Kami mempunyai berita gembira untuk pusat tuisyen yang menggunakan SMAP, Sebelum ini untuk pusat tuisyen tidak boleh menambah pelajar ke dalam sistem.
Kini, team kami telah membuat penambahbaikan sistem, dimana Admin/Staff boleh
menambah pelajar ke dalam sistem secara manual. Boleh ikuti langkah mudah ini :
Terdapat 3 perkara yang perlu di setkan terlebih dahulu
- Setkan Peringkat
1- Boleh ke Menu Tetapan > Pelajar > Peringkat

2. Klik pada Tambah Rekod untuk menambah Peringkat atau Level

3- Tetapkan nama bagi Peringkat atau Level tersebut dan klik Hantar

- Setkan Pakej
1- Boleh ke Menu Tetapan > Pelajar > Pakej

2- Klik pada Tambah Rekod untuk menambah Pakej

3- Tetapkan maklumat yang diperlukan seperti :
– Nama Pakej
– Peringkat pakej
– Program bagi program tersebut
– Jumlah yuran bagi pakej tersebut
– Subjek yang ditawarkan di dalam pakej
4- Klik Hantar untuk Save

- Setkan Subjek
1- Boleh ke Menu Tetapan > Akademik > Subjek

2- Klik pada Tambah Rekod untuk menambah Subjek

3- Tetapkan Kod Subjek dan Nama Subjek
4- Klik Hantar untuk Save.

Tambah pelajar secara manual
1- Boleh ke Menu Pelajar > Pelajar > Tambah rekod

2- Setelah isi maklumat peribadi murid, Boleh tetapkan :
– Kelas
– Peringkat
– Program
– Pakej
*Boleh memilih antara mahu menggunakan harga pakej atau harga bagi setiap subjek.
– Subjek yang dipilih oleh pelajar
– Yuran bulanan
3- Setelah selesai, boleh klik Hantar

Kemaskini Peringkat/Pakej
1- Boleh ke Menu Pelajar > Pelajar > Program > Kemaskini

2- Boleh kemaskini Peringkat/Pakej pelajar tersebut.
3- Setelah selesai, klik hantar.
