Bayaran Semasa Pendaftaran (Borang Pendaftaran Online)

Bayaran semasa pendaftaran ini diadakan untuk memudahkan pengusaha mengumpul bayaran semasa pendaftaran.

Selepas daftar pelajar menggunakan borang pendaftaran online, sistem akan terus hantar invois pendaftaran kepada ibu bapa.

1. Cara untuk setkan yuran pendaftaran di borang pendaftaran online

1.1 Pergi ke menu Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran Online.

1.2 Set ‘ya’ untuk Perlu Kelulusan. Kemudian, field Jumlah Yuran Semasa Pendaftaran dan Keterangan Yuran Semasa Pendaftaran akan keluar.

1.3. Setkan jumlah yuran dan keterangan yuran semasa pendaftaran. Keterangan yuran akan direkodkan sebagai item invois.

Setkan harga jumlah yuran semasa pendaftaran beserta keterangan


2. Cara untuk ibu bapa buat bayaran yuran pendaftaran

Selepas mendaftar, ibu bapa boleh pilih sama ada ingin bayar yuran pendaftaran terus atau tidak.

2.1 Sekiranya tidak mahu meneruskan dengan pembayaran yuran, boleh klik pada button ‘Tambah Pelajar baru (Sama Ibubapa)’ atau tutup sahaja link borang tersebut.

2.2 Sekiranya ingin teruskan dengan membayar yuran pendaftaran, boleh klik pada button ‘Teruskan dengan pembayaran’. (Info pendaftaran akan dihantar melalui email masing-masing).

Selepas memilih untuk meneruskan dengan pembayaran yuran pendaftaran, Ibu bapa perlu membuat pembayaran secara online.