Monthly Archives: October 2020

Daftar program tahun depan bagi pelajar sedia ada oleh ibu bapa secara online

Cara paling mudah dan digalakkan untuk memindahkan pelajar ke tahun hadapan ialah dengan menggunakan operasi pukal. (rujuk artikel ini). Ini perlu dibuat oleh staf setelah ibu bapa memberitahu akan sambung program untuk tahun hadapan.

Atas permintaan, satu lagi pilihan diberikan untuk pendaftaran dibuat oleh ibu bapa (bagi pelajar sedia ada) secara online.

Berikut ialah cara untuk membuat pendafataran program tahun hadapan oleh ibu bapa.

1. Dapatkan link kemaskini dalam Tetapan > Pelajar > Borang Pendaftaran

Nota: Kemaskini online tidak perlu dibuka jika tidak mahu ibu bapa membuat kemaskini data pelajar. Ada beberapa kes yang kami terima, data yang dikemaskini oleh ibu bapa tidak lengkap atau tersilap.

Contohnya nama anak ditukar kepada nama ibu atau bapa. Ini kemungkinan disebabkan oleh “auto fill” feature dalam internet browser.

Boleh set untuk buka kemaskini online dalam beberapa tempoh tertentu. Set Kemaskini Online kepada Buka, dan boleh setkan tarikh.

2. Berikan link kemaskini di atas

Berikut ialah langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa

  1. Masukkan atau klik link yang diberi
  2. Masukkan nombor telefon yang didaftarkan
  3. Tekan butang program di sebelah kanan nama anak yang hendak didaftarkan
  4. Tekan butang “Daftar Program Baru”
  5. Masukkan sesi dan program dan tekan butang “Hantar”
  6. Mesej “Rekod telah disimpan” akan dipaparkan jika pendaftaran berjaya

Satu e-mel akan dihantar kepada organisasi untuk setiap pendaftaran program yang berjaya.

3. Kemaskini dari Mobile App SMAP for Parents

Jika sudah set buka untuk Kemaskini Online, ibu bapa juga boleh kemaskini maklumat melalui mobile app SMAP for Parents.

Boleh klik bahagian Programs untuk tambah program tahun hadapan.

Sekian makluman