Author Archives: smapadmin

Bayaran Semasa Pendaftaran (Borang Pendaftaran Online)

Bayaran semasa pendaftaran ini diadakan untuk memudahkan pengusaha mengumpul bayaran semasa pendaftaran.

Selepas daftar pelajar menggunakan borang pendaftaran online, sistem akan terus hantar invois pendaftaran kepada ibu bapa.

1. Cara untuk setkan yuran pendaftaran di borang pendaftaran online

1.1 Pergi ke menu Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran Online.

1.2 Set ‘ya’ untuk Perlu Kelulusan. Kemudian, field Jumlah Yuran Semasa Pendaftaran dan Keterangan Yuran Semasa Pendaftaran akan keluar.

1.3. Setkan jumlah yuran dan keterangan yuran semasa pendaftaran. Keterangan yuran akan direkodkan sebagai item invois.

Setkan harga jumlah yuran semasa pendaftaran beserta keterangan


2. Cara untuk ibu bapa buat bayaran yuran pendaftaran

Selepas mendaftar, ibu bapa boleh pilih sama ada ingin bayar yuran pendaftaran terus atau tidak.

2.1 Sekiranya tidak mahu meneruskan dengan pembayaran yuran, boleh klik pada button ‘Tambah Pelajar baru (Sama Ibubapa)’ atau tutup sahaja link borang tersebut.

2.2 Sekiranya ingin teruskan dengan membayar yuran pendaftaran, boleh klik pada button ‘Teruskan dengan pembayaran’. (Info pendaftaran akan dihantar melalui email masing-masing).

Selepas memilih untuk meneruskan dengan pembayaran yuran pendaftaran, Ibu bapa perlu membuat pembayaran secara online.

Rujukan KWSP, PERKESO dan SIP

KWSP

Bayaran yang dikenakan caruman KWSP

  1. Gaji.
  2. Elaun.
  3. Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan.
  4. Bonus.
  5. Komisen.
  6. Upah bagi cuti separuh gaji.
  7. Insentif.
  8. Tunggakan Upah.
  9. Upah bagi cuti bersalin.
  10. Upah bagi cuti pelajar.
  11. Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.

Bayaran yang tidak dikenakan caruman KWSP

  1. Caj perkhidmatan.
  2. Bayaran kerja lebih masa.
  3. Ganjaran.
  4. Faedah persaraan.
  5. Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan.
  6. Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan.
  7. Mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri.

Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/what-you-need-to-know#Wages

Pengiraan KWSP

  1. Jadual 3 KWSP (9%)
  2. Jadual 3 KWSP (11%)
  3. Kadar caruman > Contoh pengiraan

PERKESO/SIP

Pembayaran Yang Tertakluk kepada Caruman PERKESO

  • Upah
  • Kerja lebih masa
  • Komisyen dan caj perkhidmatan
  • Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya.
  • Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya.

Pembayaran Yang Mendapat Pelepasan Caruman Daripada PERKESO

  • Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
  • Pembayaran ke atas tuntutan perjalnan
  • Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
  • Bonus tahunan

Rujukan: https://www.perkeso.gov.my/images/rujukan/FINAL_LAYOUT_RISALAH_PERKESO_BM.pdf