Monthly Archives: February 2021

Panduan Penggunaan Mobile App SMAP untuk Ibu Bapa

1. Muat Turun Aplikasi SMAP for Parents

1. Boleh cari aplikasi “SMAP” di Google Play Store atau Apple App Store. Klik butang “Install” atau terus gunakan link berikut:

Play Store – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.smap.parent
App Store – https://apps.apple.com/us/app/smap-for-parents/id1577164717

2. Log Masuk Kali Pertama

1) Log masuk menggunakan nombor telefon utama yang didaftarkan di dalam sistem SMAP (sama ada telefon ibu atau bapa).

2) Terdapat 2 cara untuk login:
a. Passcode akan dihantar ke email (jika ada)

Jika mempunyai lebih dari satu anak, akan dipaparkan senarai email bagi setiap anak. Boleh pilih untuk hantar passcode ke email mana.

Jika hanya mempunyai satu email, sistem akan hantarkan passcode automatik ke email tersebut.

Atau cara lain

b. Gunakan passcode dari organisasi

Boleh dapatkan passcode di menu Laporan > Sistem > Mobile App Passcode

3. Semak Nama Anak Anda Didalam Senarai Pelajar

1) Anda akan melihat nama sekolah/tadika/taska anak anda berada. Klik pada nama anak anda.

2) Anda juga boleh log keluar dengan klik pada butang berwarna biru belah kanan atas.

4. Setelah Memilih Nama Anak Anda

Anda boleh memilih untuk melihat senarai invois (Invoices) bagi anak anda atau melihat pengumuman (Announcements) dari sekolah/tadika/taska anak anda.

5. Jika Anda Memilih Invois, Senarai Invois akan Dipaparkan

Anda boleh klik pada invois yang anda mahu untuk melihat maklumat invois tersebut.

6. Jika Anda Klik Pada Invois yang Belum Bayar atau Invois yang Sudah Bayar Separuh

Anda boleh klik pada butang Bayar Online untuk melakukan pembayaran bagi invois tersebut.

7. Jika Anda Klik Pada Invois yang Telah Bayar

Anda boleh klik pada nombor resit untuk melihat resit.

8. Jika Anda Klik Pada Pengumuman

Anda akan melihat senarai pengumuman dan anda boleh klik utk melihat pengumuman tersebut.

Kehadiran Staf

Sila baca nota penting berikut sebelum menggunakan modul ini:

  1. Buat masa ini, modul kehadiran staf adalah untuk memudahkan organisasi merekodkan kehadiran staf sahaja.
  2. Ia tidak boleh mengelak dari penipuan kerana tiada penjejak lokasi staf ketika merekodkan kehadiran.
  3. Cadangan kami, tampal QR Code di depan CCTV premis. Hanya di situ staf boleh scan dan rekodkan kehadiran.
  4. Bila terdapat sebarang pertikaian (dispute) tentang rekod, boleh buat semakan dengan rekod CCTV.

Berikut adalah panduan untuk menggunakan Modul Kehadiran Staf.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat untuk menggunakan modul kehadiran staf iaitu:

Tetapan Kehadiran Staf

1. Pergi ke Tetapan > Tetapan Kehadiran.

2. Set Waktu Masuk dan Waktu Keluar organisasi (masa bekerja). Klik butang ‘Hantar’ untuk simpan tetapan yang dibuat.

3. Set Semak Lokasi untuk setkan lokasi organisasi bagi kehadiran staf. (Tick jika mahu semak lokasi semasa staf mingimbas kod QR Kehadiran)

Jika sudah setkan lokasi, staf hanya boleh scan kehadiran menggunakan mobile app SMAP for Staff dalam anggaran 50 meter dari lokasi yang disetkan.



Bagi staf yang mempunyai waktu bekerja yang berbeza seperti mempunyai syif tersendiri, boleh set waktu bekerja mereka di menu Staf > Staf.

1. Cari nama staf dan klik butang Kemaskini.

2. Setkan Waktu Masuk dan Waktu Keluar untuk staf tersebut dan klik butang ‘Hantar’ untuk simpan maklumat.

Kod QR Kehadiran Staf

Semak Kod QR organisasi di menu Laporan > Kod QR Kehadiran Staf.

Boleh dicetak menjadi hard copy atau save as PDF sebagai gambar dengan mengklik butang ‘Cetak’.

Cara Staf Menggunakan Modul Kehadiran

  1. Staf mesti mempunyai akaun SMAP dan log masuk ke dalam sistem.
  2. Pada waktu masuk dan balik, staf hanya perlu mengimbas (scan) Kod QR organisasi yang telah disediakan. (Boleh didapatkan di menu Laporan > Kod QR Kehadiran Staf). Boleh rujuk video contoh dibawah.
  3. Staf dan Admin boleh melihat Laporan Kehadiran mengikut bulan di menu Laporan > Kehadiran Staf.
    –> Boleh tapis kehadiran mengikut staf dan bulan.

Jika staff membuat permohonan cuti, cuti tersebut akan dipaparkan di bahagian kehadiran staf dan laporan kehadiran staf seperti contoh dibawah.

Jika terdapat sebarang persoalan boleh hubungi kami di group support masing2. Terima kasih.

Laporan Bulanan Kehadiran Staf

Staf yang mempunyai akses kehadiran staf boleh melihat laporan kehadiran untuk semua staf.

1. Pergi ke menu Laporan > Staf > Kehadiran Staf > (pilih nama staf) > klik button Tapis.

2. Scroll ke bawah dan klik button Export to Excel untuk melihat laporan kehadiran staf tersebut (individu).

Video panduan- Cara scan kehadiran staff menggunakan kod QR organisasi: https://adilo.bigcommand.com/watch/311RgEk4

Sekian makluman.

Modul Pendapatan

Modul Pendapatan disediakan untuk pengguna merekodkan pendapatan tadika/taska/sekolah yang diterima selain daripada invois. Berikut ialah panduan untuk Modul Pendapatan.

Tambah Kategori Pendapatan

Kategori pendapatan boleh ditambah di menu Tetapan > bahgaian Kewangan, pilih Kategori Pendapatan.
Untuk makluman Sistem SMAP akan automatik load 2 kategori pendapatan iaitu

  1. Geran
  2. Sumbangan

    **Klik button Tambah Rekod sekiranya mahu tambah kategori pendapatan yang lain.

Rekodkan Pendapatan

  1. Pergi ke Menu Kewangan > Pendapatan
  2. Klik Tambah Rekod


  3. Pilih kategori pendapatan > isikan keterangan, jumlah dan lain2 > Klik Hantar

Semak Laporan Perbelanjaan dan Pendapatan di Laporan Untung Rugi

  • Laporan Perbelanjaan akan menyenaraikan rekod perbelanjaan mengikut tarikh atau kategori
  • Laporan Untung/Rugi akan auto calculate berdasarkan rekod invois dan perbelanjaan dalam sistem.