Penambahan rekod pelajar untuk tahun baru

Kemaskini: Untuk penambahan rekod pelajar sedia ada ke tahun baru secara pukal (in bulk)

A. Untuk pelajar sedia ada

  1. Klik menu Pelajar
  2. Tekan butang “Program” bagi pelajar berkenaan
  3. Tekan butang “Tambah Rekod”
    (PENTING: Jangan tekan “Kemaskini” program, jika tidak, program untuk tahun sedia ada akan hilang)
  4. Masukkan maklumat program, kelas dan yuran bagi tahun yang baru
  5. Tekan butang “Hantar”

B. Untuk pelajar baru

Untuk pelajar baru, terdapat dua cara untuk menambah rekod ke dalam sistem

1. Pendaftaran online oleh ibu bapa

  1. Berikan link pendaftaran online kepada ibu bapa
    (Link boleh didapati di menu Tetapan > URL Pendaftaran Online)
  2. Ibu bapa klik link, pilih cawangan dan akan masukkan maklumat yang diminta
    (Maklumat program, pelajar, ibu bapa dan kecemasan)
  3. Mesej automatik akan dihantar sebagai notifikasi kepada email organisasi
  4. Semak menu Permohonan jika Pendaftaran Online memerlukan kelulusan
  5. Luluskan atau pilih tidak diterima.
  6. Staf boleh login dan kemaskini maklumat jika perlu

2. Pendaftaran oleh staf

  1. Klik menu Pelajar
  2. Klik butang “Tambah Rekod”
  3. Lengkapkan borang dan tekan butang “Hantar”