KWSP
Bayaran yang dikenakan caruman KWSP
- Gaji.
- Elaun.
- Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan.
- Bonus.
- Komisen.
- Upah bagi cuti separuh gaji.
- Insentif.
- Tunggakan Upah.
- Upah bagi cuti bersalin.
- Upah bagi cuti pelajar.
- Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya.
Bayaran yang tidak dikenakan caruman KWSP
- Caj perkhidmatan.
- Bayaran kerja lebih masa.
- Ganjaran.
- Faedah persaraan.
- Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan.
- Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan.
- Mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri.
Rujukan: https://www.kwsp.gov.my/ms/employer/what-you-need-to-know#Wages
Pengiraan KWSP

PERKESO/SIP
Pembayaran Yang Tertakluk kepada Caruman PERKESO
- Upah
- Kerja lebih masa
- Komisyen dan caj perkhidmatan
- Cuti sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya.
- Elaun-elaun insentif, shif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya.
Pembayaran Yang Mendapat Pelepasan Caruman Daripada PERKESO
- Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
- Pembayaran ke atas tuntutan perjalnan
- Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
- Bonus tahunan
Rujukan: https://www.perkeso.gov.my/images/rujukan/FINAL_LAYOUT_RISALAH_PERKESO_BM.pdf