Panduan pengunaan Modul Peperiksaan

Modul ini boleh digunakan untuk merekodkan data peperiksaan pelajar. Selain itu, Modul ini juga boleh menetapkan peperiksaan, skema gred, subjek, dan juga guru subjek dan guru kelas.

Checklist Modul Peperiksaanhttps://docs.google.com/document/d/1ICyN2v40QuU5XMnkQqgOfjL5aFGVni77HDc3nwc_7Q4/edit?usp=sharing

1. Tetapan

Di bawah ialah panduan bagi permulaan penggunaan bagi modul peperiksaan:

  1. Setkan dahulu akses bagi staf yang akan menjadi pengurusan akademik di menu Staf > Staf > pada staf berkenaan klik butang Kemaskini.
  2. Tick pada Akses Pengurusan Akademik > Klik hantar.


Bagi staf yang tiada akses pengurusan akademik tidak boleh mengakses peperiksaan, skema gred, subjek, dan kelas & subjek.

1.1 Peperiksaan

Untuk menambah peperiksaan:

  1. Boleh pergi ke menu Tetapan > Bahagian Akademik
  2. Klik pada Peperiksaan > pilih Tambah Rekod
  1. Boleh menambah nama peperiksaan & boleh memilih bulan bagi peperiksaan tersebut.
  2. Kemudian Klik hantar.

1.2 Subjek

Untuk menambah subjek, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Tetapan
  2. Klik pada Subjek > pilih Tambah Rekod
  1. Boleh menambah kod subjek & nama.
  2. Kemudian tick pada program yang mengambil subjek tersebut.
  3. Juga boleh memilih skema gred , kemudian klik hantar.

1.3 Skema Gred

Satu skema gred boleh digunakan untuk banyak subjek. Untuk menambah skema gred, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Tetapan > bahagian Akademik
  2. Klik pada Skema Gred > pilih Tambah Rekod
  1. Boleh menambah nama.
  2. Kemudian tick pada subjek yang menggunakan skema gred tersebut.
  3. Juga boleh menambah gred, markah minimum bagi gred, markah maksimum bagi gred, dan juga nilai gred.
  4. Kemudian Klik hantar.

1.4 Kelas & Subjek

Untuk menambah guru kelas dan guru subjek, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Tetapan > bahagian Akademik
  2. Klik pada Kelas & Subjek > pilih Kemaskini.
  1. Boleh memilih guru kelas.
  2. Kemudian boleh memilih guru bagi setiap subjek.
  3. Kemudian Klik hantar.
  1. Boleh melihat guru subjek bagi kelas.
  2. Klik pada jumlah guru subjek.

Di bawah ialah panduan bagi permulaan sebelum guru merekodkan markah pelajar :

  1. Setkan dahulu akses bagi staf yang akan menjadi guru ataupun tenaga pengajar menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik butang Kemaskini.
  2. Tick pada Akses Tenaga Pengajar > Klik hantar.

Bagi staf yang tiada akses tenaga pengajar tidak boleh mengakses markah dan ulasan guru kelas.

2. Kemasukan Data

2.1 Markah

Nota Penting : Kelas perlu lah mempunyai pelajar sebelum memasukkan markah untuk pelajar kelas tersebut.

Untuk guru subjek merekodkan markah pelajar, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Peperiksaan > Markah.
  2. Pilih peperiksaan > Klik Kemaskini.
  1. Boleh merekodkan markah mengikut pelajar.
  2. Jika pelajar itu tidak hadir tick sahaja TH pada Status anda tidak perlu merekodkan markah.
  3. Jika pelajar itu tidak ambil tick sahaja TA pada Status anda tidak perlu merekodkan markah.
  4. Kemudian Klik hantar.

2.2 Ulasan Guru Kelas

Untuk guru kelas merekodkan ulasan dan jumlah kehadiran pelajar, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Peperiksaan > Ulasan Guru Kelas.
  2. Pilih peperiksaan > Klik Kemaskini.
  1. Boleh merekodkan Ulasan Guru Kelas mengikut pelajar.
  2. Juga boleh merekodkan Jumlah Kehadiran Pelajar mengikut pelajar.
  3. Kemudian Klik hantar.

3. Laporan

3.1 Laporan Prestasi

Untuk melihat Laporan Prestasi mengikut pelajar, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Laporan > Peperiksaan > Prestasi Pelajar.
  2. Boleh menapis pelajar mengikut program dan kelas.
  3. Untuk melihat slip keputusan pelajar, Klik pada nombor mengikut peperiksaan.
  4. Boleh juga melihat Laporan Prestasi, Klik pada Papar.

3.2 Keputusan Peperiksaan Mengikut Kelas

Untuk melihat Keputusan Peperiksaan mengikut kelas, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Laporan > Keputusan Peperiksaan Mengikut kelas.
  2. Boleh memilih keputusan mengikut sesi dan peperiksaan.
  3. Boleh memilih keputusan mengikut program dan kelas.
  4. Kemudian Klik pada Hantar.

3.3 Keputusan Peperiksaan Mengikut Subjek

Untuk melihat Keputusan Peperiksaan mengikut subjek, sila:

  1. Boleh pergi ke menu Laporan > Keputusan Peperiksaan Mengikut Subjek.
  2. Boleh memilih keputusan mengikut sesi dan peperiksaan.
  3. Boleh memilih subjek.
  4. Boleh memilih keputusan mengikut program ataupun kelas.
  5. Kemudian Klik pada Hantar.