.



  3. Klik button Menu disebelah bawah.



  4. Klik Setting.



  5. Tandakan dibahagian GO Secure. Kemudian boleh masukkan nombor i – Access Code (IAC) untuk aktifkan GO Secure.



  6. GO Secure sudah berjaya diaktifkan.

Selepas mengaktifkan GO Secure, pembayaran boleh dibuat seperti biasa menggunakan aplikasi SMAP for Parents.







Pilih Bank Islam.





Klik notifikasi Go by Bank Islam seperti gambar dibawah.



Selepas buka aplikasi Go, klik button GO Secure di sebelah kiri bawah.

Kemudian boleh klik button Confirm selepas sahkan detail transaksi.



Isikan nombor yang dipaparkan di ruangan kotak merah.



Pembayaran transaksi berjaya.

Sekian makluman, jika ada sebarang persoalan boleh hubungi team SMAP di dalam group support masing-masing. Terima kasih.

Bayaran awal tanpa invois

Sebelum ini, setiap pembayaran didalam sistem SMAP hanya boleh direkodkan jika pelajar tersebut mempunyai invois.

Kini, bayaran juga boleh direkodkan walaupun invois BELUM lagi dikeluarkan.

Ia berguna untuk ibu bapa yang ingin membuat bayaran yuran bulanan awal, sebelum invois bulanan dikeluarkan (secara automatik).

Contoh: Ibu bapa bayar pada 20hb, invois automatik dikeluarkan pada 25hb.

Caranya:
1) Klik menu Kewangan > Ringkasan.


2) Dibahagian Operasi, klik button ‘$’ untuk merekodkan bayaran


3) Oleh kerana tiada invois yang belum dibayar, boleh masukkan jumlah bayaran di kotak “Jumlah Bayaran diterima”



4) Kemudian isi semua maklumat selebihnya seperti biasa



5) Klik hantar untuk save


Setelah klik hantar, satu resit dengan keterangan “lebihan bayaran” akan dikeluarkan. Contoh seperti dibawah.

Apabila invois automatik dikeluarkan kemudian, bayaran ini terus akan direkodkan sebagai bayaran kepada invois tersebut.

Dibahagian transaksi akan dipaparkan invois yang dibayar.

Jika terdapat lagi baki, ia akan ditolak untuk invois akan datang pula.

Sekian makluman, terima kasih.

Mesej

Dari sistem smap, pihak pengusaha boleh menghantar mesej atau announcement kepada pelajar dan ibubapa. Contohnya seperti pemberitahuan tentang hari akademik, hari sukan dan lain-lain.

Mesej boleh dihantar melalui tiga (3) cara iaitu SMS, email atau mobile app notification. Bagi penggunaan SMS, pastikan kredit SMS adalah mencukupi. Manakala, bagi penggunaan mobile app notification, pastikan ibubapa telah download SMAP for Parents.

Mesej boleh dihantar mengikut:

  1. Program
  2. Kelas
  3. Tag

1. Cara Hantar Mesej

Pergi ke menu Pelajar > Mesej > klik button Hantar Mesej.

Pilih medium, ingin hantar secara SMS, emel atau mobile notification.

Tapis mengikut program, kelas atau tag dan pilih mana2 yang berkaitan. Contoh jika pilih program, pilih ‘Semua Program’ atau beberapa program yang diperlukan sahaja.

Isikan Subjek, Gambar dan Mesej. Klik Hantar untuk sistem simpan dan hantar mesej.

2. Cara Padam Mesej

Bagi staf yang mempunyai akses Mesej, boleh padam mesej yang telah dihantar. Fungsi padam ini akan melibatkan paparan di bahagian:

1. Senarai mesej di menu Pelajar > Mesej
2. Senarai announcement dalam mobile app SMAP for Parents (Di bahagian ‘Announcements’).

!!! Untuk makluman, sms dan email yang sudah dihantar tidak boleh dipadam. Sistem hanya akan padam untuk rekod paparan di dalam sistem dan mobile app sahaja.

NOTA PENTING!

Jangan lampirkan dokumen sensitif dan sulit sebagai langkah keselamatan


Sekian makluman.

Pengeluaran Invois Mengikut Yuran Bulanan Pelajar.

Pengeluaran invois dikeluarkan megikut yuran bulanan pelajar ini dibuat bagi memudahkan pengguna/pengusaha untuk mengeluarkan invois berasingan tetapi mengikut yuran bulanan pelajar yang telah disetkan.

Penambahan ini berguna terutama kepada pusat pengajian atau pusat tuisyen untuk mengeluarkan yuran mengikut kumpulan/kelas tetapi menggunakan yuran bulanan yang telah diset bagi setiap pelajar.

Kegunaan lain ialah untuk mengeluarkan yuran bagi bulan yang tidak semua pelajar hadir (contohnya semasa cuti sekolah). Pengguna boleh memilih pelajar tertentu sahaja dan boleh caj mengikut yuran bulanan yang telah disetkan.

Nota: Fungsi ini akan dikeluarkan bagi organisasi yang ingin menggunakannya sahaja untuk mengelakkan kekeliruan.

Cara menggunakan fungsi ini:

  1. Menu Kewangan > Invois > klik button Tambah Rekod


  2. Boleh klik button Invois Yuran Bulanan (tambahan baru)


  3. Isikan maklumat lain seperti biasa – Pilih nama pelajar, set tarikh akhir, bulan dan tahun invois, keterangan dan diskaun jika ada.


  4. Tekan hantar untuk mengeluarkan invois.

Jika inginkan fungsi baharu ini atau ada sebarang soalan, boleh mesej di group support masing-masing. Sekian makluman.

Berhenti Sementara Keluarkan Invois Bulanan

Sebelum ini, pengurusan akan setkan yuran pelajar kepada 0 untuk pelajar yang membuat pembayaran awal dari tarikh invois automatik dikeluarkan supaya tidak terjadi invois double.

Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan pihak pengurusan untuk set pelajar kepada berhenti sementara bagi pengeluaran invois automatik (bagi pelajar tertentu).

Berhenti sementara ini boleh setkan sehingga tarikh yang dikehendaki agar invois bulanan tidak dikeluarkan. Jadi, yuran pelajar tidak perlu diubah kepada 0.

Contoh: Jika invois automatik dikeluarkan 25/6/2025.
Boleh set tarikh berhenti sementara dari 25/6/2025 sehingga 25/8/2022.
(Jika nak skip invois automatik untuk 3 bulan)
Selepas 3 bulan, invois automatik akan terus dikeluarkan untuk bulan 9

A. Jika ingin setkan tarikh berhenti sementara bagi pelajar secara individu.

Caranya:-

  1. Menu Pelajar > Pelajar > klik Nama Pelajar.


  2. Klik Tab Berhenti Invois Bulanan.


  3. Set Tarikh Sehingga kepada tarikh akhir invois ingin diberhentikan bagi mengelakkan invois automatik dikeluarkan 2 kali.


    Boleh klik button Set Semula Tarikh untuk reset tarikh selepas invois di berhentikan.
  4. Klik button Hantar untuk save tetapan yang telah dibuat.

B. Jika ingin setkan tarikh berhenti sementara secara pukal.

Caranya:-

  1. Menu Pelajar > Pelajar.
  2. Tanda/tick nama pelajar yang terlibat.


  3. Di bahagian Operasi Pukal > pilih Set Berhenti Invois Bulanan.


  4. Klik Hantar untuk save.

Kemudian sistem akan setkan tarikh yang sama bagi semua pelajar yang terlibat. Sekian harap maklum.


KEMASKINI SISTEM

Kini, di menu kewangan > yuran bulanan, pihak pengurus boleh uruskan yuran bulanan pelajar di satu tempat yang sama:-

  1. Kemaskini Yuran Bulanan
  2. Diskaun Yuran Bulanan
  3. Berhenti Invois Bulanan

    Jika ingin setkan tarikh berhenti bagi pelajar tertentu (individu)
    Caranya:-
    1. Menu Kewangan > Yuran Bulanan > Tapis pelajar (jika perlu)
    2. Klik tab Berhenti Invois Bulanan
    3. Masukkan Tarikh Mula dan Tarikh Akhir
    4. Klik button Hantar

    Jika ingin setkan tarikh berhenti secara pukal
    Caranya:-
    1. Menu Kewangan > Yuran Bulanan > Tapis pelajar (jika perlu)
    2. Klik tab Berhenti Invois Bulanan
    3. Tick nama pelajar yang terlibat
    4. Operasi Pukal, pilih Kemaskini tarikh berhenti invois bulanan > Hantar
    5. Masukkan Tarikh Mula dan Tarikh Akhir
    6. Klik button hantar