Kami telah menambah satu fungsi baharu di modul pelajar iaitu Tag. Tag ini boleh digunakan untuk mengumpulkan pelajar didalam satu kelompok. Perbezaan di antara tag dan kelas ialah seorang pelajar boleh mempunyai lebih dari satu tag berbanding dengan kelas.
Di bawah ialah panduan menggunakan fungsi Tag bagi pelajar:
A. SET TAG PELAJAR
- Setkan tag-tag yang akan digunakan di menu Tetapan > Tag.
- Klik tambah rekod > Isikan nama tag > Klik hantar.

B. TAMBAH TAG PELAJAR
- Boleh pergi ke menu Pelajar
- Tick nama pelajar berkenaan
- Klik Operasi Pukal > pilih Tambah Tag > klik Hantar
- Anda boleh memilih lebih dari satu tag. Klik Hantar > Tag berjaya ditambah kepada pelajar.


C. PADAM TAG PELAJAR
Ada dua cara untuk padam tag:
Cara pertama:
Tag boleh dipadam daripada rekod pelajar dengan menekan butang ‘x’ pada sebelah tag.

Cara Kedua:
Padam tag secara pukal, caranya:
- Menu Pelajar > Pelajar
- Tick Nama Pelajar (box sebelah kiri nama pelajar)
- Operasi Pukal = pilih Padam Tag > Hantar
- Pilih Tag yang mahu dipadam
- Hantar
- Video Rujukan: https://adilo.bigcommand.com/watch/najwx11x