Monthly Archives: April 2021

Modul RPH untuk Tadika

Modul Rancangan Pengajaran Harian ataupun RPH untuk Tadika.
Cara-cara menggunakan Modul RPH adalah seperti berikut:

1) TEMA2 UNTUK RPH

Sistem SMAP telah menyediakan 15 tema secara umum. Anda boleh menambah lagi tema atau pun mengemaskini nama2 tema kepada yang lebih bersesuaian.

1.1) Sila pergi ke menu Tetapan > bahagian Akademik, pilih RPA/RPH – Tema
1.2) Klik Tambah Rekod untuk menambah Tema baru
1.3) Klik kemaskini/padam untuk mengemaskini nama atau padam rekod


2) TEMPLAT RPH

Guru2 perlu mengisi Templat RPH. Templat RPH ialah rangka RPH yang boleh digunakan dan dirujuk oleh semua guru.

3.1) Sila pergi ke menu RPH Tadika > Klik Templat RPH
3.2) Klik tambah rekod untuk menambah Templat RPH baru
3.3) Isikan maklumat yang diperlukan
3.4) Klik Hantar
3.5) Rekod Templat RPH berjaya disimpan. Boleh mula digunakan oleh semua guru


Admin boleh melihat jumlah berapa kali Templat RPH digunakan dan siapa yang menggunakannya. Sila klik pada figure atau jumlah nombor di dalam kolum Jumlah Digunakan.

CARA-CARA MENGGUNAKAN MODUL RPH OLEH GURU

1) Sila pergi ke menu RPH Tadika > Klik Templat RPH
2) Buat tapisan mengikut Tunjang, Fokus, atau Tema berdasarkan keperluan
3) Klik button “Guna” di Templat RPH yang diingini
4) Boleh isikan maklumat seperti tarikh, masa, bilangan murid, refleksi dan lain-lain
5) Klik hantar untuk simpan rekod RPH
6) Guru juga boleh mengemaskini rekod RPH mereka. Sila pergi ke menu RPH > dan klik kemaskini.
8) RPH juga boleh dicetak, sila klik pada Tajuk RPH anda.

Fungsi Semakan bagi Modul RPH

Staf yang mempunyai akses Pengurusan Akademik boleh membuat semakan dan memberikan ulasan di RPH yang telah dibuat oleh guru. Bagi RPH yang telah disemak, status mereka akan berubah kepada telah disemak.

Selain itu, Staf yang mempunyai akses ini juga akan dapat melihat senarai semua RPH oleh guru-guru tadika di menu RPH.

Ulasan dan maklumat semakan ini akan dipaparkan di borang RPH dan juga di paparan cetakan RPH.

1️⃣ Untuk menambah akses Pengurusan Akademik, sila pergi ke menu Staf > Staf > pada staf berkenaan, klik button Kemaskini > tick akses ‘Pengurusan Akademik’ > Hantar

2️⃣ Untuk membuat semakan dan ulasan, sila pergi ke menu RPH Tadika > Klik button Semak.

Rekod akan dipaparkan pada RPH tersebut:

Selain itu kami juga telah menambah fungsi tapisan (filter) mengikut staf dan organisasi di Menu Templat RPH. Dan juga fungsi tapisan mengikut bulan dan staf di menu RPH.

Selamat Mencuba!

Pihak SMAP.MY akan menambah baik modul ini secara berkala. Jika terdapat sebarang cadangan penambahbaikan, boleh hubungi kami di group whatsapp support. Terima Kasih