Monthly Archives: October 2019

Borang Pendaftaran Online

Borang pendaftaran online ialah satu fungsi yang disediakan bagi memudahkan proses pendaftaran pelajar ke organisasi. Link boleh diberikan kepada ibu bapa, dan rekod akan terus masuk kedalam sistem.

Borang pendaftaran online hanya digunakan untuk pendaftaran pelajar baru sahaja. Bermaksud pelajar belum pernah mendaftar didalam organisasi.

Sebelum berikan link borang, pihak organisasi perlu tetapkan dahulu ruang yang ibu bapa perlu isi semasa mendaftar.

Cara Tetapkan Borang Pendaftaran

1. Pergi ke menu Tetapan > bahagian Pelajar > klik Borang Pendaftaran.

2. Link pendaftaran online (semua cawangan), jika berikan kepada ibu bapa, mereka perlu pilih ingin daftarkan anak ke cawangan mana. Sesuai digunakan jika ada lebih daripada 1 cawangan organisasi.
*berikan link pendaftaran kepada pelajar baharu sahaja. pelajar sedia ada perlu gunakan link kemaskini. rujuk langkah ke-6.

contoh paparan link pendaftaran online (semua cawangan). ibu bapa akan pilih cawangan dahulu

3. Link pendaftaran online (cawangan ini sahaja) pula akan terus bawa ibu bapa ke borang pendaftaran spesifik cawangan atau 1 cawangan sahaja.

contoh paparan link pendaftaran online (cawangan ini sahaja)

4. Set Buka Untuk Pendaftaran. Klik ‘Buka’ jika pendaftaran masih dibuka, atau ‘Tutup’ jika sebaliknya.

5. Set Perlu Kelulusan. Klik ‘Ya’ jika ingin tapis dahulu permohonan pendaftaran pelajar sebelum terima kemasukan, atau klik ‘Tidak’ jika tidak perlukan tapisan.

Jika klik ‘Ya’, anda boleh pilih samaada ingin set yuran semasa pendaftaran atau tidak.
– Jika ingin set yuran semasa pendaftaran, boleh set item, letakkan jumlah yuran semasa pendaftaran dan juga keterangan (keterangan invois).
– Jika tidak mahu set yuran pendaftaran, boleh biarkan kosong sahaja.

6. Link untuk kemaskini online diberikan kepada ibu bapa untuk mereka kemaskini (update) maklumat anak, termasuk untuk daftar ke tahun seterusnya (contoh pelajar tahun 2025 yang ingin sambung ke tahun 2026).
*pelajar sedia ada yang sambung sesi akademik pada tahun seterusnya, tidak perlu daftar baru. hanya kemaskini dan tambah program sahaja.

7. Pada ruangan Nota Umum, Syarat dan Terma serta Mesej Selepas Pendaftaran, boleh letakkan ayat yang bersesuaian untuk dipaparkan pada borang pendaftaran yang ibu bapa akan lihat.

8. Set Tahun Pendaftaran borang pendaftaran.

9. Pada ruangan Terima catatan dari Ibu bapa/Pelajar, pilih ‘Papar’ atau ‘Mandatori’ untuk ibu bapa isikan maklumat catatan.
Papar = Ibu bapa boleh teruskan dengan pendaftaran jika tidak isi.
Mandatori = Ibu bapa tidak boleh teruskan pendaftaran jika ruangan tidak diisi.

10. Lakukan yang sama pada ruangan-ruangan seterusnya seperti Maklumat Pelajar, Maklumat Kesihatan, Maklumat Adik-Beradik dan lain-lain. Boleh biarkan kosong jika ruangan tidak diperlukan semasa pendaftaran.

11. Pada ruangan Dokumen, klik button Tambah Dokumen untuk tambah rekod. Letakkan nama dokumen yang ingin ibu bapa muatnaik semasa isi borang pendaftaran online. Kemudian set Papar atau Mandatori.

12. Klik button Hantar untuk simpan tetapan yang telah dibuat.

Selesai setkan tetapan, anda boleh berikan link ATAU kod QR kepada ibubapa untuk buat pendaftaran atau pengemaskinian.

button biru untuk link dan button hijau untuk kod QR

Organisasi akan dapat notis melalui email organisasi setiap kali ada pendaftaran pelajar melalui borang.


Cara Luluskan Pendaftaran Pelajar bagi Pemohon Baru

  1. Pergi ke Menu Pelajar > Permohonan
  2. Anda boleh menapis (filter) senarai pelajar mengikut kategori
    • Menunggu Kelulusan
    • Lulus
    • Tidak Diterima
    • Belum Selesai
  3. Lihat senarai Menunggu Kelulusan
  4. Klik Lulus untuk meluluskan permohonan. Selepas diluluskan, nama pemohon akan didaftar masuk ke dalam senarai nama pelajar di menu Pelajar
  5. Klik Tidak Lulus untuk membatalkan permohonan. Pemohon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di dalam sistem.

Video Rujukan Setup Borang Pendaftaran Online: https://adilo.bigcommand.com/watch/mzpHnwXo