Sebelum mendaftar, sila baca artikel “Perkara penting MESTI faham sebelum menggunakan billplz”
Menerima pembayaran secara online akan memudahkan kerja.
- Mudah bagi ibubapa membayar secara online dari bank yang disukai
- Pembayaran semua akan masuk ke dalam satu akaun bank sahaja
- Semua maklumat pembayaran diperolehi dengan lengkap
- Semua pembayaran akan terus di “knock off” kepada invois yang dikeluarkan
- Resit akan dikeluarkan secara automatik selepas bayaran dibuat. Ini dapat mengurangkan masa mengeluarkan resit dan juga mengurangkan kesilapan yang mungkin dibuat
Untuk menerima pembayaran secara online, anda boleh menggunakan billplz. Pendaftaran adalah percuma dan anda akan dikenakan caj RM1.50 untuk setiap transasi yang berjaya.
Caj untuk transaksi tidak ditolak dari pembayaran yang dibuat, tetapi dari akaun berasingan (kredit) yang anda perlu masukkan.
Daftar billplz
Klik sini untuk ke laman web billplz
Klik pada butang “Apply” atau “APPLY NOW”

Isi borang selengkapnya dan tekan butang “Submit”

Anda akan menerima satu e-mail pengesahan. Klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun.
Dapatkan API key
Nota: Billplz akan mengambil masa 3 hari untuk “verify” akaun bank. Selepas itu barulah anda boleh mendapatkan secret atau API key ini.
API key atau secret key diperlukan oleh SMAP untuk berkomunikasi dengan sistem billplz. Dengan adanya API key ini, SMAP boleh mengeluarkan bil dan memberitahu sistem billplz untuk menerima bayaran. Seterusnya SMAP akan kemaskini semua pembayaran yang telah dibuat supaya mudah dirujuk oleh pemilik organisasi.
Untuk dapatkan API key, rujuk langkah-langkah di bawah
Setelah login masuk, klik pada “arrow” kecil dan klik pada “Settings”


Masukkan API KEY ke dalam SMAP
API key yang didapati dari sistem billplz hendaklah di “paste” di dalam “Tetapan > Kewangan” di ruangan “Billplz API Key” dan tekan butang “Hantar”

Jika anda tidak pasti, whatsapp pihak kami untuk bantuan.