Monthly Archives: February 2019

Roadshow SMAP.MY

Roadshow SMAP.MY adalah jelajah pihak SMAP.MY yang dijalankan di lokasi terpilih seluruh Malaysia.

Ia bertujuan memberi maklumat tentang bagaimana sistem berkomputer dapat membantu pengusaha meningkatkan kecekapan, menjimatkan wang dan seterusnya mempunyai lebih masa untuk perkara yang lebih penting. Terutamanya memberi nilai kepada anak-anak pelajar dan juga mengembangkan lagi perniagaan.

Antara Roadshow yang telah berjaya dilangsungkan adalah di Kemaman, Kuantan, Kuala Terengganu, Subang Jaya, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.

Roadshow akan diteruskan di lokasi lain dan beberapa tempat lain yang belum dimuktamadkan.

Roadshow SMAP.MY ini mengandungi dua agenda yang dikongsikan. Pertama ialah Sistem Preview yang menerangkan tentang kenapa sistem sangat penting dalam perniagaan dan bagaimana sistem ini dapat membantu operasi perniagaan.

Kedua ialah Bengkel Penggunaan Sistem di mana menerangkan lebih detail tentang cara penggunaan fungsi-fungsi yang terdapat dalam sistem.

Antara rakaman Roadshow SMAP.MY yang telah berlangsung:

1.Kemaman, Terengganu

Tarikh: 12/2/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Kelab Guru Tadika Swasta Kemaman (KEDISMA)

2. Kuantan, Pahang

Tarikh: 13/2/2019 (Rabu)
Dengan kerjasama Persatuan Pendidik Awal Kanak-Kanak Pahang

3. Kuala Terengganu

Tarikh: 26/2/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Persatuan Guru Tadika Swasta Negeri Terengganu (PENTAS)

4. Johor Bahru – Bandar Baru Uda

Tarikh: 9/3/2019 (Sabtu)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor

5. Melaka

Tarikh: 12/3/2019 (Selasa)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Swasta Negeri Melaka

   

6. Ipoh

Tarikh: 27/04/2019 (Sabtu)
Dengan kerjasama Persatuan Taska Perak

   

7. Johor Bahru – Setia Tropika

Tarikh: 14/07/2019 (Ahad)
Dengan kerjasama Persatuan Tadika Berdaftar Negeri Johor

     

Terima kasih atas semua yang terlibat. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat dan bagi sesiapa yang menggunakan sistem harap ia betul-betul dapat membantu memudahkan urusan tuan/puan. Semoga kita dapat berjumpa di masa akan datang. In Sha Allah.