FAQ

1. PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR BARU

1. Boleh ke menu Tetapan > Borang pendaftaran
2. Di page tu juga boleh set field apa yang hendak dipaparkan dan field apa yang nak set sebagai mandatory (wajib diisi oleh parent)
3. Copy “URL untuk pendaftaran online” dan beri kpd parents
4. Setiap kali ada parent isi borang pendaftaran, email akan dihantar kepada email cawangan yang berkenaan maklumkan ada pendaftaran baru.

Boleh rujuk https://blog.smap.my/tetapan-borang-pendaftaran/

___________________________________________________________________

2. PENDAFTARAN PELAJAR LAMA KE TAHUN 2021

Pelajar sedia ada boleh gunakan Operasi Pukal untuk tambah program bagi sesi akan datang. Boleh ke menu Pelajar > Tick Nama Pelajar yang terlibat > Klik Operasi Pukal > Pilih Tambah program > Klik Hantar > Pilih Sesi Program dan 2021 > Kemudian klik hantar

Boleh rujuk https://blog.smap.my/daftar-pukal

___________________________________________________________________

3. TEMPLAT INVOIS

Templat invois boleh digunakan untuk memudahkan proses pengeluaran invois yang mempunyai banyak item. Contohnya invois tahunan atau pendaftaran.

Boleh rujuk https://blog.smap.my/templat-invois/

___________________________________________________________________

4. PAYMENT GATEWAY – TOYYIBPAY

Tentang Subscription toyyibPay:

Kalau berminat boleh login kedalam SMAP > pergi ke menu Tetapan > Klik Pembayaran Online > klik link toyyib untuk mendaftar. Boleh daftar sekali shj utk semua cawangan.

Selepas mendaftar, sila check email utk verify account toyyibPay. Ruang API Key di menu Tetapan > Pembayaran Online akan automatik filled slpas pendaftaran berjaya.

Boleh copy API Key dan paste di setiap ruang api key utk cawangan lain.

Untuk pembayaran caj transaksi, tadika ada 2 pilihan.

1) Jika nak parents yang bare the transaction charge, boleh ke menu Tetapan > Pembayaran Online > Dan isi Caj Transaksi sebanyak 1. Nanti setiap kali parents nak buat bayaran, mereka akan dicharge lebih Rm1

2) Pilihan kedua jika tadika yang nak tanggung caj rm1, tak perlu setting apa2. Nanti bila parents bayar yuran contoh rm100. yang masuk ke akaun tadika cuma Rm99

Boleh rujuk https://blog.smap.my/toyyibpay/

___________________________________________________________________

5. REKODKAN BAYARAN DAN KELUARKAN RESIT

Selepas invois dihantar kepada parents dan mereka telah mebuat pembayaran secara tunai atau pemindahan bank, anda perlu merekodkan bayaran didalam sistem untuk mengeluarkan resit. Caranya:

1. Pergi ke Menu Invois > Klik button bayar di bawah column Operasi.
2. Kemudian boleh tulis jumlah yang dibayar. Boleh kurang atau sama dgn jumlah invois.
3. Pilih tarikh bayaran
4. Pilih cara bayaran
5. Upload payment proof (Optional x upload pun takpe)
6. Isi catatan (Optional x isi pun takpe)
7. Tick hantar sms atau hantar email jika nak automatik hantar resit melalui sms dan email

Sms ada charge 0.10 sen. Email dan whatsapp free. Jika nak hantar melalui whatapp, selepas rekodkan bayaran boleh klik button whatsapp di row resit tersebut

Boleh rujuk http://blog.smap.my/resit/

___________________________________________________________________

6. TETAPAN KEWANGAN BAGI INVOIS YURAN BULANAN

1. Bulan Pertama ialah bulan untuk invois bulanan mula dikeluarkan secara automatik
2. Bulan Terakhir ialah bulan terakhir untuk invois bulanan dikeluarkan secara automatik
3. Tarikh Keluar Invois ialah tarikh untuk sistem smap keluarkan invois bulanan secara automatik. Invois akan dikeluarkan pada jam 8 pagi pada tarikh tersebut. Jika ingin mengubah tarikh keluar invois, pastikan ianya sudah diubah sehari lebih awal atau sebelum jam 8 pagi pada tarikh keluar invois.
4. Tarikh Akhir Invois ialah due date  untuk invois bulanan tersebut. Invois yang masih belum dibayar selepas tarikh akhir invois akan menjadi amaun tunggakan atau outstanding.
5. Hantar SMS/Email ialah tetapan untuk menghantar notis invois bulanan secara pukal dan automatik kepada ibubapa. Pilih Ya jika ingin menghantar notis invois secara automatik dan pukal pada Tarikh Keluar Invois.

SMS mempunyai charge RM0.10 bagi setiap SMS yang dihantar. Anda akan di-charge bagi setiap 500 SMS. Adsweb akan menghantar invois bagi SMS secara berkala.
Email adalah percuma.

Boleh rujuk http://blog.smap.my/invois untuk bacaan lebih lanjut tentang invois

___________________________________________________________________

7. JIKA ADA SOALAN NAK RUJUK DI MANA?

Jika ada persoalan boleh rujuk menu Bantuan dalam sistem. Ataupun boleh tanyakan di whatsapp group support masing-masing. Team SMAP akan standby untuk jawab persoalan. Untuk waktu bekerja dari 8:30 pagi sehingga 5:30 petang.

___________________________________________________________________

8. REKOD PELAJAR BOLEH DIPADAM?

Untuk pelajar yang berhenti, kami suggest untuk set status pelajar kepada Tidak Aktif

___________________________________________________________________

9. YURAN BULANAN PELAJAR BOLEH DIKELUARKAN SECARA AUTOMATIK

Ya betul, boleh setkan tarikh untuk sistem keluarkan invois bulanan secara automatik. Tarikh boleh ditukar pada hari yang sama sebelum jam 8 pagi.

___________________________________________________________________

10. IBU BAPA BOLEH BUAT BAYARAN SELAIN DARI PAYMENT GATEWAY TOYYIBPAY?

Ibu bapa boleh buat bayaran selain dari payment gateway toyyibPay?
Ya boleh, apabila bayaran sudah diterima pihak organisasi perlu keluarkan resit menggunakan SMAP secara manual.

___________________________________________________________________

11. BILA TOYYIBPAY AKAN MASUKKAN DUIT KE AKAUN?

Settlement toyyibPay akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya. Contoh jika bayaran dibuat pada hari Isnin, settlement akan dibuat pada hari Selasa. Jika bayaran dibuat bayara hari Jumaat, Sabtu & Ahad, settlement akan dibuat pada hari Isnin. Bayaran akan dikreditkan dalam tempoh 24jam dan tiada waktu yang spesifik.

___________________________________________________________________

12. BOLEH KELUARKAN RESIT TANPA INVOIS?

Boleh, untuk bayaran yang dibuat awal. Contohnya jika ibu bapa bayar awal untuk 3 bulan sekaligus. Boleh rujuk artikel https://blog.smap.my/advance-payment/