Sebelum mula menggunakan sistem, kami sarankan satu makluman diberikan kepada ibubapa tentang penggunaan sistem supaya mereka tidak terkejut apabila menerima sms, email atau whatsapp dari sistem berkenaan invois, resit atau notis lambat bayar.
Berikut ialah contoh yang boleh digunakan oleh pihak sekolah (boleh copy dan edit)
Assalamualaikum ibubapa yang dihormati..
PENGGUNAAN SISTEM BERKOMPUTER (SMAP) UNTUK PENGURUSAN YURAN
Bermula bulan hadapan, pihak sekolah akan menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMAP) bagi pengurusan yuran.
1. Ibubapa akan menerima notis invois setiap bulan sebagai peringatan untuk mula membuat bayaran. Maklumat yuran dan akaun bank ada tercatat dalam invois yang dikeluarkan.
2. Resit pembayaran juga akan dihantar melalui SMS/email atau Whatsapp. Ia boleh dicetak sendiri jika perlu.
3. Invois boleh dibayar secara online melalui gerbang pembayaran toyyibPay dengan caj transaksi sebanyak RM1 per transaksi. Resit pembayaran akan terus dikeluarkan secara automatik oleh sistem jika transaksi berjaya.
4. Sistem akan menghantar notis peringatan kepada ibubapa jika ada yuran tertunggak.
Dengan penggunaan sistem ini diharap ia akan lebih memudahkan kedua-dua belah pihak.
Diharap ibubapa akan terus memberi kerjasama untuk membuat pembayaran yuran tepat masa bagi melancarkan urusan operasi persekolahan.
Terima kasih.